Thursday, February 04, 2010

Roboh

Berikut adalah update terbaru berkenaan proses renovasi rumah.

Bahagian dapur dan ruang santai di tingkat bawah telah dirobohkan pada hari Isnin 1/2/2010.
Hari tersebut telah mencetuskan beberapa insiden tidak puas hati dikalangan jiran sebelah kanan. Ini disebabkan rumah kami telah ditempek oleh rumah jiran. Rupa-rupanya mereka tidak membina tembok sendiri sebaliknya hanya menampal plaster di ruang dinding rumah kami. Setelah beberapa kali diminta oleh kontraktor dan gagal mendpt kerjasama yg sepatutnya dari jiran supaya mengalihkan kesemua barangan mereka yg berada di tepi dinding Mak mengambil langkah terakhir berbincang dgn isteri jiran tersebut maka barulah kontraktor dpt merobohkan ruang tersebut. Mak minta supaya mereka tak kecil hati atau bermasam muka. Akhirnya mereka akur. Sebab terbukti mereka yg salah, Apasal tak bina dinding sendiri-sendiri. Ruang rumah mereka kini ditampal dgn plywood buruk, macam rumah kongsi.

Hari Rabu lepas Mak telah diserang oleh jiran sebelah kanan kerana rumah mereka juga tidak dibina dinding spt sepatutnya malah menempek juga pada rumah kami. Patutlah dinding rumah kami kiri dan kanan rengang sebanyak 3cm. Rupa-rupanya kami dok mensupport bebanan rumah kiri dan kanan. Mak tak senang masak tengahari itu kerana serangan talipon yg bertubi-tubi. Disusuli pula oleh kedatangan perempuan tua bermulut laser iaitu tuan punya rumah sebelah kiri yg rumahnya disewakan kpd pasangan kelamin. Macam-macam si laser tu cakap tapi Mak tak berdiam diri malah membalas hujah-hujah perempuan itu dibantu oleh isteri kontraktor. Akhirnya perempuan laser itu mengaku kesalahan beliau dan minta maaf dan cium-cium Mak itupun selepas beliau, suami dan menantunya meninjau tembok dan bukti yg sedia ada. (Bila-bila senang nanti saya tuliskan apa dialog yg dah digunakan masa sessi berbalas-balas hujah tu ye..)

Begitu kecohnya Puan Endon dan Cik Puan Hani nak renovate rumah. Tapi semuanya bukan salah kami tapi salah jiran yg tak berhati perut. Asyik kita dipersalahkan. Sementelah hanya kami berdua wanita yg mendiami rumah tersebut. Mak siap cakap kalau ada kamu tadi tentu lagi hebat. Berbalas-balas serangan. Tapi saya respect kat Mak sebab mempertahankan hak kami. Ada seorg lagi si tua kecoh tanya berapa kos nak buat rumah tu? Mak kata tak tahu sebab dah bengang sangat sehari tu adalah dlm 4 kali dia tanya asal nampak je muka mak asyik tanya. Lama-lama Mak bosan dan cakap tak tahu hal duit-duit ni semua Hani yg uruskan. Si Tua tu cakap lagi takanlah anak dgn mak pun tak tahu berapa harga. Takan tak bincang -bincang. Agaknya RM10 Ribu katanya. Hello takanlah renovate atas bawah RM10 Ribu nak beli taik gigi pun tak lepas. Nasib dia belum tanya dan cakap apa-apa lagi pada Ummi, Ummi memang dah siapkan jawapan yg kaw-kaw punya.

Jiran sekeliling cam nak pandang rendah je pada kami. Sebab kami tak pernah nak mendongak dan cerita bab-bab aku banyak simpan duit. Rumah anak aku/aku kat sini kat sinun. Anak aku kerja apa, bla, bla, bla... Semua nak cerita kat org. Buat apa. Anak-anak diaorg beli rumah macam beli ikan dan sayur kat pasar macam beli jajan kat kedai runcit. Siap cakap setiap seorg anak dia org ada rumah kat Bkt Beruntunglah , Puchonglah, Selayanglah. kat mana ada kawasan jual rumah. Kat situlah anak dia beli rumah. Last-last dpt tahu anaknya mnyewa sahaja. tak malu kau.

Cuaca beberapa hari ini tidakbegitu bagus hari-hari hujan makanya kerja-kerja meroboh dan pembnaan agak terbatas dan tergendala sedikit.

Sekian Cik Puan Hani melaporkan.

Esok-esok kita sambung lagi ek, bye...bye...