Tuesday, October 30, 2007

Sakit Perut

Assalamualaikum....

Saya memang dah lama tak jamah roti canai adalah dlm 7 - 8 bulan gitu. Tapi semalam saya bersarapan dgn sekeping roti canai dan kuah dal di restoran berhampiran tempat kerja setelah stesyen-stesyen nasi lemak kegemaranku masih lagi belum beroperasi. Dalam pukul 10.15 pagi perut jadi tak menentu, sebu semacam, dada pulak rasa sakit. Apa kenanya dgn perut dan dadaku hari ini, cemas juga rasanya. Lepas tu dlm pukul 12:00 saya dah mula sedu dan sendawa (angin), tapi saya mula minum banyak air mineral. Angin dlm perut dah mula ok. Tapi hampir jam 2 petang 2X saya masuk toilet buang-buang air. Kenapa ye jadik camtu. Akhirnya saya balik awal jam 4:15 petang. Sapu minyak angin banyak-banyak still tak ok lagi. Malas sebenarnya nak ke klinik.Masa bila perut okpun tak tahu. Tertidur dgn tv terpasang. Jam 2.15pagi tersedar dan tutup tv.

Pagi ini bersarapan dgn nasi lemak mamak restoran yg sama, perut meragam balik. Agaknya perut terkezut sebab baru mula ambil sarapan pagi. Ambil berkat bulan syawal buat puasa sunat dan qada. Masa ni pulak tengah cuti, tu yg sakitnya 2 dlm 1. Setiap hujung minggu saya tak berpuasa, memang sengaja nak sambut dan melayan tetamu yg berziarah raya. Menu hujung minggu ini Nasi Ayam dan Soto. Nak jamu tetamu makan. Kesian mak dan kawan-kawan emak belum lagi beraya ke rumah masing-masing. busy banget. Minggu lepas Mak balik Puchong tinggal saya seorg dirumah. Tapi tetap masak nasi lemak seperiuk besar. Hantar kat kakak sebelah dan rumah makcik belakang (mangkuk makcik masih belum dipulangkan semenjak hujung Ramadhan). Ayam ke daging ke akak tak pandang, dah jemu benar rasanya. Tu sebabnya saya masak rendang kerang.Abang ipar suka sangat sampai simpan dlm peti sejuk, katanya nanti boleh panaskan dan makan lagi, sodap.

So jgn lupa nantikan Soto dan Nasi Ayam Mak Teh hujung minggu ni.

Monday, October 29, 2007

Sheikh Muszaphar tak berkesempatan lihat jenazah adik

SEREMBAN 28 Okt. - Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak dapat melihat untuk kali terakhir wajah adiknya yang meninggal dunia semalam berikutan beliau terlepas penerbangan dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Beliau yang terlepas penerbangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH705 dari Bangkok, Thailand pada pukul 11.08 pagi (12.08 tengah hari waktu Malaysia) terpaksa menaiki penerbangan berikutnya.

Adiknya, Sheikh Mustapha Al Masrie selamat dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said di sini, pada kira-kira pukul 2.30 petang tadi selepas hujan renyai-renyai tanpa berpeluang menunggu kepulangan abangnya, yang dijangka tiba di KLIA pada pukul 6 petang.

Bapa kepada angkasawan negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor berkata, anaknya itu menaiki pesawat dari Rusia ke Bangkok, tetapi di Bangkok, Dr Sheikh Muszaphar mengalami masalah penerbangan dan beliau terus menghubungi Dr Sheikh Muszaphar.

“Dr Sheikh telah memberi lampu hijau supaya urusan pengkebumian diteruskan tanpa beliau.

“Ini memandangkan jenazah terpaksa menunggu selama lebih dari tiga jam dari jadual sepatutnya iaitu selepas solat Zuhur untuk menunggu abangnya pulang,” katanya kepada pemberita selepas urusan pengkebumian anaknya hari ini.

Jenazah Sheikh Mustapha Al Masrie tiba di perkarangan Masjid Negeri pada pukul 12.55 dari rumah keluarganya di Petaling Jaya.

Kira-kira 100 orang termasuk anggota keluarga dan rakan menghadiri pengkebumian Sheikh Mustapha di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Masjid Negeri.

