Tuesday, November 18, 2008

Teruja nak update blog

Bukan apa hasrat nak mengupdate tu ada tetapi kekangan masa yang tidak mengizinkan. apa-apapun dlm sebulan dua ni pasti ada yg saya update. Nantikan

Thursday, September 25, 2008

Salam Lebaran

Di kesempatan ini saya Hani Kasry, Hariz dan kedua Ayah Bonda menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas ketelanjuran kami dalam tutur kata mahupun perbuatan sama ada secara sedar atau tidak. Maaf jua yang kami pinta.

Moga tahun ini merupakan lebaran yang paling bermakna dan ceria buat kita semua.


SALAM LEBARAN

MAAF ZAHIR & BATIN
Saya hanya akan bercuti pada Hari Selasa dan akan memulakan tugas semula pada Hari Isnin minggu berikutnya.

Berblog semula

Mak datuk.. dah dekat sebulan lamanya ummi tak memblog.

Inilah yg nak diceritakan. Ummi dlm bulan puasa ni sibuk yg teramat sangat. Dan tahun ni ummi rasa teramatlah letihnya berpuasa. Peh tu penyakit ngantuk pulak datang. Solat terawihpun lompat-lompat. Apa dah jadi ni. Patutnya tahun demi tahun jadi semakin baik ini terbaliklah pulak.

Mana idaknya teman kena sakit tengkok dan lengan dah dekat seminggu dah tak pulih-pulih lagi. Sebelum tu batuk berkahak yang teruk sampai hilang suara. Bayangkan bila tekak kering sebab batuk dgn kahak pekat, tak minum air sepanjang puasa. Azab wei. Sampai staff kat cawanganpun kata ngapa suara akak lain.

Kak lang siap cakap ni mesti sebab kamu dok mengecat. Bukan sebab tu lah Lang. Memang nak kena sakit ni nak buat camana. Sakit tengkok dan lengan makin teruk lepas diurut. Sampai waktu tidurpun azab sekali wei. Tapi hari ni dah ok sikitlah.

Bayangkan raya lagi berberapa hari sahaja. Kuih tradisional baru 1 jenis, ikut perancangan nak buat 5 jenis. Biskut raya lagi 3 jenis. Yang ada berlambak-lambak tu semuonya den boli merata. Langsir belum dijahit. Alamatnya pakai langsir lamalah. beli sajorkan sonang. Tapi den tak nak mambazir, langsir lamo masih ok. Lagipun den dah berazam selagi den tak buat house renovation selagi tu den tak kan tukar langsir baru. Maka dipendekan cerita awal tahun depan baru den akan buat renovation. Walaupun bonus dan duit rayo den tahun ni agak lebat juo. Tapi den tak mahu membazir ini demi merealisasikan impian den utk renovation rumah.

Diam tak diam entah waktu bilo den asyik boli-boli baju den himpun-himpun kiro-kiro baju rayo den adolah lam 10 pasang. Macam-macam kalor. Tapi majoritinya birulah yo. Sebenarnya den dok tempah hanya sepasang kurung pink bersulam dan sepasang kebaya biru bersulam tapi baju-baju lain dah terkumpul sejak beberapa bulan yang lalu. Lah ni kalau lalu kat kedai baju nampak yg cantik-cantikpun kena tutup mata. Elakkan pembaziran. kalau usio den tak panjang nak sambut rayo, sapolah pulak nak pakai baju-baju tu.


Untuk Hariz mamanya dah belikan sepasang baju Melayu biru. Dan berpasang-pasang baju kasual dan jeans. So ummi tambah dengan 3pcs baju Kungfu Panda. Beberapa malam ni dok melayan Hariz main mercun pop dan bunga api. Tengoklah kalau rajin malam ni lepas buka puasa nak buat 2 jenis lagi kuih tradisional. Ummi satu famili suka jadikan kuih tradisional kudap-kudapan semasa menonton tv. Malam tadi Hariz dan ummi tidur lewat sebab nonton DVD Annual Concerete Sekolah Hariz.


Itu sajolah buat kali ini.

Wednesday, August 27, 2008

Airmata Anwar Ibrahim

Anwar keluar - kembali ke Parlimen dengan penuh kontroversi
28-08-2008 02:33:20 AM
Oleh G. MANIMARAN

(FOKUS BERITA): Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meninggalkan Parlimen dalam keadaan kontroversi satu dekad yang lalu kembali dewan perwakilan dan perundangan yang sama dengan diselubungi kontroversi politik dan seks.

Kali terakhir beliau mengambil bahagian dalam sidang Dewan Rakyat, dari barisan kerajaan ialah beberapa minggu sebelum dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta sebagai Timbalan Presiden Umno dalam tempoh tiga hari pertama bulan September 1998.

Beliau dipecat oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas alasan tidak layak berada dalam kerajaan dan parti disebabkan beberapa isu menyentuh soal peribadi dan penjawat jawatan politik.

Kemudian Anwar dihadapkan di mahkamah berhubung tuduhan salah guna kuasa dan hubungan seks di luar tabii.

Ia sekali gus menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya umum berikut dan larangan lima tahun telah meletakkan beliau di luar aktiviti politik secara aktif.

Pada 1999 beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum, sebaliknya kerusi Parlimen Permatang Pauh dimenangi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (dulu Keadilan).

Pagi ini - kira-kira pukul 10.30 pagi Anwar yang membawa moto Harapan Baru Untuk Malaysia juga kembali ke Parlimen dengan memikul isu-isu kontroversi.

Beliau sekali lagi berhadapan dengan kes meliwat - yang kedua selepas 10 tahun. Kes tersebut kali ini melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23.

Kes tersebut akan disebut semula di mahkamah pada 10 September ini - enam hari sebelum sasaran beliau untuk membentuk kerajaan baru persekutuan - satu lagi kontroversi dengan ada yang mendakwa beliau mahu memasuki Putrajaya melalui jalan belakang.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Anwar berhadapan dengan label sebagai pengkhianat bangsa Melayu dan ejen Amerika, Yahudi dan China (Cina).

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999 itu pernah dilabel sebagai telah memutuskan untuk menjual Malaysia kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika kegawatan ekonomi 1997/98.

Di sebalik pelbagai kontroversi pengundi Permatang Pauh memilih beliau semula untuk mewakili mereka dan kembali ke Parlimen.

Semalam Dr. Mahathir sangsi yang Anwar akan menjadi Perdana Menteri keenam walaupun memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau yakin Anwar tidak akan berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 30 anggota Dewan Rakyat Barisan Nasional (BN) untuk berpaling tadah menyertai pembangkang untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen selepas menewaskan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Hanafi Mamat dengan majoriti 15,671 undi.

Beliau dipercayai muncul sebagai wakil rakyat pertama mengangkat sumpat dalam waktu singkat - tidak kurang 48 jam setelah memenangi kerusi Parlimen.

Ada yang menganggap sesi upacara angkat sumpah ini pun sebagai satu kontroversi. Ini kerana mereka berpendapat bahawa beliau meletakkan tekanan untuk memasuki dan menduduki tempat Ketua Pembangkang dengan secepat yang mungkin.

Bagaimanapun pejabat Yang Dipetua Dewan Rakyat menafikan persekitaran sedemikian.

Laporan Bernama memetik Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau berharap Anwar, Penasihat PKR akan mengamalkan sikap kesopanan yang tinggi semasa menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Pagi semalam Pandikar Amin mengesahkan telah menerima surat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan telah berhubung dengan Anwar untuk menetapkan upacara mengangkat sumpah selepas doa memulakan persidangan pagi ini.



BERITA TERDAHULU:

Mengapa Anwar gagal dikuburkan?

(ANALISIS): "Kita Menang, We Won". Begitulah tajuk kenyataan akhbar yang dipaparkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tengah malam tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu awal pagi tadi telah menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan susulan melangkah ke Parlimen esok - premis yang beliau tinggalkan 10 tahun lalu. Majlis angkat sumpah dijadual berlangsung pagi esok.

Sehingga September 1998 beliau berada di kerusi nombor dua barisan hadapan di bahagian blok kerajaan selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bertentang mata dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng.

Esok, kedudukan Anwar akan berubah di Dewan Rakyat yang landskapnya lebih meriah dan ceria berbanding satu dekad lalu.

Beliau pula akan mengetuai barisan pembangkang - bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Pemimpin-pemimpin yang disebutkan itu masih berada di Parlimen, tetapi Anwar akan mengepalai mereka di Parlimen bertentang mata dengan barisan kerajaan. Inilah politik! Tiada sesuatu yang kekal dalam arena politik negara.

Perkara ini juga seringkali disentuh oleh Anwar ketika ceramah kempennya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. "Pada 26 Ogos kita menang, insya-Allah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah bersetuju untuk melantik saya menjadi Ketua Pembangkang dan 28 Ogos saya masuk Parlimen, 29 Ogos Perdana Menteri membentangkan Bajet (2009), saya akan duduk bertentangan mata dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya akan duduk tengok, tak tutup mata... ," kata Anwar dalam beberapa ceramah yang diikuti sepanjang 10 hari kempen di Permatang Pauh. Pasti beliau telah mengulangi perkara yang sama dalam ceramahnya yang tidak sempat dijejaki.

