Sunday, August 23, 2009

Tentang Eja

Salahkah dia kerana tidak mengembar gemburkan perkahwinan. Apakah? luar dan dalam kain orgpun mahu jaga jugakah ( dialek india). Dia tidak pun menafikan telah berkahwin atau masih solo hormatilah pendiriannya. (Akak marah sangatlah dengan peminat yg tak boleh terima prinsip dia sebab beliau adalah idola saya).

Comei sesangat Eja bila hamil.

Fasa hidup Eja kini berbeza
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZALshazryn.faizal@utusan.com.my

EJA tetap mempertahankan prinsipnya yang dipegang selama 12 tahun menjadi pelakon.
BARANGKALI berita kehamilan dramatis popular ini bukan lagi satu rahsia. Begitu juga dengan cerita perkahwinannya yang pada satu ketika merupakan berita yang cukup hangat diperdebatkan.
Masyarakat dengan cukup mudah melemparkan tuduhan negatif terhadapnya. Pelbagai label dilekatkan kepada dirinya.
Hipokrit dan penipu - itulah antara dua istilah yang diberikan kepadanya. Kata mereka lagi, apabila sudah mengandung, baru hendak beritahu satu dunia bahawa dirinya sudah menjadi seorang isteri.
Memang benar. Orang di luar sana boleh berkata apa sahaja sedangkan tuan empunya diri mempunyai 1001 alasan untuk mendiamkan diri daripada terus melatah mahupun melenting.
Bagi Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, 37, sebagai manusia biasa, dia mempunyai hak untuk tidak menceritakan kepada umum dan masyarakat tentang status dirinya mahupun kehidupan peribadinya.
Tegasnya, itulah prinsip hidupnya sejak mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak 12 tahun lalu dan dia sendiri merupakan seorang yang cukup perahsia biarpun kepada ahli keluarganya sendiri.
"Saya bukan seorang yang mudah bercerita dan berkongsi rahsia dengan sesiapa. Malah, bukan mudah juga untuk saya mempercayai sesiapa.
"Selama ini pun, pihak media tahu bahawa saya sudah berkahwin namun atas permintaan saya sendiri, saya meminta dan tidak mahu kisah peribadi saya yang lebih ditonjolkan daripada kisah kerjaya.
"Bagi saya, kerjaya dan peribadi tidak harus dicampuradukkan. Selama ini pun, saya tidak pernah menafikan mahupun mengiyakan tentang status diri saya," demikian luahan Eja sewaktu menjalani sesi fotografi di Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur minggu lalu.
Selama ini pun jelasnya, peminat mahupun masyarakat sudah berkali-kali sedar akan kehadiran lelaki yang bernama Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49, yang sering kali menemaninya di majlis-majlis korporat.
Katanya, apabila ada yang menegurnya di luar dan bertanyakan tentang Silahuddin, Eja tanpa segan-silu memberitahu bahawa lelaki itu adalah suaminya.
Saya juga bertanyakan kepada Eja, seandainya dia tidak mengandung, adakah dia akan terus bersikap mendiamkan diri untuk tidak menghebahkan status dan kisah perkahwinannya.
Sambil tersenyum manis, jawapan yang diberikan adalah dengan menganggukkan kepalanya sahaja.
"Macam saya beritahu tadi. Ia adalah pegangan hidup saya sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke dunia seni. Saya berikrar saya mahu kisah kerjaya ditonjolkan berbanding peribadi.
"Pada masa yang sama, saya harus menjaga nama baik suami serta menghormati imejnya sebagai seorang ahli korporat. Dia juga tidak mahu menonjolkan dirinya kerana baginya, biarlah saya seorang sahaja yang dalam dunia seni.
"Kami mengamalkan sikap toleransi dan menghormati dunia serta karier masing-masing. Dia tidak pernah langsung menghalang karier saya. Disebabkan itu, saya tekad untuk tidak memperdagangkan kisah peribadi," ujarnya dalam nada penuh diplomasi.
Kata Eja lagi, keputusannya untuk tidak bercerita tentang dunia perkahwinannya juga bukan bermakna dia menyembunyikan sesuatu yang negatif.
Apatah lagi, dia mendirikan rumah tangga dengan Silahuddin selepas perkahwinan pertama suaminya itu bersama wanita berbangsa asing menemui titik noktah.
Menerusi perkahwinan pertama, Silahuddin dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Khatijah Jamaluddin, 17, dan Shane Jacob Jamaluddin, 13, yang kini menetap di Sydney, Australia.
"Maaf, saya bukan wanita seperti itu dan buangkan jauh-jauh pandangan skeptikal itu jika ada yang berfikiran demikian," tuturnya sambil memberitahu dia mempunyai hubungan yang sangat baik bersama dua anak tirinya itu.
Rona bahagia dan gembira jelas terpancar di wajah Eja dan sudah cukup membuktikan bahawa dia sedang melalui serta meniti satu fasa baru dalam hidupnya kini.