Tanah Perkuburan Tuan Haji Said dipilih memandangkan di situ secara tradisi telah menjadi tempat bersemadinya anggota keluarga Allahyarham sejak dari datuknya lagi iaitu Sheikh Ahmad.

Sheikh Ahmad sendiri merupakan seorang tokoh yang pernah berjasa kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan sehinggakan sebatang jalan raya di bandar Seremban berhampiran bangunan UMNO dinamakan sempena namanya.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Hayati Redha, 29 tahun memberitahu pemberita bahawa beliau bertemu suaminya pada 2002 di sebuah restoran dengan bertukar senyuman sebelum berkawan selama setahun.

“Pada 2003 kami berkahwin dan dikurniakan dua orang anak... saya berasa amat terkejut dengan kematian suami tambahan pula anak sulung iaitu Aiman amat rapat dengan abahnya.

“Aiman kerap kali bertanya selepas suami koma, di mana abah, di mana abah malah masih lagi bertanya tentang suami selepas beliau meninggal dunia,” katanya.

Beliau memberitahu suaminya seorang yang amat gemar membaca dan amat mengkagumi Dr Sheikh Muszaphar sejak dari dahulu lagi dan ditambah pula dengan kejayaan beliau menjadi angkasawan.

“Di sebalik kegembiraan beliau apabila abang menjadi angkasawan, suami sebenar tidak mahu abangnya pergi ke angkasa lepas. Beliau seolah-olah tahu mereka berdua tidak akan dapat berjumpa lagi,” katanya.

Hayati yang bertugas sebagai Eksekutif Akaun memberitahu, suaminya seorang yang cukup gemar membaca dan banyak mengajar beliau.

Sejak bermulanya program angkasawan Malaysia dan abangnya menawarkan diri, suaminya gemar bercerita mengenai angkasa lepas.

Beliau yang cuba menahan sebak memberitahu, jika suaminya masih hidup, mereka suami isteri merancang untuk mendengar cerita pengalaman Dr Sheikh Muszaphar di angkasa lepas.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak iaitu Sheikh Aiman Shukor, tiga tahun dan Siti Balkish Shukor, setahun.

Sheikh Mustapha Al Masrie, 32 seorang jurutera awam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas koma selama seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk pada tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Detik pilu angkasawan

TABAH: Sheikh Muszaphar menyiram air di pusara Sheikh Mustaffa Shukor di Sikamat, Seremban, semalam.

SEPANG: Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, tidak dapat menatap wajah terakhir adiknya yang meninggal dunia, kelmarin, selepas terlepas pesawat sambungan di Bangkok, semalam.

Dr Sheikh Muszaphar sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 2.10 petang, tetapi cuaca buruk di Moscow menyebabkan beliau terlepas pesawat sambungan Penerbangan Malaysia (MAS) di Bangkok yang berlepas pada jam 12.05 tengah hari.

Sebaik tiba di KLIA pada jam 5.07 petang, Dr Sheikh Muszaphar yang diiringi Pengarah Misi Angkasawan, Dr Zulkifli Md Jusoh, terus dibawa ke Tanah Perkuburan Haji Mohd Said di Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan dengan diiringi polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dan IPD Seremban.

Jenazah adiknya, Sheikh Mustaffa Shukor Al Masrie, 32, selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira jam 2.30 petang.

Dr Sheikh Muszaphar yang ditemui pemberita di KLIA, kelihatan sedih dan berharap roh adiknya dicucuri rahmat. Ketibaannya disambut pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, ahli Pemuda dan Putera Umno serta kakitangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

�Saya berasa sangat kosong dan sedih tetapi ini adalah dugaan dan ujian Allah... setiap makhluk itu datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Saya harus menerimanya dengan tabah, terutama untuk kedua-dua ibu bapa saya," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan adiknya.

Sheikh Mustapha Shukor Al Masrie meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, kira-kira jam 6 petang kelmarin selepas koma sejak seminggu lalu akibat terlanggar tiang sebelum terhantuk batu di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang bekerja sendiri dalam bidang pembinaan, meninggalkan seorang isteri, Haryati Mohd Redza, 28, serta dua anak berusia tiga dan dua tahun.