Berdasarkan tinjauan mStar Online yang dibuat, Anwar khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah pun melakukan kerja-kerja asas bagi memastikan beliau kembali ke Parlimen dari dulu lagi. Maklumat yang diperoleh menunjukkan Anwar sudah pun merancang untuk kembali bertanding di Permatang Pauh selepas beliau keluar penjara empat tahun lalu.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada salah satu ceramahnya minggu lalu, Anwar ada menyebut bahawa isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sudah pun meminta yang beliau harus bertanding semula di Permatang Pauh.

Jadi, ia menunjukkan Dr. Wan Azizah hanya menjadi "penjaga" atau "caretaker" kerusi berkenaan yang disandang Anwar dari 1982 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Larangan tidak boleh memegang jawatan politik dan bertanding telah membataskan beliau daripada bertanding sehingga April lalu. Pilihan raya umum diadakan 8 Mac, lima minggu lebih awal sebelum larangan itu berakhir.

Strategi untuk Anwar bertanding dan memenangi kerusi berkenaan telah disusun rapi sejak setahun lalu sebagai tambahan apa yang telah dibuat sejak April 2004. Pendek kata langkah untuk membolehkan Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen telah dilakukan dengan terperinci dan tersusun. Pemerhatian ke pusat-pusat operasi PKR juga menunjukkan situasi tersebut.

Kedua, modal politik bahawa Permatang Pauh memerlukan anak tempatan juga tidak dapat mengatasi bakal kemenangan Anwar. Umno Permatang Pauh sejak awal lagi menekankan pihaknya mahu anak tempatan diberi peluang untuk menjadi calon kali ini.

Mengambil kira Anwar juga dilihat sebagai anak tempatan, walaupun lahir di kawasan Cherok Tok Kun, kelebihan faktor anak tempatan tidak membantu calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah disumbangkan dengan undi dalam jumlah yang banyak.
Sebagaimana dikatakan tadi, Anwar juga seringkali menyebut "ini kawasan saya, jangan datang ke sini kata nak kuburkan saya." Salah satu kain rentang di kawasan Mengkuang, berhampiran kawasan Pusat Penjumlahan Undi, menyebut "Ini Wilayah Anwar Ibrahim".

Ketiga, persepsi personaliti yang telah berjaya dibentuk oleh Anwar dan pasukan strategi pilihan raya sepanjang empat bulan yang lalu menjadi faktor penentu kemenangan besar Anwar.

Di peringkat nasional Anwar telah digambarkan sebagai pemimpin negara, bukan lagi sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semata-mata. Perkara ini telah ditekankan di Permatang Pauh sejak sebelum hari penamaan calon. Pastinya ia telah disemai lebih awal lagi. Pencabar terdekat beliau, Arif Shah juga seorang pemimpin yang kerja kuat tetapi beliau tidak berupaya untuk mengatasi persepsi disusun Anwar - "Harapan Baru Untuk Malaysia". Sama ada orang percaya pada persepsi itu ataupun sebaliknya, sama ada mereka yakin ataupun sebaliknya, pengundi-pengundi Permatang Pauh memberikan undi kerana persepsi ini. Sepatutnya Umno menggunakan platform peralihan kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 2010 sebagai asas untuk meraih undi!

Penduduk Permatang Pauh sudah diberikan satu gambaran undi kepada Anwar bukan setakat memilih seorang Ahli Parlimen tetapi memberi undi untuk mengetuai kerajaan baru yang disebut-sebutkan oleh Anwar sejak selepas pilihan raya umum ke-12. DAP menggunakan moto "beri satu undi, anda dapat dua undi" yang merujuk kepada dua jawatan iaitu kerusi Ahli Parlimen dan juga jawatan yang lebih tinggi - yang dimaksudkan ialah kedudukan Perdana Menteri.

Anwar menyasarkan 16 September ini sebagai tarikh membentuk kerajaan baru peringkat persekutuan. Selepas kemenangan malam tadi beliau masih mengulangi sasaran tersebut.

Tanggapan sedemikian telah memikat pengundi untuk terus mengekalkan Anwar meskipun Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun sendiri gelanggang dan menyenaraikan janji pembangunan dan bantuan yang bakal diberikan kepada penduduk Permatang Pauh.

Di sebalik persepsi itu, Anwar pula telah menggunakan isu-isu nasional semasa, yang utamanya ialah kesan kenaikan harga minyak yang berkait rapat dengan kehidupan seharian, untuk meraih sokongan. Arif Shah menggunakan isu bersifat lokal yang gagal menarik perhatian banyak pihak khususnya pengundi dari Dewan Undangan Negeri Penanti dan Permatang Pasir yang masih-masih merupakan kubu PKR dan PAS. Hampir 90 peratus kawasan itu bergerak kepada Anwar.

Keempat, Pakatan Rakyat telah memperlihatkan kerjasama praktikal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil ini, yang secara kebetulan diadakan di negeri yang kini dikuasai pembangkang. Walaupun pembangkang juga menunjukkan kecacatan hubungan dan kerjasama tetapi ia tidak mampu untuk menghalang kemenangan Anwar. Masing-masing parti mengetahui dan menyedari kelebihan dan kekurangan komponen Pakatan Rakyat tetapi ia dilupakan buat sementara waktu untuk menjayakan kemenangan. Malah ini masa bagi semua komponen Pakatan Rakyat untuk menunjukkan mereka mempunyai sumbangan dalam menentukan kejayaan Anwar dan ia penting dalam proses perundingan kuasa kelak jika Pakatan Rakyat mencapai sasaran 16 September.

Kelima, masalah dalaman Bahagian Umno Permatang Pauh, walaupun cuba dinafikan banyak pihak, tetapi telah menjadi kekuatan dan kelebihan kepada pembangkang untuk dieksploitasikan dalam bentuk undi. Malah ada yang mendakwa wujud sabotaj dalam Umno untuk menggagalkan Arif Shah daripada menang. Masalah dalaman ini membawa kepada kegagalan menyusun strategi dengan berkesan dengan menembusi kubu pembangkang, sebaliknya pembangkang memasuki beberapa kawasan dalam kubu Seberang Jaya yang dipimpin wakil rakyat Umno iaitu Arif Shah.

Keenam ialah isu liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak membantu menghakis populariti Anwar. Sebaliknya sentimen 1998/99 masih berulang di Permatang Pauh. Isu itu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak selesa orang ramai. Anwar mendapat undi simpati tambahan kali ini.

Empat hari sebelum pengundian Arif Shah yang ditemui mStar Online menafikan dakwaan jentera Anwar bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menang selesa dengan majoriti 15,000 undi. Apabila diaju soalan itu kata beliau: "Saya tidak fikir begitu."

Kata beliau, kini (sehingga hari itu) sokongan kepada beliau dan BN sedang melalui arah aliran peningkatan. "Kini (Jumaat lalu) sokongan kepada saya sudah melepasi 41 peratus walaupun beberapa hari yang lalu ada penurunan sedikit dan saya pasti ia akan meningkat dalam sehari dua ini, tidak mustahil untuk memperoleh lebih 50 peratus," katanya.

Pada hari yang sama Setiausaha Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim berkata, "kami tidak bercakap mengenai angka (tahap peratusan), tetapi campur tolak kemungkinan akan memperoleh majoriti yang baik (berbanding 8 Mac)."
Jentera Anwar telah meletakkan sasaran awal untuk memperoleh majoriti 20,000 undi.

Parlimen bahagian Permatang Pauh terdiri daripada 58,459 pemilih iaitu 40,619 orang atau 69.49% merupakan pengundi Melayu, Cina (14,360; 24.56%), India (3,390; 5.79%) dan lain-lain (280; 0.13%).

Anwar turun gelanggang dengan banyak kelebihan. Hakikatnya BN memahami aspek ini. Kerana kelebihan itu beliau sanggup bertanding lebih-lebih lagi Permatang Pauh, tidak di tempat lain ketika berhadapan dengan isu liwat.

Kelebihan-kelebihan ini telah menggagalkan misi untuk mengkuburkan Anwar di Permatang Pauh.

Thursday, August 21, 2008

Rajuk Si Hariz

Ingat lagi tak cerita ummi nak kemaskan baju Hariz dan suruh dia balik rumah MaPanya. Betul-betul Hariz tangkap sentap. Sejak minggu tu dekat seminggu juga Hariz merajuk dengan ummi. Di cium dan ajak bercakappun Hariz tak mahu. Bila dengar bunyi gate dibuka dan namapak ummi terpacul depan pintu dia buat-buat tidor kat sofa. Bila ummi peluk dia tolak tgn ummi. Merajuklah sudah anakku, semuanya gara-gara Hariz malas buat kerja sekolah dan ummi surah dia berkemas kain baju balik ke rumah MaPanya.