mangsa fitnah
Jelas pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Rahsia Demi Rahsia ini lagi, bukan dia mahu tampil menjernihkan keadaan tetapi dia tidak mahu anak perempuan yang dikandungnya itu menjadi mangsa fitnah di masa hadapan.
Ini kerana baginya, anak merupakan anugerah teragung yang dikurniakan Allah SWT kepada setiap pasangan yang berkahwin.
Namun, Eja mengakui cabaran mengandungkan anak pertama menjelang usia 40 tahun sememangnya memberikan satu pengalaman yang cukup hebat buatnya.
Apatah lagi, dia sering kali jatuh sakit dan ditambah pula dengan penyakit lelah yang dihidapinya membuatkan pergerakan Eja terbatas.
Malah, untuk mengadakan sesi fotografi bersamanya juga perlu memakan masa yang agak lama memandangkan kesihatannya yang kurang baik sepanjang mengandung.
Dengan penuh jujur Eja mengakui, dia tidak pernah bersedia untuk memiliki anak kerana memikirkan tanggungjawab yang begitu besar yang harus dipikulnya.
"Dulu dan sekarang adalah berbeza. Untuk memiliki anak, bukan satu tugas yang mudah dan ia merupakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya.
"Saya akui pada usia muda, saya tidak bersedia dan takut apabila memikirkan tentang tugas menjadi seorang ibu.
"Tetapi, semakin usia meningkat dan perlahan-lahan barulah hati ini terbuka untuk bergelar seorang ibu. Saya juga mengalami satu kehidupan yang cukup berbeza. Barulah saya tahu bagaimana menjadi seorang ibu," katanya penuh perasaan.
Semuanya bermula apabila dia menjalani penggambaran drama bersiri, Tasbih Cinta arahan Erma Fatima di Jeddah, Madinah dan Mekah sekitar bulan Oktober dan November tahun lalu.
Dalam masa yang sama, dia sempat menunaikan umrah sebanyak dua kali dan ketika di Tanah Suci, hatinya tiba-tiba menjadi sayu, sunyi dan terasa begitu kosong sekali.
Lantas, dia memohon dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan menjawab suara hatinya tentang kekosongan hati yang dialaminya.
Dengan kuasa Allah, hatinya terdetik dan terbuka untuk memiliki anak bagi mengisi kekosongan hatinya.
"Sebaik pulang, saya beritahu suami bahawa saya sudah bersedia untuk memiliki anak dan dia gembira serta menerimanya dengan positif.
"Kemudian kami pergi bercuti ke Amerika Syarikat. Entah mengapa, sejak pulang dari sana saya masih lagi mengidam dan mahu menikmati makanan Barat.
"Saya juga mengalami simptom-simptom ibu mengandung dan apabila membuat pemeriksaan, saya disahkan mengandung. Saya tergamam dan terkejut dan suami pula terus memeluk saya kegembiraan," ceritanya yang membuat keputusan untuk memotong rambutnya ke paras bahu selepas mendapat khabar gembira itu.
Ditanya tentang pemilihan nama anaknya, anak sulung dari lima adik-beradik ini memberitahu, dia dan suaminya sudah memikirkan beberapa nama.
"Percayalah, nama anak kami itu nanti tidak akan ada nama Siti di pangkalnya. Kami mahu kelainan. Cukuplah ibunya sahaja yang ada nama Siti," kata Eja sambil ketawa dan memberitahu berat badannya bertambah sebanyak 10 kilogram sejak mengandung.
Satu yang pasti, kata Eja, Ramadan dan Syawal kali ini memberi makna yang mendalam dan berbeza berbanding sebelumnya.
Untuk pertama kalinya juga, dia akan menyambut puasa dan Aidilfitri di rumah barunya yang terletak di pinggir ibu kota yang kini mengalami pengubahsuaian di peringkat akhir.
Bukan itu sahaja, dia juga cukup seronok sewaktu membeli-belah untuk keperluan anak sulungnya.
Kata Eja lagi, buat pertama kalinya juga apabila berkunjung ke luar negara, tiada satu pun barang yang dibeli untuk dirinya tetapi untuk keperluan anaknya.
"Saya juga bangga kerana sepanjang bulan Ramadan ini, Insya-Allah, saya akan menunaikan solat tarawih dengan penuh biarpun saya tidak mampu untuk berpuasa penuh atas faktor kesihatan.
"Saya juga mahu memiliki anak lagi selepas ini dan kalau dapat sepasang pun, sudah memadai. Namun, itu semua rezeki dan kerja Tuhan. Saya reda dengan apa sahaja ketentuan-Nya," kata pelakon drama bersiri Mya Zara itu yang akan melahirkan bayi sulungnya awal bulan Syawal.
Bagi peminat yang merindui menonton lakonannya di kaca televisyen, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan drama bersiri Wadi Unung yang kini sedang ditayangkan di saluran Prima (saluran 105, Astro) pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6 petang.