Di SEREMBAN, angkasawan negara itu yang tiba di perkarangan Masjid Negeri, kira-kira jam 6.15 petang, meluangkan masa kira-kira 20 minit di kubur adiknya sebelum bertolak pulang ke Petaling Jaya.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Pengarah Pusat Kajian Angkasa Lepas Negara, Datuk Dr Mazlan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Ir Jamlus Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri

(Adun) Sikamat, Datuk Md Yusof Harmain Shah serta lebih 200 umat Islam.

Sementara itu, bapanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor, berkata Dr Sheikh Muszaphar sendiri menghubungi keluarga meminta urusan pengebumian adiknya dibuat tanpa menunggu kepulangannya.

Beliau berkata, Dr Sheikh Muszaphar akan berada selama tiga hari di negara ini bagi urusan keluarga dan menyertai majlis bacaan tahlil di rumah Allahyarham adiknya di Seksyen 12, Petaling Jaya.

�Kedudukan Dr Sheikh Muszaphar selepas itu bergantung kepada urusan kerajaan kerana sebelum ini permohonan sudah dibuat kepada kerajaan Russia supaya tempoh cutinya dipanjangkan bagi mengadakan majlis menyambut kepulangannya.

"Perkara itu akan diuruskan kementerian terbabit dan apa yang boleh saya beritahu ialah dalam tiga hari ini, masa Dr Sheikh Muszaphar hanya untuk urusan keluarga," katanya sambil berterima kasih kepada semua pihak yang menziarahi dan membantu urusan pengebumian anaknya.

Monday, October 22, 2007

Dua jam penerbangan ke lokasi kapsul Soyuz

SHEIKH Muszaphar Shukor (kiri) dan dua kosmonaut Rusia yang turut pulang ke Bumi dari ISS, Oleg Kotov (tengah) dan Fyodor Yurkichin, menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pemberita pada sidang akhbar di bandar Kustanay, Kazakhstan.

MOSCOW 22 Okt. – “Disebabkan tersasar jauh, kami terpaksa mengambil masa dua jam untuk sampai ke lokasi kapsul Soyuz itu mendarat.

“Walaupun ada krew yang bersedia di Baikonur, ia hanya dapat memberikan bantuan asas dan tidak lengkap sebagaimana yang berada di sekitar Arkylyk.”

Itu penjelasan Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh ketika menceritakan mengenai proses mengesan kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pulang ke Bumi semalam.

Menurut beliau, selepas pendaratan kapsul itu tersasar iaitu sejauh 600 kilometer dari Arkylyk, beliau yang menaiki sebuah helikopter milik tentera Rusia terpaksa bergegas ke lokasi Soyuz terbabit ditemui.

“Apa yang membimbangkan ialah krew bantuan di Baikonur tidak mempunyai kemudahan bantuan yang lengkap. Apa yang ada hanyalah selimut.

“Kerusi khas yang digunakan untuk angkasawan mengadaptasi keadaan graviti pun tidak ada dan mereka terpaksa menunggu masa lama untuk mendapatkan kerusi itu,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa Sheikh Muszaphar dan dua angkasawan iaitu Fyodor Yurchikhin serta Oleg Kotov selamat mendarat di Bumi pada pukul 2.37 petang semalam waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia) selepas melalui perjalanan selama 3 jam 23 minit.

Ketiga-tiga angkasawan terbabit kemudian diterbangkan ke Moscow dan tiba di sini pada pukul 10.36 malam waktu tempatan (2.36 pagi waktu Malaysia).

Mereka seterusnya dibawa ke Pusat Latihan Kosmonaut Gagarin (GCTC) dan sebaik tiba pada pukul 11.15 malam (3.15 pagi waktu Malaysia), ketiga-tiga mereka dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikuarantin.

Mengulas lanjut, Dr. Zulkeffeli berkata, semasa proses pendaratan, Sheikh Muszaphar terpaksa bergelut dengan tekanan yang cukup tinggi iaitu sehingga 9G.

Ini, ujarnya, adalah disebabkan kesilapan mekanikal sehingga membuatkan kapsul Soyuz TMA-10 menghadapi masalah untuk mendarat dengan perlahan.

“Masalah mekanikal yang dihadapi kapsul Soyuz TMA-10 diketahui sebelum ia memasuki ruang atmosfera Bumi.

“Kesilapan itu membuatkan Soyuz terpaksa menggunakan pendaratan balistik iaitu pendaratan secara manual dan bukannya automatik,” katanya.

