Monday, May 24, 2010

JUARA AF 8 - SHAHIR ZAWAWI

Happy sangat dgn keputusan AF8 Akhirnya kemenangan mutlak adalah milik Shahir. Tentulah Ummi dan Mak Lang antara penyokong kuat beliau yg paling gembira.

Nanti bila senang Ummi akan update lagi. Hari ni hanya nak meluahkan perasaan puas hati atas kemenangan Shahir.

Hari ni tak boleh update byk-byk sebab bz terlampau. Perut pulak tengah meragam, berangin aje, kepala dah start pening-pening ni. Ngapa agaknya wei...

Sekian

Sunday, May 16, 2010

Marathon Nonton DVD

Semalam juga Ummi dan emak marathon nonton CD/DVD.

Mula-mula kita layan CD karaoke lama-lama. Pehtu nonton Niyang Rapik. Oklah juga ceritanya seramlah juga. berjayalah juga pengarahnya suruh kita berfikir siapa sebenarnya yg menghamilkan Liyana Jasmy (LJ-laila nama dia dlm cerita tu). Pehtu Ummi sambung tengok Pisau cukur tapi CD ke-2 tak habis tengok sebab dah masuk waktu maghrib. Harus tengok malam ni. Selain tu ada DVD yg menanti Evolusi KL Drift 2, Valentine Day dan 2 lagi yg Ummmi tak ingat judulnya.

Semalam Ummi hanya buat cucur pisang utk b/fast. Tengah hari tak masak, Makan lauk semalam sahaja. Ikan kelisi masak taucu, Tongkol masa asam dgn terung, telur mata kerbau, ikan bilis goreng dgn cili dan bawang serta sambal belacan. Malamnya pulak kami dua beranak makan Maggi kari dgn telur dan fish cake dan taruk cili api byk-byk. Sudahnya belum azan Subuh perut dah memulas.

Sekian, sampai bersiaran di lain kali.

Menambah Busana


Umi teringin nak pakai busana macam ni. Dah ada dlm simpanan. Agak-agaknya sesuaikah utk wanita bertudung ? Sudah tentu dipakai dgn tube dan tudung labuh. Sila beri pandangan.


Semalam Ummi minta Kak Lang tlg ambilkan baju kebaya yg ditempah 3 minggu lepas. Bila Ummi belek-belek rasa cam tak muat je. Pastu Ummi bawa balik dan trylah. Hampeh betullah ahso tu adakah dia buat fit-fit aje. Bila Mak tengok dia kata ok, potongan kemas. Tapi Ummi yg menyarungkan kebadan rasa macam sesak nafas. Kat bahagian dada langsung tak ada ruang. Basi baju tu pulak tak berapa besar. Ummi dah pesan masa ambil ukuran tu saya tak mahu fit sangat saya mahu longgar. Panjang baju habis ukuran kain. Tapi dah jadi kebaya pendeklah pulak dah tu bajunya dipotong menirus. Bukaan pada tangan bajupun kecil. Nak selak ambil wudukpun susah. Apa punya ahsolah. Itu yg Kak Lang kata dia buat baju sedap dipakai. Sudahlah upah jahit RM50. Mahal sepuluh ringgit dari Kakak sebelah rumah.
Tapi Kakak sebelah rumah tu buat lagi sedap. Besar dan berangin. Ini dah tentu kes mintak ahso tu alter balik. Bukak semula tepi jahitan dan jahit semula. Kalau tak pesan lain cerita ini dah pesan byk kali. Memang kamu tailor yg Ummi dah reject langsung. No more tempah baju dgn kamu ahso. Terbantut Ummi nak buat baju tuk raya. Kalau panjang umur. Insyallah.