Ragam Puasa Hariz

Happy sangat Hariz belajar berpuasa. Pada Ramadhan 1, Hariz dapat puasa penuh. Tak banyak ragam di hari pertama. Nanti akak blogkan panjang lebar kalau ada masa. Siap pasang cd Upin & Ipin nak encourage dia. Sahur depan tv. Adakah??.

Manakala pada hari kedua Hariz cuma berpuasa 1/2 hari sahaja. Baru jam 12 t/hari Hariz dah meroyan lapar. Nak suruh tunggu 1 jam lagipun tak boleh tahan. sudahnya dia berbuka dgn 2 keping roti dilapis susu dan milo sahaja. Bila ditanya nak makan nasi atau mee kari yg ummi buat dia menggeleng dan kata Hariz puasa. Adakah ? Tapi tak apalah masih belum faham konsep lagi lah tu.

Ramadhan ke-3, Susah amat nak kejut Hariz. Pukul 5 baru dia bangun. Sudahnya dia makan bersuap. Sosej yg ummi goreng ditolaknya tak mahu makan katanya. Alih-Alih masa ummi cuci pinggan kat dapur pukul 5:15 dia dok mengunyah sosej. Ehh. eh sudah Hariz tak boleh makan lagi dah nak masuk imsyak. Terpinga-pinga si Hariz. Apakah??