Ditanya mengenai kit hasil eksperimen yang dilakukan Sheikh Muszaphar sepanjang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari, beliau berkata:

“Apabila sampai, saya terus keluarkan kit eksperimen. Namun dengan keadaan pendaratan seperti itu, apa-apa pun boleh berlaku.”

Sementara itu, Penyelaras Sains Hayat program penyelidikan untuk Program Angkasawan Negara, Prof. Dr. A. Rahman A. Jamal berkata, pihaknya akan membuat analisis terhadap eksperimen berkenaan secepat mungkin.

“Buat masa ini, kita tidak tahu apakah impak pendaratan terhadap hasil penyelidikan tersebut,” tambahnya.

Hani Kasry : Kak Lang saya, tak habis-habis bersedih dgn keadaan dan situasi yg terpaksa dihadapi oleh Dr. Sheikh Muszaphar semenjak dari pelepasan beliau ke angkasa, semasa Dr. Sheikh di ISS dan ketika melihat gambar-gambar sewaktu pendaratan beliau ke bumi. Kesian kak Lang tengok dia, lihatlah mukanya sembab. Tak sampai hati kak Lang nak tengok. Camanalah degupan jantungnya ketika itu. Kak Hani siap cakap, tak apalah Alang, Dr. Sheikh seorg yg cekal, kita di sini hanya boleh mendoakan yg baik-baik sahaja utknya dan semoga beliau selamat. Amin... Memang setiap lepas solat Akak tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat Dr. Sheikh. Begitu juga seluruh rakyat Malaysiakan.

Sunday, October 21, 2007

Muszaphar selamat mendarat

KEADAAN BAIK: Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan isyarat bagus sejurus tiba di Kustanai, Kazakhstan dengan helikopter selepas dibawa dari tempat kapsul pendaratan mendarat, semalam.

Kapsul pendaratan dinaiki angkasawan negara, dua krew tersasar 420 kilometer

ANGKASAWAN pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke bumi semalam apabila kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawanya pulang, mendarat mengikut jadual dekat bandar Arkylk, Kazakhstan, petang semalam.

Soyuz mendarat tepat jam 2.37 petang waktu tempatan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi.

Selain angkasawan Malaysia, kapal angkasa itu turut membawa bersamanya krew Ekspedisi ke-15 di ISS iaitu dua angkasawan Russia, Fyodor Yunchikin dan Oleg Kotov yang sudah berada di sana sejak enam bulan lalu.

Pemeriksaan kesihatan kecemasan yang dilakukan sebaik pasukan penyelamat menemui kapsul pendaratan itu, kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal, mendapati kesihatan Dr Sheikh Muszaphar dan semua krew Soyuz berada dalam keadaan baik.

Sejurus kemudian, ketiga-tiga krew itu dibawa ke Kustanai, bandar di sempadan Kazakhstan-Russia sebelum diterbangkan sejauh 1,500km ke Lapangan Terbang Chkalovsky milik tentera Russia berhampiran Star City, di sini.


Ketibaan Dr Sheikh Muszaphar dan dua lagi krew berkenaan disambut delegasi pegawai kanan misi terbabit termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada jam 8.15 malam (12.15 pagi, Malaysia).

Hadir sama dalam pertemuan 15 minit itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis; Duta Malaysia ke Russia, Datuk Mohamad Khalis Ali Hassan serta bapa Dr Sheikh Muzaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya, Datin Zuraida Sheikh Ahmad.

Najib yang mengetuai delegasi Malaysia bagi menyambut kepulangan Dr Sheikh Muszaphar sebelum itu menyaksikan peristiwa pendaratan angkasawan negara dari Pusat Kawalan Misi (MCC) di sini, yang turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan Astro.

Dalam sidang media sejurus selepas Soyuz diumumkan selamat mendarat, Timbalan Perdana Menteri berkata, negara bersyukur kerana angkasawan pertama negara selamat mendarat dan berjaya melakukan misinya dengan sempurna.

“Kejayaan misi ini adalah satu peristiwa bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia kerana ia membuka satu lagi lembaran baru dalam kejayaan negara, khususnya dalam sektor penerokaan angkasa lepas,” katanya.

Terdahulu, kejayaan misi angkasawan Malaysia ke ISS diraikan di MCC dengan Najib diberi penghormatan meletakkan lencana rasmi Program Angkasawan Negara di bilik kawalan sambil diperhatikan pengurusan Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) diketuai pengarahnya, Anatoli Ferminov.

