Sunday, December 16, 2007

Salam Aidil Adha

Asalamualaikum.

Memandangkan hanya tinggal 3 hari saja lagi kita akan menyambut Aidil Adha maka, dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dan mengucapkan Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di mana juga berada.

Akak akan mula bercuti pada 19 hingga 25 December 2007. Kebetulan Dato' ke China dapatlah dibenarkan akak bercuti sakan.

Cuti ini akan akak manfaatkan untuk Hariz. Hariz dah semakin renggang dengan akak semenjak akak berpindah pejabat. Lagi pulak Hariz akan masuk Tadika tahun depan.Hari Sabtu tu 2 kali Hariz talipon dan berbual dengan akak dan Hariz kata nak dtg, dia suruh akak tunggu. Tapi tunggu punya tunggu Hariz tak muncul sebab balik kampung seperti dijadualkan. Semalam bila Hariz datang akak tengah sibuk buat kuih kat rumah Kak Lang. Hariz minta mamanya hantar ke rumah Mak Lang, katanya nak jumpa Ummi tapi mamanya malas sebab nak tidur. Jadi semalam akak tak jumpa Hariz. Petang nanti bila balik dri office tentu Hariz dan adiknya Farisha kena gomol. Hariz pulak nak akak goda supaya dia hendak bermalam di rumah akak. Akak dah siap beli 2 CD animal planet utk tarik perhatian Hariz. Moga malam ini Hariz mahu tinggal di rumah akak. Lama betul tak berbual dan usik-usik Hariz. Ada saje idea Hariz nak bercerita, tak membosankan.Isha pula dah semakin bijak dan boleh main sendiri. waktu Maghrib bila akak sampai rumah selalu nampak Isha mundar mandir dekat Hall dan nonton tv sendiri. Pandai sungguh anak-anak buahku.

Salam.

Ibadah Qurban

Mengerjakan korban mengikut sunah

Oleh Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunah Nabi s.a.w.

Firman Allah s.w.t: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang- orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2)

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.a, “Maksud ‘amalan yang lebih baik’ ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar, nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunah.”

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. ialah contoh teladan terbaik kepada seluruh umat Islam. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab: 21)

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunah Baginda seperti berikut:

* Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat Hari Raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1961)

Sabda Rasulullah lagi, “Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan”. (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya no: 16151).

* Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Hendaklah dipastikan haiwan yang hendak dikorbankan itu adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah: Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). (riwayat Abu Daud dalam Sunannya no: 2420).

* Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak dari 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah tersebut.

Sabda Rasulullah: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

* Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1318).

Adapun bagi kambing hanya diperbolehkan untuk satu penama sahaja.

* Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah. Lalu Abu Ayyub menjawab: “Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya no: 1425).

* Ibadah korban dilaksanakan di musolla.

Disunatkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibnu Umar r.a, Rasulullah bersabda: Sudah menjadi kebiasaan Baginda menyembelih dan berkorban di musolla. (riwayat Bukhari di dalam Sahihnya no: 5552).

* Sunat menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan Baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

* Menyembelih haiwan korban mengikut sunah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan untuk berbuat baik dalam segala hal. Ketika kalian membunuh, maka berbuat baiklah dalam membunuh tersebut, dan ketika kamu menyembelih berbuat baiklah dalam penyembelihan, dan hendaknya salah seorang di antara kalian menajamkan pisaunya dan memudahkan untuk haiwan sembelihannya. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1955)

Sebelum menyembelih, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca bismillahi wallahu akbar.

* Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunat bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1971).

* Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberi menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata, Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317).

* Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah korban dan akikah.

Ada segelintir umat Islam yang menggabungkan ibadah korban dan akikah dengan menggunakan formula dua dalam satu.

Hal ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah. Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya Ahkamul Aqiqah berkata: “Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat akikah dengan korban. Sebab akikah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekali gus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah dan Allah tidak pernah lupa.”

Tuesday, October 30, 2007

Sakit Perut

Assalamualaikum....

Saya memang dah lama tak jamah roti canai adalah dlm 7 - 8 bulan gitu. Tapi semalam saya bersarapan dgn sekeping roti canai dan kuah dal di restoran berhampiran tempat kerja setelah stesyen-stesyen nasi lemak kegemaranku masih lagi belum beroperasi. Dalam pukul 10.15 pagi perut jadi tak menentu, sebu semacam, dada pulak rasa sakit. Apa kenanya dgn perut dan dadaku hari ini, cemas juga rasanya. Lepas tu dlm pukul 12:00 saya dah mula sedu dan sendawa (angin), tapi saya mula minum banyak air mineral. Angin dlm perut dah mula ok. Tapi hampir jam 2 petang 2X saya masuk toilet buang-buang air. Kenapa ye jadik camtu. Akhirnya saya balik awal jam 4:15 petang. Sapu minyak angin banyak-banyak still tak ok lagi. Malas sebenarnya nak ke klinik.Masa bila perut okpun tak tahu. Tertidur dgn tv terpasang. Jam 2.15pagi tersedar dan tutup tv.

Pagi ini bersarapan dgn nasi lemak mamak restoran yg sama, perut meragam balik. Agaknya perut terkezut sebab baru mula ambil sarapan pagi. Ambil berkat bulan syawal buat puasa sunat dan qada. Masa ni pulak tengah cuti, tu yg sakitnya 2 dlm 1. Setiap hujung minggu saya tak berpuasa, memang sengaja nak sambut dan melayan tetamu yg berziarah raya. Menu hujung minggu ini Nasi Ayam dan Soto. Nak jamu tetamu makan. Kesian mak dan kawan-kawan emak belum lagi beraya ke rumah masing-masing. busy banget. Minggu lepas Mak balik Puchong tinggal saya seorg dirumah. Tapi tetap masak nasi lemak seperiuk besar. Hantar kat kakak sebelah dan rumah makcik belakang (mangkuk makcik masih belum dipulangkan semenjak hujung Ramadhan). Ayam ke daging ke akak tak pandang, dah jemu benar rasanya. Tu sebabnya saya masak rendang kerang.Abang ipar suka sangat sampai simpan dlm peti sejuk, katanya nanti boleh panaskan dan makan lagi, sodap.

So jgn lupa nantikan Soto dan Nasi Ayam Mak Teh hujung minggu ni.

Monday, October 29, 2007

Sheikh Muszaphar tak berkesempatan lihat jenazah adik

SEREMBAN 28 Okt. - Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak dapat melihat untuk kali terakhir wajah adiknya yang meninggal dunia semalam berikutan beliau terlepas penerbangan dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Beliau yang terlepas penerbangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH705 dari Bangkok, Thailand pada pukul 11.08 pagi (12.08 tengah hari waktu Malaysia) terpaksa menaiki penerbangan berikutnya.

Adiknya, Sheikh Mustapha Al Masrie selamat dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said di sini, pada kira-kira pukul 2.30 petang tadi selepas hujan renyai-renyai tanpa berpeluang menunggu kepulangan abangnya, yang dijangka tiba di KLIA pada pukul 6 petang.

Bapa kepada angkasawan negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor berkata, anaknya itu menaiki pesawat dari Rusia ke Bangkok, tetapi di Bangkok, Dr Sheikh Muszaphar mengalami masalah penerbangan dan beliau terus menghubungi Dr Sheikh Muszaphar.

“Dr Sheikh telah memberi lampu hijau supaya urusan pengkebumian diteruskan tanpa beliau.

“Ini memandangkan jenazah terpaksa menunggu selama lebih dari tiga jam dari jadual sepatutnya iaitu selepas solat Zuhur untuk menunggu abangnya pulang,” katanya kepada pemberita selepas urusan pengkebumian anaknya hari ini.

Jenazah Sheikh Mustapha Al Masrie tiba di perkarangan Masjid Negeri pada pukul 12.55 dari rumah keluarganya di Petaling Jaya.

Kira-kira 100 orang termasuk anggota keluarga dan rakan menghadiri pengkebumian Sheikh Mustapha di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Masjid Negeri.

Tanah Perkuburan Tuan Haji Said dipilih memandangkan di situ secara tradisi telah menjadi tempat bersemadinya anggota keluarga Allahyarham sejak dari datuknya lagi iaitu Sheikh Ahmad.

Sheikh Ahmad sendiri merupakan seorang tokoh yang pernah berjasa kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan sehinggakan sebatang jalan raya di bandar Seremban berhampiran bangunan UMNO dinamakan sempena namanya.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Hayati Redha, 29 tahun memberitahu pemberita bahawa beliau bertemu suaminya pada 2002 di sebuah restoran dengan bertukar senyuman sebelum berkawan selama setahun.