Wednesday, August 19, 2009

BINA JATI DIRI ANAK

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak secara seimbang sama ada dari segi jasmani mahupun rohani.
Ini kerana anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT yang tiada galang-gantinya kepada pasangan yang bergelar ibu dan bapa.
Sememangnya menjadi impian ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjadi manusia yang terbilang di dunia dan juga di akhirat.
Langkah awal ke arah itu sudah pastinyalah ialah dengan mencurah perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah-bagi.
Ketua Subunit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan berkata, anak yang mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya akan membesar sebagai insan mempunyai jati diri yang teguh.
Dalam memberi kasih sayang apa yang penting ibu bapa harus bersikap adil kepada setiap anak tanpa tanpa ada perasaan beza membeza. .
Malah kata Dr. Hamizah, Rasulullah SAW pernah bersabda yang antara lain berbunyi: "Berlaku adillah kamu di antara anak-anak kamu dalam memberi hadiah sebagaimana kamu suka mereka berlaku adil di antara kamu dalam kasih sayang." Hadis riwayat at-Tabrani.
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah katanya, dalam mendidik anak ibu bapa mesti menjauhi sifat yang membawa kepada wujudnya rasa berbeza dan tidak adil kepada anak -anak.
"Membeza-bezakan kasih sayang hanya akan menyebabkan anak-anak berasa kecil hati dan boleh membuahkan sifat dendam yang mendalam di kemudian hari.
''Sebaiknya dalam kehidupan seharian, penuhilah dengan suasana senda gurau dengan anak-anak bagi merapatkan hubungan baik dalam keluarga,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya dalam siri Seminar Keibubapaan anjuran LPPKN di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu Dr. Hamizah juga menyarankan agar ibu bapa menggunakan kaedah piskologi dalam mendidik anak-anak terutama yang menginjak ke usia remaja.
''Seperti juga anak kecil, anak remaja turut memerlukan perhatian, masa, kasih sayang dan panduan daripada ibu bapa,'' ujarnya.
Menurutnya, pada peringkat usia tersebut anak-anak sudah mempunyai perasaan malu dan tindakan ibu bapa misalnya menggenakan hukuman rotan jika mereka melakukan kesalahan dirasakan kurang bijak.
"Sebaiknya cuba gunakan psikologi seperti berbincang dengan anak atau mendapatkan bantuan daripada kawan -kawan rapatnya .
"Kehidupan zaman remaja ibarat waktu emas yang sangat berharga. Ia juga merupakan zaman peralihan antara kanak-kanak kepada lebih dewasa.
''Pada peringkat usia ini mereka biasanya mahukan kebebasan dan tidak suka dikawal. Di sinilah peranan ibu bapa untuk mengawal tingkah laku anak-anak dan pada masa sama memberi sedikit kebebasan agar anak-anak tidak berasa diri mereka dikongkong sehingga menimbulkan perasaan ingin memberontak.
"Usia remaja merupakan tempoh yang kritikal kerana mereka lazimnya cenderung bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir panjang.
''Mereka seperti layang-layang yang mana talinya perlu sentiasa dijaga agar tidak terputus dan hilang kawalan.
"Pada peringakat ini juga kebanyakan remaja akan dilanda konflik dalaman. Pelbagai persoalan hidup dan perubahan fizikal serta mental akan wujud pada diri mereka.
''Kadang kala timbul krisis identiti diri, perasaan tertekan, mudah kecewa dan tidak dapat mengawal kemarahan. Pada masa sama timbul desakan-desakan dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru,'' katanya yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kauseling.
Beliau menambah, pelbagai konflik tersebut jika tidak ditangani dengan bijak melalui tunjuk ajar dan bimbingan ibu bapa dikhuatiri akan menjadi punca anak-anak remaja terjebak dalam pelbagai gejala sosial.
Tambahnya, dalam berdepan dengan situasi tersebut ibu bapa seharusnya berbincang dan berkongsi secara terbuka dengan anak-anak.
''Ini termasuklah dalam isu berkaitan pendidikan seks. Hal ini penting bagi memberi gambaran sebenar kepada anak, malah jika diberi keterangan secara terbuka ia akan memberi kefahaman meluas kepada anak-anak.
''Kita perlu sedar bagaimana kita boleh mengatur langkah untuk menjana jati diri remaja agar apabila dewasa kita boleh memungut hasilnya sebagai anak yang bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga di akhirat.

Airmata Hariz

Salam semua,

Sudah seminggu Hariz demam kejap ok kejap demam balik. Sudah seminggu juga Hariz cuti sekolah. Takut nak lepaskan Hariz ke sekolah maklum wabak H1N1 nampaknya semakin menjadi-jadi kini. Ummi berdoa semoga keluarga kami dan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini di jauhi dari penyakit berbahaya ini. Amin.

Hariz baru memulakan sessi persekolahannya minggu ini pada hari Selasa lalu. Makanya bila kembali semula kesekolah tentu banyak kerja sekolah menunggu untuk disiapkan.