Oleh kerana ummi cuti pada jumaat lepas ada hal di bank dan hal rumah, barulah dia nampak happy sikit dan mula berbaik-baik dgn ummi. Hari Jumaat 15/08/2008 tu pulak Hariz terpaksa berada di sekolah jam 3:00 petang, sebab malamnya ada Konsert di Dewan Sivik Jam 7:30 pm, Habis jam 10:00pm. Ummi dan Ci Non dan Isha ke Dewan sivik Jam 6:45pm. Ingatkan bawak air dan makanan sikit nak beri pada Hariz tapi parents tidak dibenarkan berjumpa anak-anak di belakang pentas. Kira macam di kuarantin. Ummi bukan apa bimbang Hariz lapar sebab masa sport day dulu budak-budak tu cuma diberi makan dua potong kecil kek pisang. Tak ada air. Cuba kalian bayangkan budak-budak tengah nak naik dan bersport pulak tu tentu dahagakan. Sebelum pergi uruskan hal rumah siang tadi Ummi siap pesan pada mak surah beri Hariz makan. Mak pun akur dan siap suap Hariz dan Isha dalam pukul 12:00 t/hari. Lepas makan dan tak lama lepas tu dapatlah Hariz tidur sekejap sampai pukul 2:15. ummi sampai rumah dlm pukul 1:30. Transportnya datang dlm pukul 2:30.

Ummi seronok sangat tengok persembahan kanak-kanak Q-d***. Cukup menghiburkan. Setelah dimake upkan Harizlah anak paling handsome dan comel(perasan anakku comel). Dia ambil bahagian dalam Indian Dance. Nanti ummi cuba pastekan gambarnya. Lepas habis acara graduation untuk kanak-kanak 6 tahun. Kami sama-sama nyanyikan lagu Negaraku dan anak-anak dgn lagu Q-d***, Fliptec@Q & En. Gedi with Love kamipun bersurai. Sempat bergambar dgn Hariz dan Ischa. Lepas tu hantar Hariz ke wash room paksa dia buang air.Mak datuk urine Hariz kuning. Ni tentu kurang minum air.Lepas tu bergerak ke Shah Alam untuk supper. Pukul 12:00 midnite baru sampai rumah. Hariz pulak nak tidur dgn Ummi, Jadi terpaksalah Ummi membatalkan hasrat utk ke kursus membuat kek di Selayang. Maaf yek Cik Fatim kerana tak dpt tunaikan janji. Apa-apapun anakku lebih utama. Next time I will join the Course.

bermula pada hari Jumaat itu Hariz tidak lagi merajuk dgn Ummi. Sampai diajak balik tidur dirumah kerana mereka akan bercuti di Gentingpun Hariz tak mahu. Katanya nak tidur dgn Ummi esok pagi ambil Hariz kat rumah Ummi. Balik dari genting Hariz nangis-nangis nak ke rumah mmi nak ceritakan pengalamannya di Genting.Tapi Hariz banyak terlepas permainan sebab lama sangat berendam dlm kolam.

30 Ogos,2008. Kami akan membuat majlis di Puchong pertamanya kerana menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Keduanya meraikan Ulangtahun kelahiran ke-13 Atirah pada 31 Ogos sebenarnya dan akhir sekali tentulah menyambut 51 tahun negaraku MERDEKA.

Menu untuk majlis tersebut adalah Nasi Himpit, Rendang Ayam Kampung, Ayam Goreng KFC, Kuah Lontong, Kuah Kacang beberapa jenis kuih. Ummi plan sama ada nak masak nasi lemak spesial dengan daging dendeng atau Mee Soto Berempah. Tengoklah mood Ummi nanti.

Sunday, August 03, 2008

Jumpa YB

Ummi sebenarnya tak peka dan tak tahupun ada Majlis Dialog & Penyerahan Bantuan Kerajaan Negeri Desa Menta## pada 3 Ogos 2008 Jam 9.00 pagi bertempat di dewan Serbaguna Kg L#####gan. YB Nik Nazmipun ada ketika majlis tersebut.

Pagi tu seperti biasa Ummi ke pasar pagi membeli segala macam keperluan untuk seminggu.Kebetulan pagi itu Ummi beli sehelai seluar yang terpaksa Ummi tukar kerana saiznya terkecil (tak mengaku dah over, over saiz). Ummi pergi lagi dalam pukul 10.45untuk tukarkan seluar tersebut. Selalunya Ummi pergi jln kaki sahaja sebab dekat sangat. Lagipun ada kenduri kawin jiran sebaris rumah. yg mana kaki khemahnya betul-betul berada di laluan keluar pintu pagar ummi. Hariz, ummi tinggalkan kat rumah mak lang sebab masih belum kebah betul. Tiba-tiba ummmi ternampak sekelompok manusia berbaju biru sedang check-check longkang yg berada ditepi jalan. Selepas diamat-amati barulah ummi nampak YB Nik Nazmi ada bersama org2 kuat PKR. Dalam hati dok berkata-kata nak jumpa ke tak nak. Lepas tu ummi buat keputusan nak jumpa juga dgn YB. Ummi tak nak terus cakap dgn YB. Ummi pura2 cakap Cik dgn siapa saya patut complain tentang masalah banjir di kwsn PJS 6/4F, Kelompok manusia itu terus menunding jari ke arah YB. Ummipun ucap selamat pagi pada YB & YBpun datang berdiri sebelah ummi dan tanya masalah. Ummipun beritahulah pada YB, sebab memang betul kawasan rumah ummi dan beberapa buah rumah sekitarnya sering dilanda banjir walaupun hujan sekejap dan tak lebat. Ummi harap dpt disediakan longkang atau diperbaiki sistem saliran disitu. YB kata beliau maklum tentang perkara tersebut kerana banjir kilat sering melanda kawasan rumah ummi dan juga kawasan masjid juga turut terlibat. Apapun YB berjanji akan take note perkara ini dan semuanya dlm perancangan. Alahai rasa humble sungguh YB baru ni. Tak kisahpun kalau rakyat tahan beliau kat tengah-tengah jalan. Kalau YB yg dah Dato-Dato dan dah pegang tampuk pemerintahan lama, mahukah beliau dengar masalah rakyat macam ummi.Majlis yg diadakan pun sederhana sungguh sampaikan masa ummi lalu kat kwsn dewan tu berkata-kata juga dgn kak lang sapa pulak kawin kat sini. Tapi kerusinya sikit dan tak ramai orangpun. Tak pulak bepayung-payung ke apa ke. Walaupun hanya diiringi beberpa org ahli PKR YB tetap melawat kawasan. Semoga YB baru peka tentang masalah rakyat. Sungguh, sejak pegang tampuk pemerintahan kawasan ini YB dah banyak kali turun padang. Itu belum masuk klinik rakyat di Desa Men####, Karnival sukan, Solat Jumaat, Majlis Dialog, Solat Maghrib, Open day Pusat Tuisyen Desa Men#### yg mana semuanya ummi tak sempat nak attend sebab jadual yg bertindih.

menyesal pulak ummi tak ikut YB melawat kawasan. Bukan apa ummi masa tu pakai blaous dan seluar dan berselipar sajo. Maklumlah lepas balik pasar mestilah kena siang-siang ikan bagai. Tu yg hantam sajo malas nak tukor-tukor baju. Kalau ummi pakai pakaian yg sopan sikit dah tentu ummi akan memeriahkan lagi program melawat kawasan dgn YB.

Ummi berani cakaplah, walaupun YB baru ni muda baru 26 tahun tapi beliau fokus dan prihatin mengenai nasib rakyat.Biarlah YB Nik Nazmi ikut resmi padi ye. Jgn lupa diri.

Alamak terlebih sudah memuji-muji YB baru. Nanti ada yg marah pulak. Hoi hang nak kata ummi lompat parti ke apa ke hang punya pasailah. Ummi undi dacing ke undi apa ke umi punya sukalah. undi tukan rahsia.

Hariz Demam

Hariz demam sejak malam Khamis lalu. Ummi beri ubat demam yang masih berbaki. Tapi demam hariz kejab kebah kejap panas balik. Hariz minta makpaknya bawa keklinik tapi dia org kata demam sikit saja. tapi malam tu dan keesokan harinya Hariz susah tidur badannya kejap panas kejap sejuk. Ummi tak bagi Hariz ke sekolah Jumaat tu. Hariz akur dan ikut cakap nenek supaya makan ubat. Ummmi balik lambat sebab banyak tugasan menanti. kalau Dato dah ada kat office gitulah sampai hari tu akak tak sempat luncah balik pulak dah lepas maghrib, perut punyalah keroncong. Malas nak singgah beli makanan. Masakan mak kan lebih enak.