“Pada 2003 kami berkahwin dan dikurniakan dua orang anak... saya berasa amat terkejut dengan kematian suami tambahan pula anak sulung iaitu Aiman amat rapat dengan abahnya.

“Aiman kerap kali bertanya selepas suami koma, di mana abah, di mana abah malah masih lagi bertanya tentang suami selepas beliau meninggal dunia,” katanya.

Beliau memberitahu suaminya seorang yang amat gemar membaca dan amat mengkagumi Dr Sheikh Muszaphar sejak dari dahulu lagi dan ditambah pula dengan kejayaan beliau menjadi angkasawan.

“Di sebalik kegembiraan beliau apabila abang menjadi angkasawan, suami sebenar tidak mahu abangnya pergi ke angkasa lepas. Beliau seolah-olah tahu mereka berdua tidak akan dapat berjumpa lagi,” katanya.

Hayati yang bertugas sebagai Eksekutif Akaun memberitahu, suaminya seorang yang cukup gemar membaca dan banyak mengajar beliau.

Sejak bermulanya program angkasawan Malaysia dan abangnya menawarkan diri, suaminya gemar bercerita mengenai angkasa lepas.

Beliau yang cuba menahan sebak memberitahu, jika suaminya masih hidup, mereka suami isteri merancang untuk mendengar cerita pengalaman Dr Sheikh Muszaphar di angkasa lepas.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak iaitu Sheikh Aiman Shukor, tiga tahun dan Siti Balkish Shukor, setahun.

Sheikh Mustapha Al Masrie, 32 seorang jurutera awam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas koma selama seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk pada tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Detik pilu angkasawan

TABAH: Sheikh Muszaphar menyiram air di pusara Sheikh Mustaffa Shukor di Sikamat, Seremban, semalam.

SEPANG: Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, tidak dapat menatap wajah terakhir adiknya yang meninggal dunia, kelmarin, selepas terlepas pesawat sambungan di Bangkok, semalam.

Dr Sheikh Muszaphar sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 2.10 petang, tetapi cuaca buruk di Moscow menyebabkan beliau terlepas pesawat sambungan Penerbangan Malaysia (MAS) di Bangkok yang berlepas pada jam 12.05 tengah hari.

Sebaik tiba di KLIA pada jam 5.07 petang, Dr Sheikh Muszaphar yang diiringi Pengarah Misi Angkasawan, Dr Zulkifli Md Jusoh, terus dibawa ke Tanah Perkuburan Haji Mohd Said di Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan dengan diiringi polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dan IPD Seremban.

Jenazah adiknya, Sheikh Mustaffa Shukor Al Masrie, 32, selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira jam 2.30 petang.

Dr Sheikh Muszaphar yang ditemui pemberita di KLIA, kelihatan sedih dan berharap roh adiknya dicucuri rahmat. Ketibaannya disambut pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, ahli Pemuda dan Putera Umno serta kakitangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

�Saya berasa sangat kosong dan sedih tetapi ini adalah dugaan dan ujian Allah... setiap makhluk itu datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Saya harus menerimanya dengan tabah, terutama untuk kedua-dua ibu bapa saya," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan adiknya.

Sheikh Mustapha Shukor Al Masrie meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, kira-kira jam 6 petang kelmarin selepas koma sejak seminggu lalu akibat terlanggar tiang sebelum terhantuk batu di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang bekerja sendiri dalam bidang pembinaan, meninggalkan seorang isteri, Haryati Mohd Redza, 28, serta dua anak berusia tiga dan dua tahun.

Di SEREMBAN, angkasawan negara itu yang tiba di perkarangan Masjid Negeri, kira-kira jam 6.15 petang, meluangkan masa kira-kira 20 minit di kubur adiknya sebelum bertolak pulang ke Petaling Jaya.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Pengarah Pusat Kajian Angkasa Lepas Negara, Datuk Dr Mazlan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Ir Jamlus Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri

(Adun) Sikamat, Datuk Md Yusof Harmain Shah serta lebih 200 umat Islam.

Sementara itu, bapanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor, berkata Dr Sheikh Muszaphar sendiri menghubungi keluarga meminta urusan pengebumian adiknya dibuat tanpa menunggu kepulangannya.

Beliau berkata, Dr Sheikh Muszaphar akan berada selama tiga hari di negara ini bagi urusan keluarga dan menyertai majlis bacaan tahlil di rumah Allahyarham adiknya di Seksyen 12, Petaling Jaya.

�Kedudukan Dr Sheikh Muszaphar selepas itu bergantung kepada urusan kerajaan kerana sebelum ini permohonan sudah dibuat kepada kerajaan Russia supaya tempoh cutinya dipanjangkan bagi mengadakan majlis menyambut kepulangannya.

"Perkara itu akan diuruskan kementerian terbabit dan apa yang boleh saya beritahu ialah dalam tiga hari ini, masa Dr Sheikh Muszaphar hanya untuk urusan keluarga," katanya sambil berterima kasih kepada semua pihak yang menziarahi dan membantu urusan pengebumian anaknya.

Monday, October 22, 2007

Dua jam penerbangan ke lokasi kapsul Soyuz

SHEIKH Muszaphar Shukor (kiri) dan dua kosmonaut Rusia yang turut pulang ke Bumi dari ISS, Oleg Kotov (tengah) dan Fyodor Yurkichin, menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pemberita pada sidang akhbar di bandar Kustanay, Kazakhstan.

MOSCOW 22 Okt. – “Disebabkan tersasar jauh, kami terpaksa mengambil masa dua jam untuk sampai ke lokasi kapsul Soyuz itu mendarat.

“Walaupun ada krew yang bersedia di Baikonur, ia hanya dapat memberikan bantuan asas dan tidak lengkap sebagaimana yang berada di sekitar Arkylyk.”

Itu penjelasan Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh ketika menceritakan mengenai proses mengesan kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pulang ke Bumi semalam.

Menurut beliau, selepas pendaratan kapsul itu tersasar iaitu sejauh 600 kilometer dari Arkylyk, beliau yang menaiki sebuah helikopter milik tentera Rusia terpaksa bergegas ke lokasi Soyuz terbabit ditemui.

“Apa yang membimbangkan ialah krew bantuan di Baikonur tidak mempunyai kemudahan bantuan yang lengkap. Apa yang ada hanyalah selimut.

“Kerusi khas yang digunakan untuk angkasawan mengadaptasi keadaan graviti pun tidak ada dan mereka terpaksa menunggu masa lama untuk mendapatkan kerusi itu,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa Sheikh Muszaphar dan dua angkasawan iaitu Fyodor Yurchikhin serta Oleg Kotov selamat mendarat di Bumi pada pukul 2.37 petang semalam waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia) selepas melalui perjalanan selama 3 jam 23 minit.

Ketiga-tiga angkasawan terbabit kemudian diterbangkan ke Moscow dan tiba di sini pada pukul 10.36 malam waktu tempatan (2.36 pagi waktu Malaysia).

Mereka seterusnya dibawa ke Pusat Latihan Kosmonaut Gagarin (GCTC) dan sebaik tiba pada pukul 11.15 malam (3.15 pagi waktu Malaysia), ketiga-tiga mereka dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikuarantin.

Mengulas lanjut, Dr. Zulkeffeli berkata, semasa proses pendaratan, Sheikh Muszaphar terpaksa bergelut dengan tekanan yang cukup tinggi iaitu sehingga 9G.

Ini, ujarnya, adalah disebabkan kesilapan mekanikal sehingga membuatkan kapsul Soyuz TMA-10 menghadapi masalah untuk mendarat dengan perlahan.

“Masalah mekanikal yang dihadapi kapsul Soyuz TMA-10 diketahui sebelum ia memasuki ruang atmosfera Bumi.

“Kesilapan itu membuatkan Soyuz terpaksa menggunakan pendaratan balistik iaitu pendaratan secara manual dan bukannya automatik,” katanya.

Ditanya mengenai kit hasil eksperimen yang dilakukan Sheikh Muszaphar sepanjang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari, beliau berkata:

“Apabila sampai, saya terus keluarkan kit eksperimen. Namun dengan keadaan pendaratan seperti itu, apa-apa pun boleh berlaku.”

Sementara itu, Penyelaras Sains Hayat program penyelidikan untuk Program Angkasawan Negara, Prof. Dr. A. Rahman A. Jamal berkata, pihaknya akan membuat analisis terhadap eksperimen berkenaan secepat mungkin.

“Buat masa ini, kita tidak tahu apakah impak pendaratan terhadap hasil penyelidikan tersebut,” tambahnya.