Malam Selasa lepas Ummi marahkan Hariz sebab tak berapa beri perhatian semasa buat kerja sekolah. Teruk juga Hariz Ummi marah. Sampai nangis-nangis manja.

Hari Rabu Hariz cuti lagi sebab Auntie Vishal tak dtg jemput tanpa beritahu. Hariz dah siap-siap nak ke sekolah tapi bila tunggu sampai pukul 8:20 auntie masih tak muncul juga. Harizpun buka baju semula. Malam tadipun Hariz gigih menyiapkan matematik yang masih berbaki. Ummi marahkan Hariz sebab Hariz tak ada confident langsung nak mengira sendiri. Balik-balik kena buat sama-sama. Suruh dia guna abacus tak mahu. Katanya nak guna jari.Tapi guna jaripun ok juga. Bila exam esokpun bukan boleh bawa abacus. Bila buat sama-sama nampak Hariz dah ok. Tapi bila Ummi lepaskan dia buat sendiri guna jari macam Ummi ajar, Hariz masih tak faham. Mulalah Ummi marah-marah siap samakan perangai nya macam mak paknya semua benda/kerja ke apa semua nak kena sogok kena bantu kalau org tak bantu tak boleh buat sendiri. dah tu suka tangguh-tangguh masa / lembab dalam apa jua tindakan. Sampai tumpah airmata dan hingus Hariz malam tadi. Betul tau Ummi perhatikan Hariz mewarisi kelembaban mak paknya. Dah tu Ummi susah tidur walaupun dah minta maaf pada Hariz sebab bebelkan dia. Sampai officepun Ummi masih ditimpa rasa bersalah. Bimbang Hariz kecil hati dan tak sayang Ummi lagi. Sepatutnya Ummi nasihatkan dan bercakap dgn nada lembutkan bukan marah-marah dan bebel pada Hariz. Hari ni confirm akak balik awal nak minta maaf banyak-banyak pada Hariz.

Hariz juga sebenarnya gumbira apabila melihat 3 pasang baju melayu( Maroon, Hijau terang dan biru) yang Ummi belikan masa dia balik kg. hari itu. Pakai agak aje ukuran bajunya nasib baik muat. Sepasang sampin coklat yg sesuai utk ketiga-tiga baju itu. Sehelai kemeja T merah utk Raya dan Track suit sebagai pakaian harian. Seluar jeans dan songkok yg ada hiasan akan ummi belikan kemudian bila kami ada masa shopping bersama senang nak ukur.

Hari Sabtu lepas Hariz nak pergi makan kenduri aqiqah depan rumah nak pakai sampin dgn baju melayu biru. Bila Ummi cakap tak payah pakai sampin belum raya lagi dia akur. Sudahnya Hariz tak mahu pergi sebab Ummi tak pergi. nenek beria-ia ajak Hariz tapi Hariz tetap membatalkan hasrat sebab Ummmi tak pergi sama, tak dijemput maa.

Hariz kata nak belajar puasa tahun ini macam Upin & Ipin. Ummi mengiakan sebab Hariz pernah puasa 4 hari masa usianya 5 tahun. Tapi Hariz suruh Ummi ajak Adryna tinggal kat umah Ummi " Nanti Nina boleh ajar Hariz niat puasa dan puasa sama-sama" katanya. Memanglah kalau kanak-kanak buat apapun nak bertemankan. Kalau dibantainya hanya Ummi dan nenek sahaja yg jadi teman Hariz berpuasa mana samakan, tentu auranya tak sama, kanak-kanak dengan org dewasa banyak bezanya. Makanya esok Ummi akan minta ijin(izin) mama Nina dan Mak Ngah untuk benarkan Nina tinggal kat rumah Ummi beberapa hari sempena cuti sekolah ini.

Untuk itu Ummi dan Hariz mengambil kesempatan disini mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN
SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM SELURUHNYA.

Cadangan hari berbuka puasa sekeluarga adalah pada 30 Ogos 2009. Sama ada di Puchong atau di rumah Ummi. Lokasinya belum berapa confirm.