Malam Jumaat tu ummi bawa Hariz ke klinik lepas makpaknya tak gitu hiraukan Hariz. Hariz melarikan diri dgn ummi utk dibawa ke klinik. Nah selepas diperiksa oleh doktor tahulah bahawa suhu badan Hariz 105 darjah, panas tu. Malam tu Hariz meracau-racau lagi. Ummi tak lelap tidur sebab nak pantau Hariz. Habis baju satu almari Ummi keluarkan dan iron. Esoknya Hariz semakin kebah. Bila ummi ke pasar Hariz Ummi tinggalkan dgn Kak Cik dirumah Mak Lang. Hariz tak mahu balik sebab nak main-main dgn Kak Cik. Hariz ummi ambil Jam 2petang lepas ummi siap semua kerja rumah. Banyak kerja sekolah yg belum Hariz siapkan. Ummi malas nak paksa dia buat sebab tahu Hariz masih belum sihat benar. Pukul 4 Hariz diajak membeli belah baju raya. Hariz menolak tapi lepas Ummi paksa dia pergi dgn mamanya barulah dia akur. Hariz balik jam 9 malam. Ummi biarkan mamanya kemaskan diri Hariz dgn pakaian tidurnya. Hariz diajak pulang tapi dia tak mahu. Malam tu Hariz tidur lena, lepas tengok vcd DUYONG, tak tahulah apa yg menarik sangat dalam duyong, dah berbelas kali ditonton tapi tak jemu-jemu. Apapun Alhamdulillah Hariz dah sihat spt biasa. Tapikan lepas kebah dari demam, perangai mengado-ngadonya terlebihlah sudah. Alahai anak.

Malam Isnin Ummi marah Hariz dan nak kemaskan semua bajunya Ummi cakap lepas ni Hariz tak payah tinggal sini lagi Hariz balik jelah dan bawak kain bajunya balik sama. Ummi marah sangat kat Hariz sebab dia malas buat kerja sekolah. Lepas dah kena marah diapun sorong buku dan buat-buat batuk, nak tarik perhatianlah katakan. Ummi buat tak tahu aje. Tapi lepas beberapa minit kesian pulak, Ummi pujuk dia barulah dia senyum dan bersuara. Habislah tulisan mandrin dan matematik dibuatnya. Dah dekat pukul 10:30pm baru dia nak makan selepas menolak perlawaaan Ummi beberapa kali. Akhirnya kami tidur dekat Jam 12:00 juga. Kesian Hariz esok nak bangun pukul 7:00 pagi moga-moga Hariz tak meragam. Maklumlah budak baru kebah demam mengado lebih.

Sunday, July 13, 2008

Cerita Lagi

Asalamualaikum semua. Barulah hari ini akak dpt memblog semula. Sebenarnya sudah rindu benar nak memblog tapi nak buat camana akak sibuk benor. Berpindah office dari atas ke bawah. hari ni barulah rasa lapang sikit. Dapatlah akak memblog sebaris dua ayat.

Dah lama juga akak tak menulis pasal Hariz. Dah enam bulan Hariz bersekolah. Dari malas pegang pencil dan tak tahu menulis. Nah sekarang tulisan Hariz makin kemas. Jumaat lepas akak kena ke pejabat awal. Jadi lepas kejutkan Hariz,mandikan dan siapkannya dan hidangkan sarapan pagi dia tercatuk depan tv nonton vcd kegemarannya 'Evolusi KL Drift'lepas tu akak tinggalkan Hariz dengan neneknya untuk tunggu auntie Visha hantar Hariz ke sekolah. Petangtu pulak akak balik lambat, lepas Maghrib baru sampai rumah. Bila dengan pintu pagar terbuka, Hariz cepat-cepat buka pintu dan tunggu akak di muka pintu dan dia mula peluk cium akak dan tanya kenapa Umi balik lambat. Jawapan akan tentulah standard, banyak ekrjalah sayang.Hariz dah berminggu-minggu bermalam dirumah akak. Lagipun akak dan Hariz yg mahukan begitu supaya Hariz tak perlu bangun terlalu awal dan tidaklah Hariz letih sangat. dan Hariz lebih mendengar kata dan senag buat kerja sekolah dan ulangkaji dengan kakak. tentulah dalam menangani karenah kanak-kanak kita mestilah gunakan pendekatan saikologi. Khamis lepas Hariz mudah faham latihan matematik (take away)Mamanya sampai terpinga-pinga tengok Hariz boleh buat sendiri(tentulah under my supervision dan tunjuk ajar akak sebelum ini). Nah sekarang Mamanya dah tahu kebolehan anaknya. Jumaat depan adalah hari perjumpaan ibubapa guru utk penggal Kedua. Tentu guru sekolahnya melaporkan peningkatan kebolehan Hariz.

Hariz memang ingat sangat apa-apa yg Umi ajarkan. Ada satu ketika, Hariz diajak pulang oleh mamanya, masa tu kerja sekolahnya menimbun. Lepas tu ada satu objek/ perkataan tu mamanya tak tahu. Apa bendanya ni. Hariz dengan confidentnya bagitau mamanya Yeti. Itulah yg akak ajarkan sejak beberapa minggu yg lalu dan itu jugalah antara perkataan dan gambar-gambar yg ada dlm bukunya sejak sekian lama.Mamanyapun salute kat akak sebab apa yg akak ajarkan melekat kat kepalanya. Begitu juga tulisan mandarin, stroke-stokr dlm mandarin tu dia tau sgt tapi sebutannya agak kurang. Jadi akak terpaksalah buka kamus mandarin bergambar. Itupun bukan semuanya ada dalam kamus.

Oklah sekian dulu utk kali ini. Sampai jumpa lagi.

Sunday, June 29, 2008

Can A Family Man With Salary RM3,000 Survive in Malaysia...!

Let's do some simple calculations here.

In Malaysia , the average family income isRM3,000 /month
(where father works, mother doesn't).

I understand there are many families whose
monthly income does not reachRM3,000,
but, to make things simple,
let's takeRM3,000as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has
Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....

Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100
(Internet streamxy RM68 + land line RM25 = RM93, round-up to RM100 la)

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day 4 persons. Forget about makan in restaurant ya)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 ... can eat what?)

Car repayment:RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam) :RM300
(go to work, bring son to school, only can afford one car running.


NO YET CONSIDER PETROL INCREASE 40.8%)

Insurance: RM650
(Kids, wife and self. Forget about insurance la..no money to pay, lets drop it)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don't think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper, saman, etc)



Oh wait!!! I have to stop here, so...
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no toys
no computer,
no KFC, no McDonald,
no insurance
no jalan-jalan makan angin (vacation)
no chit chat on phone with grandparents, and etc...
nothing breaks down for repair
Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit!RM2,960already...

EPF belum potong, income tax lagi........ oledi RM2,960 ....

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study?
Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month! !!

1)Children need to pay transport to school at approximately RM60.00 p/month. 2 children RM120.00 p/month.

So, no teh-tarik for daddy = Saving RM155.00 p/month. No Scool Fees & Montly Payment for books= Saving RM130 p/month.

Other school expeses @ RM2/- for each child. 2 children RM 60.00 per month. Tuition Fees for two children = RM160.00p/month.

If you calculate etc. and etc. RM3, 000.00 is not enough to live comfortably. You have to beg or borrow to survive, socialise.Think

of further education for your children. The rich shall become richer and the poor shall become poorer.


What is this? Inilah Malaysia Boleh...Sorry... it should beMalaysians Boleh, because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

Please forward and comment boleh or tak boleh. No wonder so many Ah Long around lah....

Dicilok dari http://faisalmustaffa.blogsot.com

Friday, June 20, 2008

Eja - Tetap Tegar Berahsia

Eja lebih selesa berkongsi perihal kerjaya berbanding kisah peribadi

KATAKANLAH apa saja kepada pemilik nama Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih mesra disapa Eja, 36, mengenai status dirinya yang sering dipersoalkan kerana dia masih tegar dengan pendiriannya. Sikapnya itu terus mengundang tanda tanya tetapi Eja tidak pernah berkecil hati jika ada pertanyaan daripada peminat atau media sendiri.

Biar ada yang mencurigai tetapi wanita tinggi lampai ini yang bakal muncul dalam filem Sepi arahan Kabir Bhatia Khamis depan tetap meneruskan kerjaya seninya. Sebagai wanita dan manusia biasa dia akur yang dirinya tidak mampu memuaskan hati dan perasaan orang lain.

“Memang saya akui diri ini sedikit misteri kerana memilih untuk tidak terlalu terbuka dan agak berahsia terutama membicarakan soal peribadi. Soal status sebenar saya bukan isu besar cuma saya sedar persoalan demi persoalan terus timbul. Saya lebih senang begini dan senang bercakap perihal kerjaya berbanding peribadi.

“Sudah 11 tahun saya menerjah persada seni dan jika sejak dulu saya tidak bercerita kisah peribadi, rasanya tidak perlulah saya mengupas hal itu lagi. Mungkin sampai bila-bila saya akan terus dengan prinsip berdiam diri dan jika tiba masa segala-gala terjawab, saya reda. Setakat usikan peminat mahupun wartawan yang menyentuh soal peribadi, saya tidak pernah mengambil hati.

“Orang di luar sana memang tertanya-tanya dan inginkan kepastian mengenai kehidupan peribadi saya tapi saya enggan berkongsi. Apa yang penting saya tidak menyakiti hati dan menganiayai sesiapapun,” ungkapnya bersungguh-sungguh dalam nada penuh makna.

