Thursday, June 25, 2009

Sambutan Hari Bapa

Seperti biasa kalau berkumpul sekeluarga mesti ada acara makan-makan. Sempena sambutan Hari bapa yg lalu kami meraikannya di Puchong. Macam biasa masak-masak, makan-makan, sembang-sembang, ngumpat-ngumpat dll.

Sambutan cam suam-suam kuku je sebab ada anak-anak buah yg sentap tak nak dtg. Jadi makpak yg dah bertangga kat umah bapak tak berapa nak happy. Walau camanapun Kak Lang tetap membiarkan anak gadisnya tidur di rumah. Belah malam baru Bang Lang balik rumah temankan anaknya yg teramatlah keras kepala itu. Ucu pun janji nak dtg tapi hampeh.
Sebenarnya Kak Lang merangkap Bendahari Kelab tak bagi jemput adik beradik yg tak berkenaan dan yg tak menyumbang itu di majlis tersebut. Mana dia tak bengang kalau dtg bukan sibuk nak tolong masak ke apa dtg-dtg je memekak pastu cam org kebulur tak makan 3 hari. Pastu bila melantak tak hingat anak tembolok sendiri aje bagi kembong. Lagi satu kalau buat apa-apa acara hanya adik beradik pompuan yg berlima ni jelah yg turun tangan membantu menyediakan apa yg patut. Tolak pompuan seorg yg pangai melantak laki bini tu. Yg lelaki lagi nan berguno. Collection Kelab tak pernah nak bayar tapi bila time tapau makanan bawa balik bini-bini diaorglah no. one tak hengat, benda free, sudu selagi belum habis. Mula-mula boleh terima takpelah sodokah tapi kalau selalu dtg berlenggang je paneh juga hati dia.

Selalu yg kuar banje adalah Kak Teh, Kak Lang, Kak Ngah, Kak Andak dan Kak Anjang. Yg lain-lain tu hampeh. Hari Rayapun kalau dtg bukan bawa bakul sia tapi lenggang kangkong, belanja seduitpun tak kuar. Hari Raya akak (Kak Teh), Alang kan bawa juadah dan belanja sepanjang percutian kami di Kg. Puchong utk famili diaoranglah. Kak Andak tak boleh nak mengatalah sebab dia memang selalu menghadapi krisis kewangan. Tupun kalau balik memang bil air, api dan gas kan melambong sebab penggunaan yg drastik. Kak Andak sumbang tenaga melayan kita org dan rempah ratus dapur memang dia yg sediakan. Anjang dan Angah akan bawa semangkuk dua juadah utk santapan bersama.

Masa hari Bapapun kita berlima yg tungkus lumus. Angah masak tomyam campur, Alang dgn daging dendeng dan karipap gula dan keledek. Ateh dgn Cucur udang sambal kacang (makanan yg pertama habis) ayam goreng, ayam masak merah dan Pecal sayuran, Anjang dgn bubur som-somnya. Kita org beramai-ramai gotong royong.

Si melantak yg tak dijemput tu macam bau aje aktiviti kita org pukul 8 dia dah terpacul 3 beranak depan pintu. Kak Lang dan Angah siap angkat-angkat kening bagi signal si kepoh dah sampai.

Hari tu acara karaoke tak dpt diteruskan sebab pengendali peralatan anak buah yg sulung Shalim, balik kg berurusan pasal hari pernikahannya pada Penghujung Julai nanti. Tak bestlah lain kali buat majlis kat rumah Ateh ajelah semuanya akak boleh kendalikan sendiri, Karaoke set ke, jamuan makannya ke semua ditanggung beres. Ni nak tunggu org tulah org nilah last-last tak jadi. Nyampahlah. Org dah siap praktis berminggu-minggu tau. Benci sgt.

Hari Isnin tu pulak dpt berita abg ipar kemalangan masa dlm perjalanan balik kg. Teruk juga cam hilang-hilang ingatan. 7 hari juga Kak Lang bertangga kat Hospital Kelang. Bila balikpun abg ipar tu cam belum recover sepenuhnya. Sian dia. Tapi hari ini dah bertambah pulih. Walaumacamanapun belia dpt bercuti selama sebulan.

Sekian.