Hani Kasry : Kak Lang saya, tak habis-habis bersedih dgn keadaan dan situasi yg terpaksa dihadapi oleh Dr. Sheikh Muszaphar semenjak dari pelepasan beliau ke angkasa, semasa Dr. Sheikh di ISS dan ketika melihat gambar-gambar sewaktu pendaratan beliau ke bumi. Kesian kak Lang tengok dia, lihatlah mukanya sembab. Tak sampai hati kak Lang nak tengok. Camanalah degupan jantungnya ketika itu. Kak Hani siap cakap, tak apalah Alang, Dr. Sheikh seorg yg cekal, kita di sini hanya boleh mendoakan yg baik-baik sahaja utknya dan semoga beliau selamat. Amin... Memang setiap lepas solat Akak tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat Dr. Sheikh. Begitu juga seluruh rakyat Malaysiakan.

Sunday, October 21, 2007

Muszaphar selamat mendarat

KEADAAN BAIK: Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan isyarat bagus sejurus tiba di Kustanai, Kazakhstan dengan helikopter selepas dibawa dari tempat kapsul pendaratan mendarat, semalam.

Kapsul pendaratan dinaiki angkasawan negara, dua krew tersasar 420 kilometer

ANGKASAWAN pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke bumi semalam apabila kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawanya pulang, mendarat mengikut jadual dekat bandar Arkylk, Kazakhstan, petang semalam.

Soyuz mendarat tepat jam 2.37 petang waktu tempatan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi.

Selain angkasawan Malaysia, kapal angkasa itu turut membawa bersamanya krew Ekspedisi ke-15 di ISS iaitu dua angkasawan Russia, Fyodor Yunchikin dan Oleg Kotov yang sudah berada di sana sejak enam bulan lalu.

Pemeriksaan kesihatan kecemasan yang dilakukan sebaik pasukan penyelamat menemui kapsul pendaratan itu, kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal, mendapati kesihatan Dr Sheikh Muszaphar dan semua krew Soyuz berada dalam keadaan baik.

Sejurus kemudian, ketiga-tiga krew itu dibawa ke Kustanai, bandar di sempadan Kazakhstan-Russia sebelum diterbangkan sejauh 1,500km ke Lapangan Terbang Chkalovsky milik tentera Russia berhampiran Star City, di sini.


Ketibaan Dr Sheikh Muszaphar dan dua lagi krew berkenaan disambut delegasi pegawai kanan misi terbabit termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada jam 8.15 malam (12.15 pagi, Malaysia).

Hadir sama dalam pertemuan 15 minit itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis; Duta Malaysia ke Russia, Datuk Mohamad Khalis Ali Hassan serta bapa Dr Sheikh Muzaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya, Datin Zuraida Sheikh Ahmad.

Najib yang mengetuai delegasi Malaysia bagi menyambut kepulangan Dr Sheikh Muszaphar sebelum itu menyaksikan peristiwa pendaratan angkasawan negara dari Pusat Kawalan Misi (MCC) di sini, yang turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan Astro.

Dalam sidang media sejurus selepas Soyuz diumumkan selamat mendarat, Timbalan Perdana Menteri berkata, negara bersyukur kerana angkasawan pertama negara selamat mendarat dan berjaya melakukan misinya dengan sempurna.

“Kejayaan misi ini adalah satu peristiwa bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia kerana ia membuka satu lagi lembaran baru dalam kejayaan negara, khususnya dalam sektor penerokaan angkasa lepas,” katanya.

Terdahulu, kejayaan misi angkasawan Malaysia ke ISS diraikan di MCC dengan Najib diberi penghormatan meletakkan lencana rasmi Program Angkasawan Negara di bilik kawalan sambil diperhatikan pengurusan Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) diketuai pengarahnya, Anatoli Ferminov.

Perjalanan pulang angkasawan negara bermula apabila Soyuz bergerak meninggalkan ISS dan mendarat di bumi menggunakan mod automatik (pendaratan normal) sejak jam 8.15 pagi waktu tempatan.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada krew Ekspedisi ke-16 di ISS, Dr Sheikh Muszaphar, Yunchikin dan Kotov memasuki Soyuz serta menutup selak yang menghubungkan kapal angkasa itu dengan komponen kargo milik Russia di ISS, dikenali Zarya.

Tepat jam 11.15 pagi, komander penerbangan mendapatkan kebenaran pengawal pusat kawalan udara Russia di MCC, untuk melepaskan cangkuk dan selak bagi memisahkan Soyuz dan Zarya. Enjin Soyuz kemudian dihidupkan untuk menjarakkannya dari ISS.

Enam minit kemudian, Soyuz bergerak 20 meter menjauhi ISS dan komander (Yunchikin) menghidupkan lagi enjin selama 15 saat untuk terus meninggalkan pusat itu.

Dua jam setengah kemudian, pada jarak 19 km dari ISS, komputer mengaktifkan dorongan Soyuz untuk keluar dari orbit. Enjin yang dihidupkan selama empat minit memperlahankan penurunan kapal angkasa dan mengeluarkannya dari orbit dan memulakan fasa memasuki atmosfera.

Setengah jam selepas itu, jejak pertama atmosfera bumi mula dikesan dan komputer memisahkan tiga modul kapal angkasa Soyuz dengan modul pendaratan (tengah) yang dihuni angkasawan, menjajar ke plat pelindung kepanasan bagi meminimumkan kesan haba.

Lapan minit kemudian payung terjun Soyuz diaktifkan dengan dua payung kecil, disusuli satu unit yang lebih besar dikeluarkan bagi memperlahankan kelajuan kapsul pendaratan daripada 220 meter sesaat kepada 80 meter sesaat.

Tali payung terjun pada kapsul diputuskan beberapa minit sebelum mendarat bagi menegakkan kembali modul pendaratan dengan kelajuan penurunan berkurang kepada tujuh meter sesaat, dan pada tahap itu, sistem komputer mengaktifkan penyerap hentakan kerusi krew.

Dua saat sebelum pendaratan, enam enjin di bawah Soyuz dihidupkan bagi mewujudkan dorongan ke atas, yang memperlahankan lagi kelajuan kapsul kepada 1.5 meter sesaat ketika modul pendaratan hanya berada 0.8 meter dari tanah.

Tepat jam 2.37 petang (6.37 petang, Malaysia), selepas tiga jam 23 minit perjalanan dari ISS, Soyuz selamat mendarat. Pasukan mencari dengan konvoi enam helikopter dan 12 kenderaan amfibia tentera Russia kemudian menemui kapsul pendaratan dengan semua angkasawan disahkan selamat.

Angkasawan Malaysia itu dijadualkan berada di sini untuk tempoh dua minggu lagi bagi tujuan kuarantin, sebelum kembali ke tanah air.

Hani Kasry : Alhamdulillah akhirnya angkasawan ulung kita mendarat dengan selamat ke bumi. Semoga Dr Sheikh Muszaphar Shukor sihat sentiasa dan beliau kini menjadi kebanggan rakyat Malaysia kerana berjaya melakar sejarah sebagai angkasawan Malaysia pertama. Syabas...

Wednesday, October 10, 2007

Salam Lebaran

Tuan punya teratak ini ingin mengambil kesempatan mengucapakan salam lebaran diangin lalu buat seluruh umat Islam dan pengunjung teratak ini.

Semoga ceria selalu di samping tersayang dan berhati-hati ketika memandu.

Kak Hani akan bercuti dari 11 October sehingga 18 October 2007. Mulanya cuti approved sehingga 22 October, tapi disebabkan hendak berpindah pejabat hujung October, kelulusan cuti akak di tarik balik oleh YH. DHA.

Salam lebaran buat Rick. Makwe kamu bangsa apa yek. Ingin bonar akak nak tahu.Semoga cepat tawin (kahwin).Jangan nakal-nakal tau.

SALAM LEBARAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, September 26, 2007

Birthday Hariz

Semalam 24 September, 2007 genap umur Hariz 4 tahun. Ummi hadiahkan Hariz mini radio. Hariz gembira tak terhingga. Diangkutnya radio itu ke halaman semasa bermain mercun pop dan ke rumah Mak Langnya.Kebetulan banyak lagu-lagu yg Hariz suka berkumandang ketika itu macam lagu Amy Mastura lagu tema Puteri. Lagu-lagu Mat Indon yg akak sendiri tak tahu judulnya. Asyik dia menyanyi. Masa nak tidur diangkutnya radio itu disebelahnya. Kami merancng Majlis Harijadi tertunda utk Hariz pada hari Sabtu ini bersekali dgn majlis berbuka puasa keluarga.Dah besar rupanya anakku. Nak ke Hariz tidur dgn Ummi bila dia mula bersekolah nanti. Harap sayang Hariz tak akan berubah. Malah bertambah-tambah.

