Ini adalah anak buah yang paling bongsu setakat ini berusia 1 tahun 2 bulan. Berbadan kurus dan tinggi. Dalam usianya kini Debab (panggilan untuk Irfan, moga badannya akan berisi) masih belum boleh bertatih. Mungkin ini disebabkan dalam keluarga kami rata-ratanya ketika umur mencecah 1 tahun - 1 tahun 4 bulan baru pandai berjalan.
Tapi kesian Debab ada mama tak serupa org lain. Konon pegawai bank tapi pengurusan masa out. Sanggup tinggalkan anak tiap-tiap hari keluar kerja jam 7.45 pagi pulang lepas jam 9pm. Anak kecil itu terbiar selalu dibawah jagaan nenek tua, jam 7pm Ummi balikpun Debab belum makan lagi. Bila cara sembunyi-sembunyi Ummi tanya pada abangnya katanya siang tadi nenek bagi dia makan roti sahaja. Roti sahaja bayangkan anak sekecil itu bukan tahu ambil makanan sendiri. Sungguh ini satu penderaan buat anak kecil itu. Kurang kasih sayang, kurang perhatian. Bila dah jam 7pm akak akan suap nasi untuknya. Kalau dah perut masuk angin makanpun dah tak lalu.
Nak ku ambil anak itu sepenuhnya atas jagaan dan didikanku tak diberi pula. Kesian anak itu. Kesia kamu Debab.
Mak dan Paknya gembira riang ria bila diberitahu anaknya mungkin akan dibedah dalam bulan 03/2013 berikutan tulang dada sebelah kanan anak kecil itu seakan besar sedikit dari yang kiri. Perkara inipun Ummi yang sedari ketika anak ini berusia 2 bulan 3 hari sebelum majlis aqiqahnya.
Bila masa lap atau mandikan babypun boleh tak sedar yang anak itu mempunyai kelainan di dadanya.MasyaAllah ada juga Mak Andeh di zaman cyber ni.
Apapun setiap kali lepas solat Ummi sentiasa doakan moga Irfan normal dan cepat sembuh, dijauhkan dari sebarang musibah, malapetaka dan penyakit. Moga Irfan menjadi anak yang sihat, budiman dan beriman dan panjang umur.
Lepas ini Ummi pasti update banyak benda tentang Irfan kerana anak ini telah menjadi belahan jiwaku.
Wasalam.
Wednesday, November 21, 2012
Thursday, August 30, 2012
Jamuan Hari Raya Aidil Fitri
Insyallah, kalau tiada aral melintang esok 31 Ogos 2012 Ummi akan mengadakan Jamuan Hari Raya di rumah. Menjemput kawan-kawan Hariz, dan kawan-kawan Ummi semasa di ofis lama dan ofis tempat bertugas sekarang. Yang dah confirm 5 keluarga kot. Kawan kawan Hariz adalah dalam 4-5 orang.
Sejak Hari Raya hari tu rumah ni sunyi aje tak ada tetamu yg dtg,yang ada cuma tetamu emak, makcik depan rumah dah 2 x beliau berhari raya. Org nak dtg pun takut rumah asyik tutup aje. Balik kerjapun dah dekat Maghrib bolehkah mcm tu atau Ummi tak cukup peramah. Tak kot. Sebabnya ialah Ummi banyak habiskan masa cuti di Puchong bukan di Sunway. Harap faham.
Menu apa untuk esok belum tau lagi. Tapi dah beli ayam dan lauk pauk lain.

Wednesday, August 29, 2012
Kembali Bersiaran
Assalamualaikum.....
Mungkin belum terlewat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin" kepada semua. Agak sibuk dgn tugas pejabat sehinggakan tiada masa untuk mengupdate blog. Nasib baik masih ingat passwordnya kalau tidak hermmmm...
Aidil Fitri kali ini biasa biasa sahaja cuma bab rezeki dan bonus tu Alhamdulillah 5 bulan beb. Entah apa mimpi Dato' (DHA) agaknya. Sebelum sebelum ni 3 bulan bonus sahaja. Dengan rezeki yang bertambah ini dapatlah akak menabung sebahagian daripadanya. Dpt pulak bayar 2 Lawyer untuk rumah kedua yang hampir selesai bayaran dan dipindah milik. Syukur. Dan suku lagi dapatlah mewah sket raya kali ni. Tapi kan baju raya langsung tak beli. Mcm mana tu. Hari Rayapun cuma pakai baju baju yg dipakai masa kerja.
Adalah beli 3 pasang kain cotton utk di buat baju kurung tapi tak jadi tempah sebab kainnya belum dicuci lagi. Takut nak tempah sebelum basuh takut mengecut. Sudahnya adalah 1 baju yg Datin beli dah siap dari Vietnam ole-ole hari raya tapi belum di pakai lagi. Itulah kot baju rayanya.
Hariz dahpun masuk 9 tahun, Adiknya Farisha 6 tahun, Babby Muhammad Irfan Danial genap setahun 8 Sept ini. Dah semakin membesar budak-budak ni. Karenahnyapun macam-macam. Nanti akak blog berkaitan mereka.
Org lain bekerja juga, jaga anak juga, masak juga tapi ada masa memblog. Tapi akak memanjang blog bersawang, Pengurusan masa tak betul kot??? Mungkin benar.
Kena ubah dan plan strategi betul betul supaya masa yg ada dimanfaatkan dgn betul dan terisi dgn perkara-perkara yg bermanafaat. Tak gitu.
Wasalam..

Subscribe to:
Posts (Atom)