Bertemunya baru-baru ini, Eja begitu teruja berbicara mengenai penampilan dan kemunculan terbarunya memeran watak Marya dalam filem Sepi. Filem ini dipecahkan kepada tiga plot penceritaan mengenai Adam, Sufi dan Imaan, Eja diberi amanah serta tanggungjawab melengkapkan jalan cerita Sufi lakonan Tony Eusoff.

Peluang pertama kali berlakon di bawah arahan pengarah itu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Eja dan dia bersyukur dipilih kerana menganggap pengarah itu mampu memenuhi selera dan apa yang diidamkan penggemar filem.

“Dialah antara idola dan pengarah yang amat saya kagumi, dia sangat berkaliber dan mempunyai matlamat yang tetap mengenai apa yang diinginkan. Sebagai pelakon, saya kena memberikan 100 peratus komitmen dengan sepenuh hati, tidak bersikap sambil lewa dan memberikan lakonan yang terbaik.

“Menerusi Sepi, saya terbabit mewarnakan lagi kisah Sufi yang banyak bermain dengan emosi dan perasaan dalaman kerana Marya mempunyai hati kepada Sufi yang baru saja kematian isteri. Namun pada masa sama Marya sudah berkahwin tujuh tahun, bersuami tetapi tidak mempunyai anak. Kisah Sufi lebih roh, rasa dan agak melankolik dan kesepiannya lebih mendalam dan dramatik. Kabir sendiri berkata Sepi mengenai harapan, pengorbanan dan merawat kedukaan,” kata pelakon yang berasal dari Petaling Jaya ini.

Faktor usia tidak pernah menjadi batu penghalang buat Eja untuk terus berlakon. Menurut Eja, janganlah dinilai mana-mana pelakon berdasarkan peningkatan umur sebaliknya hargailah mereka daripada sudut kematangan dan profesionalisme yang ditonjolkannya.

Katanya lagi, peluang harus diberi kepada pelakon untuk membuktikan kemampuan mereka menangani watak yang diserahkan. Bidang lakonan yang ditunjangi kini dilakukan atas dasar cinta dan setiap teguran dan kritikan dijadikan azimat untuk memulih semangat. Kata Eja, dia sentiasa memperbaiki diri dan belajar dari kesilapan dan kekurangan.

“Saya bukan malaikat dan setiap kekhilafan yang terjadi akan sentiasa diubah demi satu anjakan ke fasa yang lebih baik. Saya harap akan terus hidup dan bernyawa dalam industri seni. Biarlah apa orang nak cakap mengenai saya (mengenai status hidupnya), saya hanya mahu fokus dan terus mempamerkan bakat yang ada ini.

“Saya tidak pernah menganggap usia sebagai penamat untuk tidak terus mengembangkan bakat. Sebaliknya, lihatlah bakat, kredibiliti serta pengalaman yang dikutip oleh setiap pelakon yang ada di muka bumi ini. Usia ini bersifat subjektif, rezeki dan tuah manusia ada di mana-mana dan harus dilengkapkan dengan usaha dan komitmen yang jitu.

“Kombinasi skrip, pengarah dan pelakon yang bagus, Insya-Allah mampu memberikan hasil terakhir yang bagus,” kata Pelakon Wanita Pilihan, Festival Filem Malaysia ke-19 (filem Bilut) dan Pelakon Wanita TV/VCD Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 ini mengakhiri perbualan.


INFO: Eja
Pencapaian dan catatan peribadi yang sangat dibanggakannya kini ialah berjaya menakluki dan menjejaki Gunung Kinabalu pada pertengahan Mei lalu. Ia dilakukan bagi tujuan amal untuk anak-anak yatim di bawah kerajaan negeri Sabah. Selain Eja, Felix, Ebi dan Yazer juga terbabit. Kata Eja lagi, ekspedisinya itu dilakukan tanpa ada latihan rapi sebaliknya diiringi doa dan semangat yang kental.

Sebelum ini Eja pernah dihimpit kontroversi gara-gara memakai bulu mata palsu dan tebal dalam drama Seputeh Qaseh Ramadan. Ia lebih mematangkannya dan kini Eja sudah bersedia serta sanggup berlakon tanpa mekap, berwajah buruk, jelek, pelik dan aneh. Ini dibuktikan melalui lakonannya dalam filem Bilut dan Sepi.

Filem Eja yang menanti tayangan ialah Sepi, Malaikat Maut dan Janin.

Bakal muncul dengan drama 26 episod, Wadi arahan Raja Ahmad Alauddin. Menerusi drama ini, Eja memegang watak Azrin.

Drama lakonan Eja: Rahsia Demi Rahsia, Teduh Kabus, Salam Taj Mahal, Kiranya Ku Tahu, Takhta Hati, Tiga Dara Tan Tin Tun , Rindu Semakin Jauh, Masih Ada Cinta, Wajah Kekasih, Cinta Semerbak Kayu Manis, Fitrah Khadijah, Di Matamu Aku, Di Jiwamu Dia, Syawal, Kasih Syafikah Berbisiklah, Salam Datin

Sufi, Mencari Nur Khadijah, DNA Jasmin, Riben Merah Untuk Mama, Mencari Arah Kiblat, Cahaya Hati, Talkin Terakhir, Bertaut Kembali, Mujahadah, Mya Zara, Seputeh Qaseh Ramadan, Bila Rama-Rama Terkopak Sayapnya, Sadiq & Co dan Bulan Bertemu Matahari.

Luahan Sepi Eja

HAJAT di hati sudah lama untuk merakamkan wajah lembutnya. Ingin juga menyelami hatinya sementelah namanya seakan-akan sepi dari dunia hiburan tanah air.

Hati ini ini tertanya juga adakah dia sepi kerana merajuk apabila namanya sering menjadi bahan gurauan selepas insiden bulu mata palsu tidak berapa lama dulu?

Bukan saya seorang sahaja yang mempunyai pandangan begitu malah, para peminatnya juga bertanyakan soalan yang sama.

Wajahnya yang sebelum ini cukup popular menghiasi kaca TV kini tidak lagi kelihatan.

Sebaliknya, diganti dengan muka-muka baru yang kini mendaki carta populariti sebagai seorang pelakon popular.

Tidak salah dikatakan seandainya drama tempatan tidak berseri tanpa kehadiran pelakon bernama Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali dengan Eja.

Dia hadir dengan kelas dan karismanya yang tersendiri tanpa dibayangi oleh pelakon yang lebih dahulu berlakon daripadanya sehingga dia mampu mengumpul peminatnya tersendiri.

Saat bertemu dengannya sewaktu sesi fotografi yang diaturkan di Flora, etc..., The AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, pelbagai cerita yang dibualkan tentang dirinya termasuklah filem terbarunya, Sepi yang akan berada di panggung bermula 26 Jun ini.

Isu bulu mata

Pada mulanya, saya menyangkakan Eja merupakan seorang yang berat mulut dan pendiam tetapi rupanya, dia adalah sebaliknya.

Sedang wajahnya dioles oleh jurusolek Bosco, ketika itu juga kami memulakan bicara.

Jelasnya, dia tidak pernah menyepi, merajuk mahupun membawa hati tetapi sebaliknya, dia mencari ketenangan dengan bercuti dan dalam masa yang sama sibuk di lokasi penggambaran drama Wadi Unung arahan Raja Ahmad Alauddin sebanyak 26 episod.

Katanya juga, isu bulu mata yang pernah jadi bualan hangat itu juga sudah lama disimpan dalam lipatan sejarah.

Tidak menyimpan dendam mahupun berkecil hati, baginya itu semua adalah mainan dan gurauan semata-mata. Apa yang dia mahu untuk tahun ini adalah tahun untuknya bebas daripada sebarang kontroversi.

“Saya tidak kisah pada gosip kerana itu adalah lumrah artis tetapi saya mahu elak kontroversi. Seperti mana yang telah berlaku, saya tidak mahu perkara sebegitu berulang lagi. Saya minta dijauhkan dan saya mahu lebih menumpukan perhatian kepada karier,” kata anak kelahiran Kuala Kubu Bharu, Selangor ini membuka bicara.

Memilih untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut, rupanya ada perkara lain yang membuatnya kadang-kala termenung dan berfikir sendirian apabila membabitkan watak yang sering diberikan kepadanya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Eja memang cukup terkenal dan sering diberikan watak berat yang memerlukannya bermain dengan emosi dan mengalir air mata.

Lihatlah sahaja drama-drama bersiri yang dilakonkannya seperti Seputeh Qaseh Ramadan, Rindu Semakin Jauh, Masih Ada Cinta dan Mya Zara. Kesemuanya memperlihatkan dirinya menjadi seorang wanita yang baik, lemah-lembut, sopan dan menjadi idaman jejaka.

Tegasnya, hampir 11 tahun menjadi anak seni, sudah tiba masanya dirinya diberi peluang mencuba sesuatu yang baru dalam lakonannya yang mampu membuka mata masyarakat dan peminatnya.