Semalam Ummi bercuti,letih benar rasanya dibulan puasa ni. Ditambah pula apabila berbuka dengan ais. Tu yg buat badan sengal-sengal. Nasib baik Dato' sporting. SMS yg akak hantar ke dato' utk memaklumkan cuti pergi kat org lain. Nombor pangkal silap daillah. Sorry tok.

Wednesday, September 19, 2007

Kenali Syed Mokhtar al Bukhary!

Beliau adalah idola saya. Beliau adalah antara tokoh/ahli perniagaan yang amat saya sanjungi.Beliau berada di ranking ke-2 lelaki yang saya hormati selepas ayah saya.
Kalaulah ayah berpendidikan sehingga tamat sekolah Rendah. Tentu ayah berjaya menyaingi ketokohan dan kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

b_p1mokhtar.jpg


* Umur - 53 tahun
* Pendidikan - SPM
* Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
* Kekayaan -RM1,425 juta
* Ke 7 terkaya di Malaysia
* Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)



Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary


TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan


Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga


Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga


Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat


Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan


Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan


Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary


Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.

Sumbangan dalam bidang pendidikan


Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.

Tuesday, September 18, 2007

Hariz belajar berpuasa

Asalamualaikum semua,

Ummi begitu teruja nak beritahu semua bahawa Ummi dah berjaya melatih Hariz berpuasa.

Hariz berpuasa separuh hari pada Ramadhan ke-2 dan Kelima. Ummi siap pesan pada Bonda suruh Hariz buka Jam 12:00 Tengahari. Mula-mula Hariz minta nendanya Susu campur Milo, lepas tu satu hari dia tak makan. Hariz tunggu Ummi balik baru dia nak makan. Itupun lepas puas Ummi memujuknya untuk makan. Hari Sabtu dan Ahad Hariz tak puasa sebab Hariz balik rumah Mamanya.

Mapanya mana nak layan sangat anak-anaknya, disiplin langsung tak diendahkannya. Kalau hujung minggu atau kalau mama papanya yg menjaga kedua anakanya dah Jam 12:00 tengaharipun anak belum mandi pagi dan breakfast. Adoko camtu. Pukul 6:30 ptgpun anak belum mandi petang, comot-comot semuanya. Satu rumah bersepah. Dia laki bini dok terbongkang tidur baring. Memang adik ummi yg seorng ni memang pemalas sejak zaman anak daranya lagi. Kalau suruh dia berjalan serata dunia bolehlah, balik rumah lepas burung hantu dah tidur.Itu zaman anak dara bolehlah buat camtu.

Bila zaman dah kahwin dan beranak dua amat tidak sesuai kalau kepemalasan kau tu kau kekalkan. Tak usahlah kau nak cakap bohong Institusi kewangan tempat kamu kerja tu bagi balik Jam 6:30 ptg bulan Ramadhan ni. Tak masuk akal langsung. Kau kan memang lembab. Ingat kalau kau kerja balik lambat kamu sudah banyak bagus. Sebenarnya itu menunjukkan time management kamu teruk dan kamu itu lembab. Kamu patut berpegang kepada kata-kata Work smart not work hard. Kalau dgn bersidai di office tu kau rasa boleh memberi kepuasan maksimum kenapa dulu kau pilih utk berumahtangga. Kamu ingat tau yg Bonda bukan babu kamu. Anak2 kamu memerlukan masa berkualiti dari kamu. Sedar-sedarlah diri sikit. Sempena bulan mulia ini akak nak tengok kamu berubah dan akak sendiri kena berubah sebab mulut akak yg agak leser ni kena dikawal sedikit. Tapi sebelum berkata-kata biasanya akak akan fikir dari segi logik dan kritisnya.

Tengok dulu, mak mana boleh terima kata-kata akak tapi dah berapa lama bonda berfikir dan percaya apa pandangan akak tentang hal keluarga kita semuanya benar. Bukan sedikit yg akak kena korbankan sehingga akak pernah dichop dgn gelaran anak -------. Semua org takut dgn gelaran itu tapi akak redha dan percaya ALLAH lebih mengetahui segala-galanya. Demi utk menyedarkan dan membuka mata semua org. Dan hasilnya sungguh membanggakan. Apa yg akak suarakan bukanlah sebab jelous atau yg seangkatan dgnnya, tapi semua yg disuarkan itu adalah atas pertimbangan dan logik sesuatu perkara. Kamu tentu fahamkan sibling lelaki semuanya hampeh. Sepatutnya jadi ketua keluarga tapi semua kita dah tahu apa sebenarnya berlaku. Sebab itu akak cukup membantah jika bonda dok bangkit-bangkit harta harus dibahagi-bahagikan mengikut fara'id. Mak jgnlah dok fikir pasai harta tu, ayah dok ada lagi. Tapi akak rasalahkan anak-anak perempuan lebih berhak berbanding anak lelaki. Kalau dulu bolehlah lelaki dpt lebih sebab mereka memang ketua keluarga, memikul tanggungjawab besar, jadi pahlawan bukan semata-mata utk keluarga, bangsa tetapi juga untuk negara. Tapi kalau setakat nak jaga makpakpun tak mampu nak kata apa. Kerja laki bini wang sakupun tak mampu nak bagi makpak. Jgn kata nak menumpang tinggai nak tumpang tido atau makanpun belum tentu dilayan.

Oh stop-stop... akak pernah berniat utk tidak membangkitkan sentimen kemarahan yg terlampu di bulan mulia ini. Maaf ye.

Monday, September 17, 2007

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan
berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun
tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh
masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan
penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat
yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren keranaminuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran
lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses
penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan danmemilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program
tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut
lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah
dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini
boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan
kapursirih.Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Email dari sahabat:-
"Masri Bin Ibrahim" (abggoku_99@yahoo.com)
Bro Rick Says....
Sila amalkan petua diatas...sy pernah mengamalkan nya sendiri, dan ada sedikit
perubahan....segala amalan haru di praktik kan dengan bersungguh dan dengan cara yg betul..dan mengambil sedikit masa...jgn terburu-buru dan banyak kan bersabar.....

Dicilok dari blog Rickywan

Thursday, September 13, 2007

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada umat Islam seluruhnya. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua.

Ramadhan Hari Pertama - Puasa disambut dalam keadaan diserang batuk dan selesema. Sembahyang Terawikhpun rasa terganggu.

Hari Ke2 - Batuk makin teruk walau dah makan ubat. Ponteng ke Masjid hari ini utk solat terawikh. Lagi pulak Hariz nak ikut ke Masjid. Susah sikit kalau Hariz ada. Tempat bersolat terpisah takut Hariz tak khusyu dan merayau-rayau.

Hari ke3 - cuba latih Hariz untuk berpuasa dapat separuh haripun jadilah.
Malam tadi ajar Hariz niat puasa. Hariz mengikut dgn tekun dan lancar sekali. Tak kejut Hariz bersahur sebab katanya tak mahu makan apa-apa. Tapi sebelum tidur pukul 12:45 malam tadi Hariz minta secawan susu. Itupun setelah dipaksa baru Hariz nak menyusu.Dah pesan padanya jgn makan atau minum sebelum tengahari. Harap Hariz dapat bertahan utk berpuasa hari ini.

Harap-harap malam nanti Hariz nak tinggal kat rumah ummi lagi, bolehlah ummi latih Hariz berpuasa sebab Sabtu ummi tak kerja bolehlah pantau Hariz berpuasa dan jaga aktiviti hari cutinya. Semoga Hariz menjadi insan yang soleh, bertaqwa, berilmu, cerdik pandai dalam segala hal. InsyaAllah.

Thursday, September 06, 2007

Good one" just for laugh


This incident happend last week on the air....

Yasmin Yusof, a DJ on Radio 4 asked listeners on her radio
program to call to answer trivia questions. The first caller
to give the correct answer would get a prize from the sponsor.
She asked:"Can anyone out there tell me the household name of Sodium
Chloride"

A caller who is a housewife called up eager to answer the

question. Not knowing the answer to the question, she asked Yasmin for a clue.

"Something you put on your husbands eggs in the morning." she said.

The lady confidently said : "Talcum powder".

Yasmin Yusof did not return to the air until after a few songs!

Lawak Antarabangsa

Ada 2 org perompak yg tlh merompak bank&berjaya melarikan diri dari pihak
polis.mereka membahagi-bahagikan wang hasil rompakan tersebut yg jumlahnya
agak banyak.
A: takyah lah kire. kite tunggu sok pg je.
B : apsal plak?aku tak sabor dah ni!!!
A :sok kluar paper, kite tau lah jumlah duit ni beraper!!
____________________________________________________________________________
Pada satu pagi, di kedai mamak,....

