Wednesday, November 21, 2012

Si Kecil Muhammad Irfan Danial

Ini adalah anak buah yang paling bongsu setakat ini berusia 1 tahun 2 bulan. Berbadan kurus dan tinggi. Dalam usianya kini Debab (panggilan untuk Irfan, moga badannya akan berisi) masih belum boleh bertatih. Mungkin ini disebabkan dalam keluarga kami rata-ratanya ketika umur mencecah 1 tahun - 1 tahun 4 bulan baru pandai berjalan.

Tapi kesian Debab ada mama tak serupa org lain. Konon pegawai bank tapi pengurusan masa out. Sanggup tinggalkan anak tiap-tiap hari keluar kerja jam 7.45 pagi pulang lepas jam 9pm. Anak kecil itu terbiar selalu dibawah jagaan nenek tua, jam 7pm Ummi balikpun Debab belum makan lagi. Bila cara sembunyi-sembunyi Ummi tanya pada abangnya katanya siang tadi nenek bagi dia makan roti sahaja. Roti sahaja bayangkan anak sekecil itu bukan tahu ambil makanan sendiri. Sungguh ini satu penderaan buat anak kecil itu. Kurang kasih sayang, kurang perhatian. Bila dah jam 7pm akak akan suap nasi untuknya. Kalau dah perut masuk angin makanpun dah tak lalu.

Nak ku ambil anak itu sepenuhnya atas jagaan dan didikanku tak diberi pula. Kesian anak itu. Kesia kamu Debab.

Mak dan Paknya gembira riang ria bila diberitahu anaknya mungkin akan dibedah dalam bulan 03/2013 berikutan tulang dada sebelah kanan anak kecil itu seakan besar sedikit dari yang kiri. Perkara inipun Ummi yang sedari ketika anak ini berusia 2 bulan 3 hari sebelum majlis aqiqahnya.

Bila masa lap atau mandikan babypun boleh tak sedar yang anak itu mempunyai kelainan di dadanya.MasyaAllah ada juga Mak Andeh di zaman cyber ni.

Apapun setiap kali lepas solat Ummi sentiasa doakan moga Irfan normal dan cepat sembuh, dijauhkan dari sebarang musibah, malapetaka dan penyakit. Moga Irfan menjadi anak yang sihat, budiman dan beriman dan panjang umur.

Lepas ini Ummi pasti update banyak benda tentang Irfan kerana anak ini telah menjadi belahan jiwaku.

Wasalam.