“Kalau tidak diberi peluang dan mencuba, macam mana kita akan dapat lihat hasilnya. Belum cuba, belum tahu. Seharusnya pelakon kita diberi peluang untuk membawakan watak yang berbeza dan tidak stereotaip sehingga menimbulkan rasa bosan dan jelik kepada penonton.

“Namun, saya sedar, ada kalanya saya tidak boleh memilih kerana inilah periuk nasi saya. Saya perlu teruskan hidup. Kita bukan di Hollywood yang mampu hidup lama hanya dengan bayaran yang begitu besar diterima untuk sebuah filem.

“Tetapi, saya bersyukur dan berterima kasih kerana masih lagi diberi peluang dan ada pihak yang masih lagi mempercayai bakat saya dengan memberikan watak yang berbeza,” kata wanita berusia 36 tahun ini penuh makna sambil memberitahu drama Wadi Unung bakal membawa penonton menyaksikan lakonan berbeza daripadanya sebagai seorang tomboy.

Drama bersiri guaman, Sadiq & Co. yang ditayangkan di ntv7 tidak berapa lama dulu juga berjaya memperlihatkan kelainan dalam pembawakan watak yang diberikan kepada Eja.

Bukan itu sahaja, kalau ada yang masih ingat lagi, lakonannya dalam filem Kayangan tahun lalu juga memberikan impak yang agak kuat apabila watak Suraya yang dibawakannya sedikit sebanyak mengubah persepsi peminat terhadapnya.

Ini kerana kata Eja, watak Suraya yang penuh dengan hasad dengki, iri hati dan sombong serta ditambah pula dengan imej yang berbeza yang dibawakan sebelum ini, berjaya membuka mata masyarakat lantas membuktikan dia mampu memberikan sesuatu yang lain.

Kemunculan filem Sepi juga membuktikan bahawa dia tidak pernah sepi dan kini sudah bersedia melawan kesepiannya dengan kembali mewarnai dunia hiburan tanah air.

Mengenai Sepi, kata Eja, menjadi impiannya untuk bekerja di bawah arahan Kabir Bhatia dan peluang keemasan yang hadir di depan matanya tidak mahu dilepaskan lagi sebagaimana pernah terjadi padanya menerusi Cinta.

Permainan emosi

Menurutnya, peluang untuk berlakon dalam filem Cinta terlepas kerana ketika itu, dia begitu sibuk di lokasi penggambaran drama Mya Zara.

“Apabila peluang itu hadir sekali lagi, saya enggan untuk menolaknya sekali lagi dan berlakon di bawah Kabir sungguh hebat kerana dia ada karismanya yang tersendiri. Malah dia juga begitu bijak menzahirkan skrip menerusi visualnya.

“Watak Marya yang saya bawakan dalam Sepi adalah serius dan memerlukan mainan dalaman dalam membangkitkan emosi. Saya mahu menyampaikan mesej menerusi watak ini dengan memberitahu kepada penonton tentang konflik keluarga yang dihadapinya apabila tujuh tahun berkahwin tanpa sebarang anak.

“Dalam masa yang sama juga, ada peluang yang datang kepadanya untuk memberikan apa yang dia mahukan. Namun, akhirnya dia mengandung tetapi tahun demi tahun, dia cuba mencari cintanya itu sekali lagi, namun, ia telah hilang. Disinilah terletaknya permainan emosi saya dan apa yang saya mahukan ia mampu memberikan impak buat penonton,” katanya yang sudah membintangi lapan buah filem termasuk Malaikat Maut dan Janin yang akan ditayangkan kelak.

Eja yang mula mencuri perhatian dan mencipta nama menerusi drama bersiri Rahsia Demi Rahsia arahan Tony Francis Gitom sekitar lewat tahun 90-an ini turut mengimpikan hasil karyanya mampu memberikannya dengan gelaran anugerah terbaik.

Tetapi, dia percaya untuk menerima gelaran itu bukanlah mudah kerana ia semua bergantung kepada gabungan skrip, lakonan dan pengarahan yang baik dan bagus.

Dalam pada itu, Eja turut melahirkan rasa gembiranya apabila dengan kudratnya yang tidak seberapa itu, dia dan 43 orang pendaki lain berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 16 hingga 18 Mei lalu dalam misi Mount Kinabalu Charity Club 2008.

Ekspedisi yang turut disertai oleh tiga orang bekas bintang Akademi Fantasia iaitu Felix, Ebi dan Yazer itu adalah untuk tujuan amal bagi mengutip RM1 juta bagi membantu rumah anak-anak yatim di Sabah.

Dia sendiri tidak menyangka dia mampu sampai ke puncak memandangkan dia sendiri tidak menjalani sebarang latihan dan baginya, ia merupakan pencapaian terbaiknya sepanjang dia hidup di muka bumi ini.

“Mungkin kerana niat saya ikhlas dan saya lakukan kerana amal, maka, perjalanan saya ke puncak dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah, saya tidak berdepan dengan sebarang masalah mahupun kesulitan,” jelasnya menutup bicara.

* Suka sangat dengan perwatakan dan karisma Eja -lembut, ayu semulajadi,tak cepat melatah atau melenting dek gossip liar. Saya nampak banyak ciri-ciri positif ada pada beliau.Semoga maju jaya.

Thursday, June 12, 2008

Coretan Angkasawan Negara

Kasih sayang keluarga pendorong kejayaan





DIDIKAN ibu bapa dan hubungan erat adik-beradik kukuh sehingga dewasa.

HAMPIR setiap orang mempunyai adik-beradik dan saya juga tidak terkecuali. Memang seronok mengenang kisah adik-beradik ketika kecil yang penuh dengan pengalaman suka dan duka. Ini yang menyebabkan kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman mengenai kisah adik-beradik kami yang semuanya lima orang dan semuanya lelaki.

Kami dibesarkan dalam suasana yang ceria dan penuh kasih sayang. Abang yang sulung, Sheikh Ahmad, 37, seorang peguam, manakala Sheikh Taufik, yang setahun lebih muda adalah seorang akauntan.

Saya sendiri yang berumur 35 tahun adalah doktor ortopedik. Dua adik saya, Sheikh Mustapha, 32, jururancang perumahan dan yang bongsu, Sheikh Arwiz, 29, seorang akauntan.

Hubungan kami sangat akrab walaupun kadang-kadang masa tidak mengizinkan memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Kami akan pastikan berjumpa seminggu sekali untuk mengetahui perkembangan terkini dan mengeratkan ikatan persaudaraan agar sentiasa kukuh.

Memori manis ketika zaman kanak-kanak sentiasa bermain di fikiran saya. Untuk pengetahuan pembaca Berita Minggu, saya dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya sebelum berpindah ke Seremban.

Sebahagian besar zaman kanak-kanak dan remaja saya adalah di Negeri Sembilan. Ketika itu, sukar juga ibu menjaga kami yang boleh dianggap agak nakal.

Kami sering bergaduh dan bertengkar, tetapi itulah keistimewaan kami yang dididik untuk makan bersama, mengaji bersama, tidur bersama dan segala-galanya bersama. Hubungan antara kami sungguh rapat.

Alhamdulillah, kami dibesarkan dalam suasana positif. Ayah sentiasa menekankan sikap berdikari, disiplin dan kekuatan mental .

Ayah mempunyai pendirian yang berbeza dengan orang lain kerana tidak pernah membawa kami menonton wayang kerana dianggap membazir. Sebaliknya, kami diajar berenang sejak umur tiga tahun lagi dan menyertai pelbagai pertandingan sehingga remaja.

Memenangi pelbagai piala sudah menjadi lumrah dan kami sering bersaing antara satu sama lain. Ayah membuat keputusan memasukkan kami semua ke sekolah berasrama penuh untuk belajar erti kehidupan bergaul bersama masyarakat.

Ketika itu, saya amat pantang menerima kekalahan. Setiap perkara yang dilakukan, saya pastikan akan mencapai kemenangan walaupun perkara itu kecil seperti perlawanan badminton dan perdebatan. Itulah sifat yang diterapkan sejak kecil.

Bagaimanapun, ada masanya saya kalah, tetapi saya akan pastikan mencapai kemenangan keesokan hari. Kami sungguh kompetitif hingga sekarang, baik dalam pelajaran mahu pun kehidupan. Mungkin sikap ini yang membantu saya hingga terpilih menjadi Angkasawan Negara.

Sekarang kami semua dewasa. Ada yang berkeluarga. Kadang-kadang saya tersenyum sendirian mengingatkan kembali kenangan lama. Masing masing berjaya dan sibuk dengan tugasan.

Dua daripada kami sudah berkeluarga. Kami semua mengikut jejak ayah yang mendirikan rumah tangga agak lewat. Ayah juga berkahwin ketika berumur 33 tahun. Alasannya? Ayah sering berkata kukuhkan dulu kewangan, emosi dan keimanan sebelum mendirikan rumah tangga.