Ali : Aku hairan tengok kau.
Kassim : Kenapa, ada yang tak kena ke?
Ali : Yelah, kau tu. Aku tengok anak kau bawak kereta mewah. Tapi kau asyik
bawak basikal buruk kau tu aje.
Kassim : Dia bolehlah, bapak dia kaya. Bapa aku miskin
____________________________________________________________________________
Seorang pelancong Indonesia datang ke Kuala Lumpur tersesat jalan lantas
menalipon rakan Malaysianya. Rakannya bertanya " Kau dimana sekarang?"
Pelancong Indonesia menjawab " Aku di JALAN SEHALA sekarang!".
____________________________________________________________________________
Dua wanita sedang berbual-bual tentang kehebatan anjing masing-masing.

Wanita 1: U know....anjing I cukup pintar, dialah yg tunggu mamak surat
khabar dan bawa masuk kpd suami I yg sedia menunggunya.

Wanita 2 : I knowwwww......

Wanita 1 : Bagaimana U know ?

Wanita 2 : Anjing I bagi tau !
____________________________________________________________________________
Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya
yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York , Mamat dibawa ke bilik
bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah
dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini
walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan
Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:

"United kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."
Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian
mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah
oleh Mamat: "Mamat...".
Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka
berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Birmingham..."kata si Mat
Saleh.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.
Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh
yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"

Monday, September 03, 2007

Sepintas lalu

Asalamualaikum.... Maaf ye lama akak tak update blog. Sibuk sangatlah. Nantilah akak peruntukan sedikit waktu utk update mana yang patut. Siapalah saya utk dirindui.

Malam Sabtu 2/9/07, Hariz tidur dgn akak, tapi kesian malam tu Hariz demam. mengerang-ngerang dia sebab sakit kepala. Akak tak pernah tengok dia macam tu. Akak dah jaram kepalanya dengan air asam jawa tapi still Hariz mengadu sakit kepala. Puas akak picit kepala Hariz sapu vicks dan sedikt minyak cap kapak tapi Hariz masih tak kebah. Sebelum tidur akak dah beri dia makan ubat, tapi nampaknya ubat tu tak begitu mujarab. Hariz hilang selera makan dan kurang pulak minum susu / air. Bila akak tanya dalam pukul 4.30 pagi baru dia angguk kata nak air suam. Lepas tu Hariz bangun lagi pukul 5.30 dan 6.15 minta air suam. Suhu badan tak berapa panas, tapi Hariz sakit kepala luar biasa sekali. Pagi Ahad Hariz masih demam tapi dah pulih sikit, Mamanya bawa Hariz ke klinik doktor beri ubat sakit kepala, ubat demam dan selesema.

Mungkin malam MERDEKA tu Hariz lewat tidur (Jam 12.30) dan esoknya belum puas tidur pukul 8.00 mamanya dtg nak bawa Hariz balik kampung. Cadangnya nak bermalam di Sekinchan. tapi Hariz berkeras nak balik dan pergi FunFair kat ##### sudahnya tak jadi bermalam kat kampung. Puas Hariz bercerita naik train, kereta lumba dan naik train dragon. Laju dragon jalan Ummmi.. best tau Hariz pegi FunFair, katanya.Sabtu Tengahari Hariz & famili dah muncul diambang pintu. Pergi Giant beli barangan dapur dekat pukul 9:15 mlm baru balik. Hariz kata dia tak nak balik , Hariz nak tinggal rumah Ummi. Hari Ahadpun Hariz tidur dengan Ummi lagi. Alhamdullilah demam dan sakit kepala Hariz dah kebah. Kasihan anakandaku. Semoga anakandaku Hariz segera sembuh dan diberi kesihatan yg baik oleh ALLAH SWT. InsyaAllah

Tuesday, August 28, 2007

Nisfu Sya`aban

Assalamu'alaikum w.b.t...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin ( sebaik saja masuk maghrib), 27hb Ogos, 2007 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1428H). Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 27 Ogos 2007)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 27 September 2007)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang

bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA Selasa 28 Ogos INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI

UNTUK TAHUN HADAPAN...

INSYALLAH

Thursday, August 23, 2007

Perkosa Cara Baru

PENTING!!!
.
Seorang rakan telah mengirimkan entri di bawah ini kepadaku, dan aku ingin berkongsinya kepada semua orang, terutama sekali golongan hawa. Baca sehingga habis ye. Anda boleh copy entri ini dah hebahkan kepada orang ramai dengan cara apa sekalipun.
.
English Version
.
New way to rape, CAREFUL GIRLS! This happened in a remote part of KL. Today after office hours. The girl left the office after working hours and saw a little child crying on the road. Feeling pity for the child, she went and ask what happened.
.
The child said, "I am lost. Can you take me home please?" Then the child gave her a slip and tell the girl where the address is. And the girl, being an average kind person, didn't suspect anything and took the child there. And there when it arrived the "child's home", she pressed the door bell, yet she was shocked as it the bell was wired with high voltage, and fainted.
.
The next day when she woke up, she found herself in an empty house up in the hills, naked. Condoms were all thrown around with semens flowing. There were at least about 20 condoms! She has not even seen her assailant. That's why nowadays crimes are targeted on kind people like us. Next time if the same situation occurs, never bring the child to the intended place. If the child insist, then bring the child to the police station. Lost child are best to send to police stations. Please send this to all your female friends. I really don't know how true is the story up there, just don't want it to happen to any gurl.
.
Versi Bahasa Melayu
.
Cara terbaru merogol/memperkosa: HATI-HATI WANITA! Kejadian ini berlaku di suatu kawasan di Kuala Lumpur. Hari ini, seorang wanita yang baru sahaja meninggalkan pejabat selepas waktu bekerja terlihat seorang anak kecil menangis di jalan raya. Kerana simpati, wanita itu menghampiri anak kecil tersebut dan bertanya apa yang telah berlaku.
.
Anak kecil itu berkata, "Saya tersesat. Boleh hantar saya pulang?" Anak kecil itu kemudian memberikan sekeping slip dan memberitahu lokasi rumahnya. Wanita yang baik itu tidak syak apa-apa, lalu membawa anak kecil itu ke rumah yang dimaksudkan. Setiba di rumah anak kecil itu, dia menekan loceng pintu. Dia terkena kejutan elektrik sebaik sahaja menekan loceng itu kerana ia telah terpasang dengan arus elektrik voltan tinggi. Dia pengsan.
.
Keesokan hari apabila dia terjaga, dia mendapati dirinya berada di sebuah rumah kosong di atas bukit, dalam keadaan bogel. Kondom dan air mani kelihatan di sana-sini. Kesemuanya lebih kurang 20 kondom. Malangnya nasib dia. Sebab itulah sekarang ini, jenayah tertumpu kepada orang yang baik-baik seperti kita, eh maksud saya kita semua :-)
.
Lain kali, jika situasi yang sama kita lalui, janganlah bawa anak kecil yang ditemui ke tempat yang jauh dan mencurigakan. Sebaliknya hantarlah ke balai polis berhampiran. Balai polis adalah tempat yang sesuai.
.
Tolong kirimkan entri ini kepada golongan wanita, agar ia boleh dijadikan iktibar. Saya tidak begitu pasti akan kesahihan cerita ini. Namun apa yang pastinya, kita perlu berhati-hati. Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja.
.
Nota Tambahan: Seorang rakan pernah berkata, usah berasa selamat apabila berada dalam lingkungan orang yang kelihatan warak - ustaz, ulama, wanita bertudung labuh sehingga ke lutut dan apa saja yang sama waktu dengannya, dan usah berasa tidak selamat ketika berada berdekatan dengan lelaki bertatoo penuh di badan, wanita yang bagaikan pela**r, kaki lepak dan apa saja yang sama waktu dengannya. Katanya, penampilan yang baik tidak semestinya mencerminkan dirinya itu baik. Katanya, lebih baik berlagak biasa-biasa saja, daripada berlagak warak tetapi "hati" hitam dan berulat, huhu.
.
Apa pendapat anda tentang perkara ini?
.
Pendapat Peribadi Puteri: Kata-kata rakanku itu ada kebenarannya. Dah namanya manusia, kan. Semuanya bermula daripada "hati". Penilaian manusia dan penilaian Allah tidak sama. Ketika bersekolah dulu, ustaz saya pernah ceritakan tentang kisah pela**r masuk Syurga. Sehingga sekarang saya masih ingat kisah itu. Kesimpulannya, don't judge a book by its cover.