Perjalanan pulang angkasawan negara bermula apabila Soyuz bergerak meninggalkan ISS dan mendarat di bumi menggunakan mod automatik (pendaratan normal) sejak jam 8.15 pagi waktu tempatan.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada krew Ekspedisi ke-16 di ISS, Dr Sheikh Muszaphar, Yunchikin dan Kotov memasuki Soyuz serta menutup selak yang menghubungkan kapal angkasa itu dengan komponen kargo milik Russia di ISS, dikenali Zarya.

Tepat jam 11.15 pagi, komander penerbangan mendapatkan kebenaran pengawal pusat kawalan udara Russia di MCC, untuk melepaskan cangkuk dan selak bagi memisahkan Soyuz dan Zarya. Enjin Soyuz kemudian dihidupkan untuk menjarakkannya dari ISS.

Enam minit kemudian, Soyuz bergerak 20 meter menjauhi ISS dan komander (Yunchikin) menghidupkan lagi enjin selama 15 saat untuk terus meninggalkan pusat itu.

Dua jam setengah kemudian, pada jarak 19 km dari ISS, komputer mengaktifkan dorongan Soyuz untuk keluar dari orbit. Enjin yang dihidupkan selama empat minit memperlahankan penurunan kapal angkasa dan mengeluarkannya dari orbit dan memulakan fasa memasuki atmosfera.

Setengah jam selepas itu, jejak pertama atmosfera bumi mula dikesan dan komputer memisahkan tiga modul kapal angkasa Soyuz dengan modul pendaratan (tengah) yang dihuni angkasawan, menjajar ke plat pelindung kepanasan bagi meminimumkan kesan haba.

Lapan minit kemudian payung terjun Soyuz diaktifkan dengan dua payung kecil, disusuli satu unit yang lebih besar dikeluarkan bagi memperlahankan kelajuan kapsul pendaratan daripada 220 meter sesaat kepada 80 meter sesaat.

Tali payung terjun pada kapsul diputuskan beberapa minit sebelum mendarat bagi menegakkan kembali modul pendaratan dengan kelajuan penurunan berkurang kepada tujuh meter sesaat, dan pada tahap itu, sistem komputer mengaktifkan penyerap hentakan kerusi krew.

Dua saat sebelum pendaratan, enam enjin di bawah Soyuz dihidupkan bagi mewujudkan dorongan ke atas, yang memperlahankan lagi kelajuan kapsul kepada 1.5 meter sesaat ketika modul pendaratan hanya berada 0.8 meter dari tanah.

Tepat jam 2.37 petang (6.37 petang, Malaysia), selepas tiga jam 23 minit perjalanan dari ISS, Soyuz selamat mendarat. Pasukan mencari dengan konvoi enam helikopter dan 12 kenderaan amfibia tentera Russia kemudian menemui kapsul pendaratan dengan semua angkasawan disahkan selamat.

Angkasawan Malaysia itu dijadualkan berada di sini untuk tempoh dua minggu lagi bagi tujuan kuarantin, sebelum kembali ke tanah air.

Hani Kasry : Alhamdulillah akhirnya angkasawan ulung kita mendarat dengan selamat ke bumi. Semoga Dr Sheikh Muszaphar Shukor sihat sentiasa dan beliau kini menjadi kebanggan rakyat Malaysia kerana berjaya melakar sejarah sebagai angkasawan Malaysia pertama. Syabas...

Wednesday, October 10, 2007

Salam Lebaran

Tuan punya teratak ini ingin mengambil kesempatan mengucapakan salam lebaran diangin lalu buat seluruh umat Islam dan pengunjung teratak ini.

Semoga ceria selalu di samping tersayang dan berhati-hati ketika memandu.

Kak Hani akan bercuti dari 11 October sehingga 18 October 2007. Mulanya cuti approved sehingga 22 October, tapi disebabkan hendak berpindah pejabat hujung October, kelulusan cuti akak di tarik balik oleh YH. DHA.

Salam lebaran buat Rick. Makwe kamu bangsa apa yek. Ingin bonar akak nak tahu.Semoga cepat tawin (kahwin).Jangan nakal-nakal tau.

SALAM LEBARAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN