Sunday, March 30, 2008

Hariz yang Menyenangkan

Seronok sangat weekend hari tu sebab Hariz ada di samping akak. Suasana minggu itu cukup menyenangkan kerana Hariz berperangai extra-ordinary baik, dengar cakap. Tak membantah bila di suruh buat homework dan tekun baca buku. Bila tiba masa relex dan menonton DVD dia akur. Bila disuruh berehat dia juga akur.

Hari Sabtu itu kami menyambut ulangtahun kelahiran Zureen 3 tahun dan Mohd Amin 2 tahun di Puchong. Mak Andak masak macam-macam ada Mee/Bee Honn Sup/Soto. Pulut Kuning, Kari daging, Nasi Himpit, KFC, Fries, Kuih Kacang, Koci dan macam-macam lagi. Tahulah budak-budak tentulah seronok sakan dapat jumpa sepupu sepapatnya. Habislah ayam dikejarnya keliling rumah. Kami balik ke Sunway agak lewat juga. Esoknya bawa Hariz ke pasar lepas dapat patung Power Rangers dan CD Cicak Man Hariz happy sangat.

Pagi ni cukup mudah kejutkan Hariz untuk ke Sekolah, Lepas tu sempat pulak hantar Ika ke Tadika yg berdekatan. Hari happy sangat.

Ummi sayang, sayang, sayangggggg Hariz.

Tragedi hidup Sufiah

LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.

Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’

“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi.

Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.

Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.

Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun

Tuesday, March 04, 2008

Cerita Tentang Hariz

Petang Semalam (Selasa)akak tidur sekejap sebab letih sangat, jaga Mak yg sedang sakit. Semetara beliau berurut akak ajak anak-anak semua, Hariz, Isha dan Ika tidur kat atas.Terlena jugalah 1 1/2 Jam. Itupun sebab Dato' sibuk talipon.

Akak terperanjat, sejak sekian kalinya Hariz dah mula pandai buat kerja sekolahnya sendiri tanpa supervision. Bila di ajak tidur, dia pulak suruh akak tidur dulu. Mula-mula akak ingat dia cakap main-main. Tapi bila akak bangun dia tunjukkan tulisan mandrin yang telah disiapkan. Pandai pulak tu. Tulisan yg bersimpul-simpul tu dia buat sendiri sampai habis. Sebelum tu dia dahpun menghabiskan kerja colouringnya yang bertemakan friendship. Semua siap dibuatnya. Akak/Umi pun siap puji-puji dan tepuk tangan utknya, adiknyapun tumpang sekaki. Seronok betul dia. Sepupunya Ika pula kata Umi pandai pulak Hariz buat ye Umi, selalu dia tak tahu.

Bila difikirkan, salah umi dan mamanya juga tak asuh dia sejak awal buat scribling, menconteng-conteng ke apa ke. Dulu bila diberi buku, pensil dan warna, dia tentu tak suka. Bukan tak suruh tapi uls tentu faham anak lelaki punyai perangai tak sma dengan anak perempuan. Asyik ingat main dan dvd sahaja.Dah 2 bulan sekolahpun tangannya masih kaku. Nasib baik bila diberi latihan tracing / menulis dalam 2 bulan tu dia mahu juga buat.Tu yang Hariz makin improve.

Petang semalam dia speaking London. Macam-macam dia cakap. Cakap ajuk, cakap pindah semua yang dia dengar kat sekolah tu dia play back kat rumah. Berabuk sih. Walaupun bunyinya macam dengar dgn tidak. Tapi umi cukup bangga uls. Sekurang-kurangnya dia nak cakap dan sudah menangkap sesuatu sepanjang 2 bulan bersekolah. Kalau dulu ajarlah dia sepatah dua bahasa Inggeris tak mahu dia ikut.

Semalam juga Guru Besarnya puji kata Hariz baik dan pandai pada papanya.Dan semalam juga Cikgu Mandrinnya beritahu Pak Ucu, Hariz tak berapa bagus dlm mandrin, tapi tak apalah kita tak paksa. Kita cuba setakat mana yg dia boleh. Ucu nya pun mengiyakan dan tambah macam mana nak pandai, kita sendiri pun tak tahu nak tunjuk ajar. Nak hantar tuition takut waktu terlalu pack utknya. Akak ada seorg kawan Chinese kat office tapi malangnya tak boleh nak membantu, katanya apa yg akak tulis itu macam (tulisan jawi cinalah tu) ye ke akakpun tak tahu. Ada sesiapa yg boleh bantu.

Apapun semalam adalah hari yang paling membanggakan buat umi sebab anak umi dah semakin bijak.Thank you ALLAH.