Tuesday, August 21, 2007

WARNING FOR THOSE WHO HAVE CHILDREN!!!

DON'T IGNORE THIS BECAUSE IT'S A LONG ARTICLE PLEASE!! PLEASE READ!!

This could happen to your child
McDonalds, Ikea, Go Banannas, Discovery Zone... All places with ball pits in the children's play area.
One of my sons lost his watch, and was very upset. We dug and dug in those balls, trying to find his watch. Instead, we found vomit, food, faeces, and other stuff I do not want to discuss. I went to the manager and raised hell. Come to find out, the ball pit is only cleaned out once a month.
I have doubts that it is even done that often. My kids will never play in another ball pit. Some of you might not be parents, but you may have nieces, nephews, grandchildren, or friends with children.
Hi. My name is Lauren Archer. On October 2nd, 1999 I took my only son Kevin to McDonald's for his 3rd birthday. After he finished lunch, I allowed him to play in the ball pit.
When he started whining later on, I asked him what was wrong, he pointed to the back of his pull-up and simply said "Mummy, it hurts." I couldn't find anything wrong with him at that time. I bathed him when we got home, and it was at that point when I found a welt on his left buttock. Upon investigating, it seemed as if there was something like a splinter under the welt.
I made an appointment to see the doctor the next day, but soon he started vomiting and shaking, then his eyes rolled back into his head. From there, we went to the emergency room. He died later that night. It turned out that the welt on his Buttock was the tip of a hypodermic needle that had broken off inside.
The autopsy revealed that Kevin had died from a heroine overdose. The next week, The police removed the balls from the ball pit. There was rotten food, several hypodermic needles: some full, some used; knives, half-eaten lollies, nappies, faeces, and the stench of urine. (You can find the article on Kevin Archer in the October 10,1999 issue of the Midland Chronicle.)
Don't think it's just McDonald's either. A little boy had been playing in a ball pit @ a Hungry Jacks & started complaining of his legs hurting. He later died too. He was found to have snake bites all over his legs & buttocks. When they cleaned the ball pit they found that there was a copperhead's nest in the ball pit. He had suffered numerous bites from a very poisonous snake.
Repost this if it scares the crap out of you!! Repost this if you care about kids!! Please forward this to all loving mothers, fathers and anyone who loves and cares for children!! What has this world come to??
If a child is not safe in a child's play area then where??

Good excercise for the eyes !

Can you find?
Can you find the C? (Good exercise for the eyes!)


OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO


Once you've found the C..........



Find the 6!


9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999699999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999


Once you've found the 6...

Lastly, find the N!

MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMNMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM

I can read it ! Can you ?

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Monday, August 20, 2007

Sajo Bebel

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama sungguh akak tak update blog. Bukan apa sibuk sikit.Sibuk sih mengatur hidup yg jungkar terbalik ni. Untuk menenangkan hati dan tekanan kerja akak bercuti selama seminggu semenjak 15 ogos yg lalu hingga 20 Ogos. Itupun kena bohong sikit dgn latok sebab, beliau tak akan membenarkan akak bercuti lama.Akak kata pergi berubat, jauh. Utk itu beliau tidak mengganggu akak selama waktu percutian tersebut. Kalau tidak pasti sehari 4 - 5 kali dia call. Bercuti ke mana tak payahlah akak sebutkan.

Lagi pulak akak dah buat persiapan awal Hari Raya. 2 pasang kebaya biru dan hijau, dan sepasang baju kurung maroon telah disiapkan utk diri sendiri. Buah tangan utk Bonda dan Ayahanda juga telah dpt dibelikan.

Stok pakaian kerja/santai yang telah bergosok selama 60 hari.

Tengoklah kalau rajin akak nak tukar warna cat dinding ruang tamu dan bilik. Semua ini akan akak lakukan sendiri.Tahun lepas hasil kerja mengecat pintu rumah yg akak lakukan sendiri mendpt pujian ayahanda,adinda lelaki, abang ipar dan pekerja kontrak yg buat kerja2 lantai dan ganti tile kat rumah akak. Sampai disuruhnya ayah membalut pintu tersebut dgn surat khabar. Katanya takut rosak dan bercalar. Dia org tanya sapa yg cat pintu tu, pelik berkilat dan licin betul, pakai cat apa?.

Bila kerja-kerja tile siap, akakpun mula mengecat rumah dgn dua tona warna kuning lembut dan kuning lembut-lembut...(lebihkan cat putih)istilah apa tu, hantam sajalah.
Bila tokey cina tu dtg nak buat sikit touch up, dia amat teruja wow banyak cantiklah ini cat, pandailah matching dgn tile. Upah siapa cat ini dinding. Mak dan Ayah siap cakap saya punya anak itu amoi lah. Banyak pandailah dia kata tokey tu lagi.Rumah sudah banyak cantik. Sebenarnya akak tak berhajat nak tukar tile ruang tamu sebab masa tu tak cukup budget. Tokey tu siap offer, kasi tukarlah amoi boleh bayar sikit-sikit. Sebenarnya akak malas nak berhutang. Tak apalah awak boleh bayar installment 6 bulan. Gilo kau akak nak berhutang berbulan-bulan lamanya. Akak akhirnya setuju dan menyelesaikan baki bayaran dlm tempoh 5 hari sajo.Ayah siap takutkan tokei cina tu, kalau anak saya lari tak bayar hutang macam mana. Tak apalah saya banyak percaya sama ini amoilah. Kenapa akak pilih kontraktor cina buat kerja2 tersebut. Pertama kerana sebutharganya jauh lebih murah dari apa yg akak dpt dari org melayu dan yg plg penting mutu kerja dia org class, kerja pulak cepat siap dan sampah atau sisa binaan siap dibersihkan. Begitulah adonya.

Monday, July 16, 2007

MUTHU & THE INTERVIEWER

Interviewer : What is your birth date?
Muthu : 13th October
Interviewer : Which year?
Muthu : ... EVERY YEAR


MUTHU & HIS MANAGER
Manager asked Muthu at an interview....
Can you spell a word that has more than 100 letters in it?
Muthu replied: P-O-S-T-B-O- X

MUTHU & LONDON TRIP
After returning back from a foreign trip, Muthu asked his wife, Do I look
like a foreigner?
Wife : No! Why?
Muthu : In London , a lady asked me, "Are you a foreigner?".. that's why ...

Wife : SHOCKED!

MUTHU & TOURIST
One tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man born in this
village or not .. and Muthu said .. "No sir, only babies were born here ..
"

MUTHU & HIS EXPERIMENT
Muthu was doing experiment with cockroach. First he cut it's one leg and
told WALK. WALK. Cockroach walked.
Then he cut it's second leg and told the same. Cockroach walked. Then cut
the third leg and did the same. At last he cut it's fourth leg and ordered
it walk! But cockroach didn't walk.
Suddenly Muthu said loudly, "I found it. If we cut cockroach's four legs,
it becomes deaf.
Muthu become a saint!


MUTHU & DRIVER
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver
adjusted mirror. Muthu shouted, "You are trying to see my wife ?
Sit back. I will drive.

MUTHU GOES TO HOTEL
Muthu went in a hotel. To wash hands, he went to the washbasin. There he
started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was he
doing. Muthu pointed towards the board " WASH BASIN "

MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART
Interviewer : Just imagine yourself in 20th floor in a building, it caught
fire and how will you escape ?
Muthu : It's simple.. I will just stop my imagination .. :)


Oh .. i forgot . the funniest part ..
On a political rally Muthu was arrested. Why ????????????
Because, a woman journalist walking with a badge wrote "PRESS" on her right
chest ... and he did it !


girl: Will you love me after marriage also?
boy: This depends on your husband, if he allows me.
Doctor: your husband needs rest and peace. Here are some sleeping
pills.
Wife: When must I give them to him?
Doctor: They are for you.

God saw me hungry, he created pizza .
He saw me thirsty,
he created pepsi .
He saw me in dark, he created light .
He saw me without problems, he created YOU.

The children were lined up in the cafeteria of a Catholic elementary
school for lunch. At the head of the table was a large pile of
apples.
The nun made a note, and posted on the apple tray "Take only one.
God is watching."
Moving further along the lunch line, at the other end of the table was
a large pile of chocolate chip cookies.
A child had written a note, "Take all you want. God is watching the
apples."

One Early morning a mother went to her sleeping son and woke him up.
MOM : "Wake up, son. It's time to go to school."
SON : "But why, Mama? I don't want to go to school."
MOM : "Give me two reasons why you don't want to go to school."
SON : "One, all the children hate me. Two, all the teachers hate me."
MOM : "Oh! that's not a reason. Come on, you have to go to school."
SON : "Give me two good reasons WHY I *should* go to school?"
MOM : "One, you are FIFTY-TWO years old and should understand your
responsibilities. Two, you are the PRINCIPAL of the school.


What are the three fastest ways of communication?
Three fastest means of communication in the world.
Tele-phone
Tele-vision
Tell-a-woman.
You still want faster?
Tell her not to tell anyone

A man is dying of Cancer.
His son asked him, "Dad, why do you keep telling people u're dying of
AIDS?"
Answer:"So when I'm dead no one will dare touch ur mom!"

TQ. Afiza Ahmad... kui, kui,kui....

Thursday, July 12, 2007

Saikologi

Semalam Ummi sampai rumah jam 6:35ptg. lepas mandi dan duduk sekejap Farisha dlm buaian dah terjaga. Ntah kenapa, Farisha masam aje bila Ummi agah dia. Makpun angatnya dan letakkan diatas sofa. Isha duduk dan renung Ummi dalam2 tapi tetap tak mahu senyum. Umur Isha dah 13bulan tapi takut nak berjalan. Tapak kakinya agak kecil tapi panjang. Kalau bab memanjat Isha memang no. 1. Bila di pimpin laju dia berjalan. Bila Isha rasa tangannya dilepaskan dia akan berdiri kat situ sambil merengek. Dia hanya berani melangkah bila berpaut pada dinding atau sofa.Tah apa Ummi buat semalam pas tu dia senyum sumbing. Oh berjaya juga Ummi buat kamu senyum ye. Sementara menunggu waktu berbuka Ummipun suap Isha sebab Mak kata dia macam tak selera nak makan nestum. Ummipun ambil nasi panas lecek-lecekan dan gaul dengan ayam, banyak juga dia makan.

Dalam waktu Maghrib tu jugaklah baru emaknya Cik Non balik. Ummi sedang berbuka. Dia masuk langsung tak menyapa anak-anaknya Haris dan Farisha. Isha tengok je mamanya jln ke dapur dari sofa tempat duduknya. Haris pulak konon nak manja minta mamanya dokong.tapi tak dipedulikan. sampai budak tu nangis2. Yg bapaknya yg lembab tu asyik cakap mama tak tidur tau mlm tadi mama penat, bukan nak di pujuk pun, pas tu Hariz makin galak menangis, Si lembab tu sibuk cakap hari ni balik, kemas barang.Di angkutnya torch light permainan anaknya dari tangan dimasuk dlm bakul, simpan dlm kereta. Budak tu nangis lagilah kuat. Si lembab ambil hanger dipukulnya pungung Hariz. Pada Ummilah sikap mak dan bapak tu yg patut disalahkan. Sudahlah tak menghormati Maghrib, anaknya pulak dibentak-bentak dan dipukul. Kau sebagai mak bapak yg ada 2 anak. Sorang satu tlglah pujuk anak2 kau. Sudahlah Ummi tlg jagakan anak2 kamu lepas balik kerja kadang samapi kul 10pm.percumo jo. Sebab Ummi sayangkan anak2 buah. Org gaji pun tak tahan tau kalau kena macam ni. Sib baik lah kak kau ni baik hati. Kau pulak nak lebih-lebih. Ummi setiap hari memang beri laluan utk Mak lepas balik keja mesti bagi Mak berehat dari mengasuh budak-budak biarlah Mak naik ke bilik atas dan bersolat dgn tenang.Ummi selalu kena solat kat rang tamu sambil menjaga Isha yg tidur dalam buaian dan Hariz main sendiri. Si tolol berdua tu (marah tahap cipan ni) tak reti-reti nak hormat Maghrib. Kalau ko tak solat tu ko punya pasal tapi hormatlah dan beri laluan kpd org lain yg nak bersolat.

Ummi marah betul tindakan si lembab tu memukul Hariz. Hariz budak baik,lembut, rendah hati kalau dia dipujuk baik2 dia takan bentak2. Puncanya satu dia minta dokong kalau kau tak larat terangkan padanya kenapa. Ni kau biarkan dia melolong-lolong. Ummipun cepat2 berbuka dan pujuk Hariz. Ummi ajak Hariz ke atas masuk dlm bilik dan tunjukkan barang-barang minature macam kasut, arnab batu, torch light, key chain yg pelbagai, kanta, jam tangan yg ada dlm peti simpanan. Tak sampai seminit Hariz dah diam dan ralit dgn benda2 tu. Pas tu Ummi dengar si lembab panggil2, Hariz diam tak mahu jawab, Ummi nasihat kat dia jawablah tak baik tau. Si lembab naik atas dan ajak balik, Haris dgn muka selamba jawab dia tak nak balik, padan muka kau anak sendiri pun tak nak balik dan tak layan kau. Tulah kau bodoh sgt tak tahu guna saikologi. Lepas tu Ummipun ajaklah Hariz solat, terlajak jugalah kat pukul 8.

Dalam pukul 9:15 baru Mak turun, Mak tanya apa bising-bising tadi, kenapa Hariz nangis. Ummipun ceritalah. Memang dia org tu tau beranak aje, jaga anak dan pujuk anakpun tak tahu. Tengoklah kalau anak2nya balik kerumah dia dan hari cuti bila balik sini mesti kurus, demamlah, selesemalah dan macam-macam. Dua org jaga anak pun sampai anak, masa tu Isha 7 bulan - boleh jatuh tangga, si emak membuta, si bapak sibok mengisi perut, adake patut. Tu yg Isha lambat berjalan tu, budak tu jadi penakut. Mak siap cakap kalau malas dan tak tau jaga anak jgn buat anak???#x#??

Hariz tertidur di sofa pukul 10 pm, mungkin keletihan sebab siangnya dia aktif sangat bermain.Malam tadi seperti malam-malam sebelumnya, Hariz tidur disebalahku dengan aman dan tenteram sekali. Sesekali Hariz batuk mungkin sebab dia minum Milo kotak. Nak diberi Scott Emulsion dan Ubat batuk Hariz tak mahu. Ummi cuma sapu Vicks pada hidung dan dadanya. Bangun sekali sahaja utk buang air dan minum susu dlm cawan nyonyotnya (cawan ada penyedut)

Minta tolong

Malam tadi masa tengah lepak kat ruang tamu, Anjang call telephone Andak dan nak bercakap dengan Ateh. Ateh ingatkan sapa yg talipon. Rupa-rupanya Anjang nak minta tolong. Tak tau apa pertolongan yg Anjang nak, Ateh sanggupkan saja sebab Adindaku yg seorg ini tersangatlah sukar minta pertolongan. Dialah manusia paling sabar, paling comel dan paling lembut dan paling menyerlah kebijaksanaannya sejak kecil.Eh kamu org ni, kan Ateh dah dpt telephone Motorolla yg canggih dari bapak, tak reti-reti ke nak call h/p Ateh.(Dia org bukan ape, malas nak dail no. Ateh sebabnya Ateh suka tinggal h/p merata-rata dlm handbag , kadang kat bilik, ruang tamu, dapur dsbnya)Ateh rasa kalau tak de h/p pun Ateh tak mati kutu lagi. Lihatlah dunia betapa ketinggalannya kekandamu ini)

Anjang : Ateh hari Sabtu kamu ada hal tak, nak minta tolong ni?
Ateh : Tak ada program. Boleh aje nak tolong apa?
Anjang : Minta tolong masak. Nak buat pulut kunyit dan makan2 sikit, budak-budak khatam Muqadam (naik Quran). Boleh tak tolong masak.
Ateh : Boleh, tapi Ateh taklah pandai sgt masak. Tapi bolehlah. Malam Jumaat nanti Ateh balik Puchong. Bolehlah bincang apa nak masak. Atau esok jelah Ateh talipon kamu.
Anjang : Kamu kena belikan barang-barangnya ye.Anjang tengah camni (dlm pantang) camana nak keluar.Lagi satu Anjang tak ada pengukus.
Ateh : Oh ye ke.Tak pe nanti Ateh bawak pengukus besar. Kena ke pasarlah pulak. Tak pelah itu semua bisa diatur. Lupalah pulak kitapun belum melawat kamu dan babykan. Memang planpun nak masak untuk kamu lauk org berpantang. Dan Atehpun nak masak makanan Hari Raya, Nasi Himpit, Kuah lontong, Sambal Kacang, Rendang daging, Ayam Merah dsbnya.Nak tunggu raya lama lagi lah pulak. Teringin benar.

