watch out , don't buy even though cheap
It makes from CONDOM . this is ridiculous..
BE CAREFUL LADIES .
Miles Apart.... Near To The Heart
watch out , don't buy even though cheap
It makes from CONDOM . this is ridiculous..
BE CAREFUL LADIES .
Dari hasil kajian, sel otak hanya akan berkembang pada bahagian yg paling sering digunakan sahaja. Jika anda tidak mahu berlakunya penurunan atau pengurangan sel otak anda, amalkan beberapa tip di bawah :
Aktiviti Baru dan Berbeza
Lakukan sesuatu aktiviti yg baru seperti mencuba menu makanan yg baru, wangian yg berbeza. Atau, jika anda sering menggunakan tangan kanan utk melakukan kerja, anda boleh
Mungkin juga anda boleh
Makan Ikan
Pengambilan ikan dlm menu anda seminggu juga banyak membantu kerana ikan mengandungi Omega-3. Sekurang-kurangnya, ambil ikan dalam diet anda tiga kali seminggu. Jika bosan memakan ikan,
Elakkan dari memakan makanan ringan atau makanan yg mengandungi hydrogenated oils. Lemak mengurangi aliran darah yg kaya dgn oksigen ke otak dan menghambat metabolisme glukosa yg digunakan otak utk berfikir.
Anda boleh juga menggantikan daging atau gorengan dengan ikan atau kekacang.
Cubalah tips ini. Moga-moga sel otak kita akan bertambah bukan sebaliknya.
Sayu... hati ini makin sayu
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
Buat insan yg masih memiliki ayah dan bonda sering-seringlah menziarahi dan limpahi kedua mereka dgn kasih sayang dan perhatian tanpa berbelah bagi. Selagi ada hayat mereka, ceriakanlah hari-hari yg dilalui mereka dgn perkara paling indah. Peristiwa indah ini sahaja yg akan menjadi memori terpahat dihati apabila ketiadaan mereka nanti. Sesungguhnya kasih ayah bonda tiada tolok bandingnya di dunia ini. Moga hambamu ini tergolong di dalam golongan org yang mengutamakan ayah bonda. InsyaAllah.
Alia nekad utk berhadapan dengan Abah apabila Abah pulang nanti. Abah telah berlaku tidak adil pada Alia dan Mama. Sejak dari saat Mama memberi izin kpd Abah utk berkahwin lagi, tumpuan Abah kepada keluarga sebelah sini amat kurang. Semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.Abah sentiasa beralasan bahawa Alia telah dewasa dan hampir mencecah usia 18 tahun. Sedangkan ketiga-tiga anak gadis Abah di keluarga sebelah
“Entah Alia,” hanya itu dua patah jawapan Mama. Nada Mama mendatar dan bersahaja menjawab soalan anak gadisnya itu. Namun ada riak resah di wajah Mama. Mama kelihatan agak gelisah seolah-olah tidak mahu perkara itu dipanjangkan.
“Abah tak adil
Getaran
Mama
“Alia bercakap bukan utk diri sendiri Ma… tapi Mama tak sihat… Abah tak patut buat kita macam ni. Terlalu lebihkan anak dan keluarga
Suasana sepi seketika. Perlahan-lahan air mata Alia mengalir tanpa dpt ditahan lagi. Alia menangis. Alia menjadi semakin keliru. Air mata yg mengalir itu kerana Abah atau utk Mama.
Perlahan-lahan Mama dtg menghampiri Alia. Dipeluknya anak gadis kesayangannya itu kemas-kemas seolah-olah tidak akan dilepaskan lagi. “Anak Mama harus kuat…. Selama ini pun semua dugaan telah kita tempoh bersendirian tanpa Abah… buktikan diri Alia,” Mama berkata perlahan memujuk Alia. Mama mengulangi kata-kata semangat buat anak gadisnya.
Tanggungjawab
“Dah lama sangat kami tak jumpa Abah. Dua minggu Mama di hospital tapi Abah langsung tak jenguk. Alia nak berbincang dgn Abah tentang tanggungjawab,” ujar Alia tiba-tiba dgn tegas dan nada yg sengaja dikeraskan.
Abah terkejut dgn serangan Alia secara tiba-tiba itu.
“Abah tak ada masa. Semua tanggungjawab dah Abah tunaikan. Alia pun dah pandai… nak ke luar negara pun.. apa lagi yg Alia nak persoalkan tentang tanggungjawab Abah?” potong Abah dgn nada marah setelah terdiam seketika. Ternyata Abah tersinggung dgn kata-kata Alia.
“Anak-anak Abah di sini masih kecil-kecil belaka. Alia mesti faham keadaan Abah,” rungut Abah lagi utk membela tindakannya.
“Mama sakit teruk.. Abah langsung tak ingatkan Mama…. Abah lepas tangan. Alia dpt rasakan yg hidup Mama juga dah tak lama… tolonglah… kasihan Mama.” Selesai perkataan yg terakhir itu dituturkan, Abah terus mematikan talian. Ternyata Abah amat tidak bertimbang rasa terhadap Mama. Abah langsung tidak memikirkan kesihatan Mama atau kebajikan Alia. Alia benar-benar hampa dgn sikap Abah.
Alia semakin nekad. Demi Mama, Abah pasti akan berhadapan dgnnya sebelum September ini. Azam Alia bersngguh-sungguh. Abah mesti dingatkan dgn tanggungjawabnya.
Merayu
Di hospital Mama hanya berbaring lesu. Sekali sekala Mama menasihati Alia utk terus, belajar walau apa pun yg bakal terjadi pada Mama. Berkali-kali Mama nasihatkan Alia utk terus pergi ke
Hari ini sahaja telah tiga kali Alia menyampaikan pesan kpd Abah memaklumkan kesihatan Mama.
“Datanglah Abah, Mama dah semakin tenat ni.. tolonglah,” rayu Alia berkali-kali. Namun sikap Abah tidak berubah. Abah seolah-olah sebutir batu keras yg amat kaku. Abah tetap tidak muncul-muncul.
“Kata doktor Mama dah tak lama lagi Abah. Mama dah tak mampu utk bercakap lagi. Tolonglah Abah…,” rayu Alia melalui pesanan telefon. Namun Abah tetap membisu, Alia menjadi pilu. Sungguh pilu.
Rindu jadi benci
Akhirnya Mama pergi setelah dua hari koma tanpa sebarang pesan kepad Abah.
Di hari pengkebumian jenazah Mama, Abah tiba-tiba muncul di rumah bersama-sama dgn isteri dan ketiga-tiga anak gadis kecilnya. Abah menangis hampir meraung-raung. Seolah-olah Abah sgt meratapi kematian Mama. Sungguh-sungguh Abah menangis. Sekali sekala Abah kelihatan tersedu-sedu.
September tiba. Kini Alia berseorangan di lapangan terbang. Alia tidak mahu mengharapkan kehadiran Abah utk mengucapkan selamat tinggal. Mengharapkan Abah cuma akan membuang masa dan mensia-siakan perasaan yg masih tersisa. Alia harus belajar utk tabah menjalani hidup bersendirian. Itu pesanan Mama. Mengingati Mama air mata Alia bergenang lagi.
Selamat tinggal
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Selesema dan Sakit Kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Oleh yang demikian, rajin-rajinlah mandi. Jangan biar bau badan dah terbit baru nak mandi. Nanti kambing yg lepas dari kandangpun tak mahu dekat.
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
MARHABAN berasal dari kata 'rahb' yang bererti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan dada yang lapang, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan dada yang lapang, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.
Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad).
Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh untuk melanjutkan perjalanan menuju Allah s.w.t. Perjalanan menuju Allah s.w.t. itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan.
Untuk sampai pada tujuan, tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.
Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang masih meniti hari, Hamba Allah ini mohon kesihatan yang baik dari Yang Maha Esa agar dapat menjalani ibadah puasa dengan berlapang dada dan semoga ibadah ini serta ibadah lainya seperti berterawih, bersedekah, bertadarus dapat dilakukan dengan sempurna, InsyaAllah.
Semoga impian hambamu untuk menjadi Muslimah yang baik, lebih baik dari sebelumnya akan terlaksana di bulan yang mulia ini, InsyaAllah.
Setiap kita terutamanya wanita mengimpikan wajah yg cantik, tubuh yg elok dipandang serta sempurna segala-galanya. Namun hakikatnya, sempurna pada mata kita manusia belum tentu sempurna pada mata Allah. Justeru segala-galanya memerlukan keseimbangan, termasuk dalam hal kecantikan. Bagaimana utk jadi cantik zahir dan batin? Disini diperturunkan tip mudah dan praktikal utk diamalkan. Barangkali hanya memerlukan sedikit perubahan sikap dan perbuatan.
(1) Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis atau dgn kata lain, menyakitkan hati org lain sama ada dgn bahasa keras atau sindiran.
(2) Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yg tidak selari dgn peribadi Muslimah.
(3) Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.
(4) Jgn meninggalkan solat
(5) Memakai pakaian yg sopan, tidak menjolok mata dan bersih.
(6) Sentiasa berfikiran positif.
(7) Memperbanyakkan zikir, selawat dan membaca al-Quran.
(8) Berbaik sangka dgn org lain dan tekanan yg menghimpit.
(9) Berbaik sangka dgn Allah, termasuk dgn segala ujian yg Allah beri.
(10)Jgn abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan dan hindari keburukan.
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam, saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
'VillaQaseh' tercetus apabila melihat sekian ramai kenalan memiliki blog sendiri. Rasa teruja melihat cetusan idea mereka. Untuk itu buat kesekian kalinya dan setelah berhempas pulas mencuba maka lahirlah ‘VillaQaseh’ yang asalnya bernama villakasih percubaan dalam bulan September, 2006 agak tidak berjaya. Tak tahu kenapa sebanyak 10 post dah dibuat tapi cuma 3 sahaja post yang dapat diview.