Pastikan kehidupan stabil terdahulu dan benar-benar bersedia sebelum menamatkan zaman bujang. Kata-katanya kami ambil sebagai pedoman. Saya bersyukur kerana kami berlima masih rapat dan sentiasa memberi sokongan padu untuk berjaya.

Yang menarik ialah tiga daripada kami menyertai program angkasawan dan sentiasa berbincang mengenai strategi yang harus dilakukan.

Sheikh Ahmad berjaya hingga ke peringkat 100 peserta terakhir. Sheikh Arwiz hingga ke 59 peserta terakhir dan saya sendiri meneruskan cabaran dengan sokongan tidak terhingga dari belakang takbir.

Adik beradik sentiasa memberi dorongan dan ini menguatkan tekad saya untuk meneruskan cabaran. Ketika di Russia selama setahun, kami sering berbual melalui telefon mahupun emel agar saya meneruskan perjuangan dan tidak sekali-kali putus asa. Itulah kehebatan kami berlima .

Apabila arwah adik, Sheikh Mustapha, meninggal dunia, saya masih berada di ISS. Ia memberi impak mendalam buat kami sekeluarga. Bagaikan tali yang terputus. Di saat genting, kami kehilangan seorang adik yang amat disayangi.

Kami tidak sangka kejadian ini boleh berlaku. Penjelajahan saya ke angkasa lepas amat berisiko tinggi, tetapi siapa sangka adik tersayang di bumi yang melalui bencana. Inilah suratan takdir dan kesannya saya rasai hingga kini.

Demi ibu, kami harus kuat mengharunginya ujian ini. Saya berasa kesal kerana tidak berkesempatan memberitahu Ajil (nama panggilan Sheikh Mustapha) mengenai kasih sayang ini kerana terlalu sibuk dengan program angkasawan sejak kebelakangan ini.

Kepada adik-adik di luar sana, ‘don’t take things for granted’. Luahkan kasih-sayang kepada orang tersayang baik ibu-bapa mahupun keluarga kerana hidup ini tiada kepastian. Allah menentukan segala-galanya. Kita hanya mampu berusaha. Hidup ini penuh dengan liku-liku dan kita harus tabah melaluinya.


Soalan:

Saya bangga dengan kejayaan Dr mengharumkan nama negara. Soalan saya ialah adakah penghidap skoliosis layak bergelar angkasawan jika mempunyai kelayakan dan minat mendalam. Saya juga ingin tahu sama ada Dr mempelajari bahasa Russia kerana minat atau diwajibkan?

Nur Farzana Muhamad Ismail
Jawapan

Tahap kesihatan yang tinggi diperlukan untuk menjadi angkasawan. Skoliosis yang Nur Farzana tanyakan adalah penyakit tulang spina yang tidak mempunyai penjajaran (alignment) yang normal. Pesakit mengalami kesakitan tulang belakang yang bergantung kepada tahap keparahan (degree of severity).

Lazimnya pesakit skoliosis tidak dibenarkan menjadi angkasawan kerana mungkin akan menghadapi masalah apabila berada dalam keadaan graviti mikro. Malah dalam keadaan normal, 30 hingga 40 peratus astronaut mengalami kesakitan tulang belakang (backache) di angkasa lepas akibat pelbagai faktor seperti ketegangan ligamen spinal.

Mengenai bahasa Russia, oleh kerana latihan dijalankan di negara itu, amat penting bagi setiap angkasawan menguasai bahasa Russia yang juga bahasa komunikasi di StarCity dan ISS. Semua astronaut dan cosmonaut boleh berbahasa Inggeris dan Russia. Angkasawan negara juga tidak terkecuali.

Wednesday, June 04, 2008

Kembali Ke Rahmatullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Terperanjat sungguh akak pagi ini apabila diberitahu Penyelia kami di KeraXXXX telah kembali ke Rahmatullah. Allahyarham En. Ahmad Zamri Bin Harun telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat lepas bersamaan 30 Mei, 2008 pada usia 44 tahun (15/2/1964 - 30/5/2008).

Patutlah berkali-kali akak talipon pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat lepas tapi taliponnya tak berjawab. Sangka akak Allahyarham sibuk menguruskan jual beli sawit. Tak sangka rupa-rupanya beliau telah tiada. Pagi tadipun akak masih membuat panggilan ke talipon bimbit beliau,untuk urusan penghantaran wang, tapi masih tiada jawapan. Bila anak Dato' masuk dia beritahu "Papa" suruh akak talipon Azmi. Akak macam blur juga Azmi mana? Kawan Zamri katanya. Barulah akak dpt recall balik. Akak talipon En. Azmipun beliau tak jawab talipon. Tapi akak tinggalkan pesanan. 15 minit lepas tu beliau talipon semula dan beritahu beliau terima surat utk En. Zamri dari HQ bolehkah dibuka. sebab isterinya tak ada, balik kampung. Akak beritahu beliau, yalah akak talipon En. Zamri pun tak berangkat. Beliau cakap dia tak ada. Dan isterinya balik kampung. Akak tanya lagi apa maksud En. Azmi, dia tak ada. Katanya En. Zamri dah meninggal. Akak tergamam sejenak. Meninggal. Inalilahi WainaIlahirajiun. Mengalir airmata akak dan dgn intonasi akak yg dah berubah akak tanya bertubi-tubi soalan kpd En. Azmi. Takan Cik XXXXXX tak tahu. Sungguh saya tak tahu. Bila meninggalnya? Hari Jumaat. Meninggal kenapa? Arwah tembak kerbau dan kena tanduk. Akak terkedu seketika. Tak apalah En. Azmi tentang urusan penghantaran wang dan jual beli sawit akak akan berbincang dulu dgn Dato'. Itulah bahana akak bohong kata h/phone hilang. Makanya sapa-sapapun tak maklumkan akak berita-berita penting macam ni. Dato' pulak dah ke Bandung semalam. Jadi akak memang tak tahu apa-apa. Org lainpun tak tahu sebab hal-hal Estate Dato', perniagaan dan peribadi Dato' memang akak yg jaga.

Suara Arwah En. Zamri masih terngiang-ngiang di telinga akak sampai saat ini. Lunch tadipun akak hilang selera makan.

Apapun akak mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham En. Zamri dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yg soleh. Amin.

Thursday, May 29, 2008

Apa khabar semua?

Apa khabar semua? Sekarang ni kepala akak tengah ting tong bell. Tak tau sejak dari pagi tadi kepala ni semacam. Malas nak pegi klinik. Sementelah hari ni hari Jumaat. Kalau kepala ni masih cam ni lagi. Akak berambus dari ofis dalam Jam 2:30pm.

Akak akan Bercuti Isnin dan Selasa ini nak bawa Hariz jalan-jalan cari makan. Kesian dia sepanjang cuti dah berlalu seminggu hanya sempat ke Wet World sahaja.Malam ni makan free kat rumah Mak Lang sebab mereka buat kenduri tahlil arwah dan esok majlis pertunangan sepupu akak Naz. Kami sekeluarga diminta menyertai wakil rombongan peminangan tak jauh kat Cheras sahaja.

Monday, May 12, 2008

Kembali memblog


Udah lame benor teman tak memblog. Sampaikan teman dak ingat username. Terpaksalah teman tukor yg baru. Sebenornya teman agak sibuk kebelakangan ini. Tu pasailah tak update ape-ape.

Idak apelah ye. Lepas ni teman akan selalu update blog teman ni. Idak lah ianya besawang seinci.

Teman bukan apa cuma suku tahun kedua 2008 ni, teman idak le seceria tahun-tahun sebelumnya. Terutamanya yg melibatkan kerjaya. Teman dah rasa bosan nak koje dgn Dato' hampeh nie. Tak pelah pelan-pelan, lambat laun bila plan teman dah berjaya teman will say good bye to Dato' hampeh. Teman mungkin akan bersara awal, jika segala perancangan berjalan mengikut jadual.

Utk itu kepada Dato' hampeh ko didiklah anak-anak ko baik-baik. Teman tengok keempat-empat anak ko semuanya hancus. Tulah sebabnya, ko pandai bercakap ajo, melaksanakannya ko tak tahu. Ko kata semua Menteri tak reti kojo. Ko aje yg bagus. Kalau ko bagus sangat kenapa negeri yg ko jadi Timbalan masih di takuk lama. Dato' ni adalah contoh terbaik Businessman Melayu. Sengal.Bukan main lagi ko asyik nak mengutuk org atasan. Memang kebanyakan mereka tak berwibawa macam ko juga. Jadi pemimpin rumahtanggapun belum pass lagi apa lagi nak memimpin pekerja, Nak jadi pemimpin negari/negara, jauh panggang dari api. Kalau dulu kau jadi ADUN dan Timbalan Menteri Besar kau ingat kau banyak baguih. Sebenarnya org yg memilih ko dulu saja nak test. Tapi ko tengok susah dah org nak percaya kat ko lagi. Bodoh sombong. Teman selalu doakan ko tak mencapai apa yg ko hajati dalam politik. Bagusnya PA ko kan. Tulah sebabnya ko baik sangat. Bukan dengan teman sajo, dengan pekerja ko dan rakan kongsi ko juga ko memang sengal.