Dah beberapa Minggu asyik sibuk aje, sampai baju kerja yg sudah digosok telah kehabisan stok, bilik Ateh dah macam tongkang pecah, alih itu ini masa nak hantar tv dlm bilik yg rosak ke kedai.CD, Radio, Kaset tak tersusun dan bertaburan. Pemalas tol lah Ateh ni. (Ya Ampun...kekanda mu ini masih lagi capek(penat)).

ButterMilk Pankek

1. 1 cwn tepong gandum
2. 1 sudu kecil baking powder
3. 1/4 sudu kecil soda bikarbonet
4. 1/4 sudu kecil garam
5. 2 sudu besar gula putih
6. 1 biji telor - yg besar
7. 3 sudu minyak jagung (dlm resepi dia nak unsalted butter - dicairkan..actually kalau pakai margerine pun boleh)
8. 1 cwn air suam
9. 2 sudu besar buttermilk powder
10. Perasa Buttermilk

caranya
1. campurkan bahan no 1 hingga no 5 dlm bekas
2. buttermilk powder dicampur dgn air suam tadi - kacau hingga rata
3. masukkan telor dlm campura buttermilk - pukul hingga rata
4. masukkan perasa buttermilk - gaul rata
5. masukkan dlm adunan tepung dan gaul hingga rata - jgn dipukul kuat sgt pulak tau
6. Perapkan about 1/2 jam then baru dimasak dlm kuali yg x melekat.
7. angkat dan hidangkan dgn honey or golden syrup or susu heheh

Note : lagi sedap kalau adunan ini disimpan dlm peti ais selama 1 mlm kerana adunan ini akan lebih lembut bila dimakan...

untuk yg x dpt Buttermilk nie, ini cara alternative yg lain

1 cwn susu segar
1 sudu besar lemon or cuka

gaulkan and biarkan 5 - 10 min

kredit buat : Afiza Ahmad (Ibu kpd 5 anakanda yg cun melecun)

Tuesday, July 10, 2007

Demi masa...

Demi Masa
Sesungguhnya manusia dalam kerugian. melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan kepada Kebenaran serta Kesabaran.

Surah Al' Asr : 1 - 3


Ya ALLAH mengapalah masa amat mencemburui diriku. Sehinggakan tak ada ruang untukku mengupdate blogku. Sementelah banyak cerita yang ingin ku khabarkan kepada kalian.

Hari Isnin sehingga Jumaat sibuk di pejabat, sampai kena extend time kerja. Balik kerja mesti lepas Maghrib. Akak ada habit tak suka buat apa-apa aktiviti luar rumah semasa waktu Maghrib. Maghrib saja akak mesti mahu berada di rumah sendiri. Waktu Maghrib kan singkat, Jadi akak akan rasa sungguh gumbira ria kalau sebelum Maghrib akak sudah berada di dalam rumah. Hari Sabtu sibuk cleaning rumah, mendobi bagai. Hari Ahad market dan memenuhi undangan kahwin jiran tetangga.

Sampai anak buah yang ke-17 yang lahir pada hari Jumaat 6hb July, 2007 belum sempat kuziarahi. Maaf ye Anjang tak berkesempatan lagi menziarah kamu dan baby. INSYAALLAH hari Sabtu ni Ateh akan datang melawat dan masakan kamu hidangan yang lazat. Makanan org berpantang. Tentu masakan maid kamu tak sesedap masakan Atehkan. Ampunnn (masuk bakul tekan lif). Anjang berharap sangat dapat anak lelaki pada 7/7/07 tapi cian Anjang melahirkan anak kelimanya, perempuan juga. Bayi tu pulak tak sempat-sempat nak kuar. 5:50 pagi 6/7/07 baby dah lahir.

Dato' kalau nak pergi umrahpun jgnlah awak mengarahkan kerja teruk-teruk kat saya. Habis mental dan fizikal saya digunakan ke tahap maksimum. Tak sempat nak melabuhkan punggung di kerusi empuk dah dipanggil itu dan ini. Kau pergi pun meninggalkan kerja yang berbakul-bakul, tak patut betul. Tak pasal-pasal kena jumpa tukang urut nak membetulkan segala urat saraf yg sakit-sakit ni. Tahun ni sajo dah banyak-banyak kali akak di serang migraine. Kalau bonus tahun ni tak bagusss kena kau. Mahu prestasi kerja aku merundum.

Sekian... untuk kesekian kali.

Wednesday, June 20, 2007

Ummi dan Hariz

Dah lebih 2 minggu Hariz tak mahu balik kerumahnya di Subang Bistari. Siap nangis-nangis lagi bila di ajak balik. Malam tadi Ummi terpaksa pujuk supaya dia balik sebab Ummi rasa hatinya berbelah bahagi antara nak tidur rumah Ummi dan nak baliktidur dengan mama dan adiknya. Ummi pujuk-pujuk Hariz, lapkan muka dan badanya dan siapkan dengan baju lawa supaya Mamanya boleh bawa dia pulang. Tapi Hariz tetap bentak2 tak mahu pulang.

Sebelum tu masa Ummi bersiap lepas mandi dan nak bersolat Maghrib. Hariz panggil Ummi dari bawah. Hariz tanya, boleh tak Hariz balik Subang hari ini. Ummi kata boleh, tak apalah kalau Hariz nak balik Subang, Hariz boleh balik Ummi tak kisah. Tapi sekejapan lepas tu Hariz kata tak nak balik pulak. Tapi Ummi tau hati Hariz berbelah bahagi sebenarnya.

Ummi :Hariz ikut Mama dulu temankan adik pegi klinik jumpa doktor dan makan kat kedai Subang Airport. Lepas tu Hariz dtg sini baliklah tidur dgn Ummi (sambil kenyit mata pada Mamanya).

Hariz : Hariz, pegi kejap aje tau Ummi nanti Hariz tidur rumah Ummi.

Kak Teh pun siapkan air dalam cawan minumannya dan sorok2 keluarkan bantal bucuk dan bantal gentelnya utk dimasukkan ke dlm boot kereta. Dan Kak Tehpun hantar Hariz ke kereta dan cium pipi Hariz.

Hariz : Ummi, tunggu tau nanti Hariz dtg lagi, Hariz pegi kejap aje tau Ummi. (Hariz macam tak mahu tutup pintu kereta) Asyik ulang2 cakap nanti Hariz dtg lagi.

Kak Teh sebenarnya tak kisah kalau jaga dan tidur dgn Hariz tiap-tiap hari. Senang mengasuh Hariz. Hariz cepat berdikari. Hariz telah di toilet train seawal usianya belum mencecah 2 tahun. Dalam usia 2 tahun Hariz dah tak pakai pampers lagi dan tidur malam tak pakai pampers juga. Bila umurnya 2 setengah tahun dia dah tak minum susu dalam botol hanya minum dlm cawan sahaja. Sekarang umur Hariz 3 tahun 7 bulan tak ada masalah ke Tandas dan ke bilik air tengah malam. tapi Ummi kesian tengok Hariz bangun malam untuk buang air kecil. Maklum dia masih kecil lagi. Ummi selalu pesan kalau Hariz nak buang air kejutkan Ummi tau. Hariz akan Ummi temankan apabila hendak buang air.

Tapi Ummi sedang mengajarnya utk tumpukan perhatian kepada pelajaran. Nampaknya attention spend Hariz dah semakin panjang. Kalau beri Hariz aktiviti mewarna dia boleh duduk mewarna sampai habis tiga mukasurat. Kalau dulu, di beri pensel warna atau buku 10 minit saja dia dah cabut, pensel kemana buku kemana.

Seronok rasanya dapat bersama Hariz siang hari sebab esok dan lusa akak bercuti. Nak habiskan quality time with Harizku sayang.



Hariz :

Becareful when replying sms (Must Read)

A True story :

This lady has changed her habit on the hand phone after her handbag was
stolen.

Her handbag which contained her mobile, credit card, purse..etc....was
stolen.

20 minutes later when she called her hubby, telling him what had happened.

The hubby says "I've just received your SMS asking about our PIN number
and I've replied a little while ago."

When they rushed down to the bank, the bank staff told them all the money
was already withdrawn.

The pickpocket had actually used the stolen handphone to sms "hubby" in
the contact list and got hold of the PIN number. Within 20 minutes he had
withdrawn all the money from the bank account.

Moral of the lesson:

Do not disclose the relationship between you and the people in your
contact list. Avoid using names like Home, Honey, Hubby, sweetheart, Dad, Mum
etc....... and very importantly, when sensitive info is being asked thru
SMS, CONFIRM by calling back.

PLEASE PASS THIS ON TO YOUR LOVED ONES AND FRIENDs


From :
Clerical Officer,
PRODUCTION ADMIN (65418417)