Adius...

Sunday, March 30, 2008

Hariz yang Menyenangkan

Seronok sangat weekend hari tu sebab Hariz ada di samping akak. Suasana minggu itu cukup menyenangkan kerana Hariz berperangai extra-ordinary baik, dengar cakap. Tak membantah bila di suruh buat homework dan tekun baca buku. Bila tiba masa relex dan menonton DVD dia akur. Bila disuruh berehat dia juga akur.

Hari Sabtu itu kami menyambut ulangtahun kelahiran Zureen 3 tahun dan Mohd Amin 2 tahun di Puchong. Mak Andak masak macam-macam ada Mee/Bee Honn Sup/Soto. Pulut Kuning, Kari daging, Nasi Himpit, KFC, Fries, Kuih Kacang, Koci dan macam-macam lagi. Tahulah budak-budak tentulah seronok sakan dapat jumpa sepupu sepapatnya. Habislah ayam dikejarnya keliling rumah. Kami balik ke Sunway agak lewat juga. Esoknya bawa Hariz ke pasar lepas dapat patung Power Rangers dan CD Cicak Man Hariz happy sangat.

Pagi ni cukup mudah kejutkan Hariz untuk ke Sekolah, Lepas tu sempat pulak hantar Ika ke Tadika yg berdekatan. Hari happy sangat.

Ummi sayang, sayang, sayangggggg Hariz.

Tragedi hidup Sufiah

LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.

Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’

“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi.

Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.

Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.

Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun

Tuesday, March 04, 2008

Cerita Tentang Hariz

Petang Semalam (Selasa)akak tidur sekejap sebab letih sangat, jaga Mak yg sedang sakit. Semetara beliau berurut akak ajak anak-anak semua, Hariz, Isha dan Ika tidur kat atas.Terlena jugalah 1 1/2 Jam. Itupun sebab Dato' sibuk talipon.

Akak terperanjat, sejak sekian kalinya Hariz dah mula pandai buat kerja sekolahnya sendiri tanpa supervision. Bila di ajak tidur, dia pulak suruh akak tidur dulu. Mula-mula akak ingat dia cakap main-main. Tapi bila akak bangun dia tunjukkan tulisan mandrin yang telah disiapkan. Pandai pulak tu. Tulisan yg bersimpul-simpul tu dia buat sendiri sampai habis. Sebelum tu dia dahpun menghabiskan kerja colouringnya yang bertemakan friendship. Semua siap dibuatnya. Akak/Umi pun siap puji-puji dan tepuk tangan utknya, adiknyapun tumpang sekaki. Seronok betul dia. Sepupunya Ika pula kata Umi pandai pulak Hariz buat ye Umi, selalu dia tak tahu.

Bila difikirkan, salah umi dan mamanya juga tak asuh dia sejak awal buat scribling, menconteng-conteng ke apa ke. Dulu bila diberi buku, pensil dan warna, dia tentu tak suka. Bukan tak suruh tapi uls tentu faham anak lelaki punyai perangai tak sma dengan anak perempuan. Asyik ingat main dan dvd sahaja.Dah 2 bulan sekolahpun tangannya masih kaku. Nasib baik bila diberi latihan tracing / menulis dalam 2 bulan tu dia mahu juga buat.Tu yang Hariz makin improve.

Petang semalam dia speaking London. Macam-macam dia cakap. Cakap ajuk, cakap pindah semua yang dia dengar kat sekolah tu dia play back kat rumah. Berabuk sih. Walaupun bunyinya macam dengar dgn tidak. Tapi umi cukup bangga uls. Sekurang-kurangnya dia nak cakap dan sudah menangkap sesuatu sepanjang 2 bulan bersekolah. Kalau dulu ajarlah dia sepatah dua bahasa Inggeris tak mahu dia ikut.

Semalam juga Guru Besarnya puji kata Hariz baik dan pandai pada papanya.Dan semalam juga Cikgu Mandrinnya beritahu Pak Ucu, Hariz tak berapa bagus dlm mandrin, tapi tak apalah kita tak paksa. Kita cuba setakat mana yg dia boleh. Ucu nya pun mengiyakan dan tambah macam mana nak pandai, kita sendiri pun tak tahu nak tunjuk ajar. Nak hantar tuition takut waktu terlalu pack utknya. Akak ada seorg kawan Chinese kat office tapi malangnya tak boleh nak membantu, katanya apa yg akak tulis itu macam (tulisan jawi cinalah tu) ye ke akakpun tak tahu. Ada sesiapa yg boleh bantu.

Apapun semalam adalah hari yang paling membanggakan buat umi sebab anak umi dah semakin bijak.Thank you ALLAH.

Tuesday, February 19, 2008

Hariz Demam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Adakah insan lain yg sudi membaca blog ini. Takpelah, kalau ada waktu terluang akak akan memblog juga saja suka-suka.

Oh ya malam tadi badan Hariz panas betul. Demam rupanya dia. Masa buat kerja sekolahpun, Hariz macam dah tak larat. Dia pening kepala dan akakpun picit kepalanya. Bila nak bawa dia ke klinik Hariz tak mahu. Katanya dia tak mahu balik, nanti sapa nak dukong Hariz. Hariz nak tinggal sahaja. Tapi lepas akak beri dia ubat dan pujuk-pujuk dia baru Hariz nak balik. Itupun setelah mamanya janji akan dukong Hariz. Akak suruh Hariz cuti sahaja esok.

Pagi ini bila Hariz sampai dia terus cari akak yg sedang bersiap kat atas. Akak rasa badanya dah kembali normal, matanya pun tak merah. Hariz nampak ceria sikit. Akak pesan kat Hariz, hari ini Umi kerja, nanti Hariz kena minta nenek bagi makan ubat.Biar Hariz betul-betul sihat. Haria angguk dan bila akak mula beredar keluar dia minta di peluk dan pesan hari ini Umi balik cepat tau. Akak mengiyakan.

Hari Isnin lepas akak balik cepat seawal Jam 4.45pm akak dah sampai rumah. Akak bagi hadiah kat Hariz VCD Ultraman Max dan Patungnya sekali. Sebelum buka Hariz tanya apa ni Umi. Ini Umi bagi sebab Hariz rajin belajar dan baik. Umi minta Hariz buka dan alangkah gembiranya dia apabila dibuka patung itupun berbunyi. Wow Umi bestnya. Tima kaceh Umi. Umi umpan patung ni dan suruh Hariz habiskan kerja sekolah dulu, Hariz siap letak ultraman tu sebelah dia dan kata ultraman tidur tau. Hariz nak buat kerja sikit. Habislah kerja sekolahnya dibuat petang itu juga. Allhamdulillah.

Monday, January 14, 2008

Hariz Bersekolah

Assalamualaikum semua dan Salam bahagia.

Agak lama juga akak tak memblog. Bukan apa sibuk dengan kerja dan kesihatan agak terganggu memanjang.

Akak teruja sangat nak cerita kisah hari persekolahan Hariz.

Hari Pertama sekolah - Hariz dihantar oleh keluarganya ke sekolah. Sekolahpun tamat awal kira-kira Jam 10:00 pagi.

Hariz kedua Hariz diambil oleh uncle Gopal dgn Gen 2 nya. Sepanjang perjalanan dari rumah ke rumah akak, Hariz tidur. Bila dah sampai dan dikejutkan dan di suruh tukar kereta Hariz nangis. Masa tu akak sibuk nak pi kerja. Akak sempat melambai kat Hariz. Keluarganya follow kereta Uncle Gopal dari belakang. Masuk je dlm kereta uncle Gopal, Hariz dah mula senyap.Sampai perkarangan Q'dees Hariz tak nangis lagi terus dia galak bermain kat taman. Waktu balik Hariz happy sangat.Waktu baliknya sama hingga minggu lepas pukul 10:00 pagi.

Kebetulan hari Rabu dan Jumaat tu akak cuti sakit jadi dptlah akak sambut kedatangan dan kepulangan Hariz dari Sekolah. Hariz happy sesangat. Balik terus bukak kasut dan pergi dapur peluk cium akak.Akak@Ummi pun puji-puji Hariz dia happy dan senyum.

Sejak malam tu Hariz tak nak balik Subang Bistari. Hari Sabtu akak ajar dia menulis dan mewarna, 3 muka surat dihabiskannya sambil menonton dvd dan cd kegemarannya apalagi kalau bukan Ultraman 3.

Sampailah hari ini Hariz tak mahu balik rumah. Malam tadi siapkan homework tulis 1 - 3. Mewarna dan latihan bacaan sikit. Who is this? This is Ritty. I am Ritty. Hariz ulang-ulang baca dgn kepelatan yg pekat. maklum anak Melayu baru cakap org putih.

Oh ya sampai di sini dulu . Nanti akak update lagi. Dah sampai masa nak solat. Nasipun dah turun . Sat lagi nak mula kerja yg menimbun pulak.

Sampai jumpa lagi.