Assalamualaikum.....
Mungkin belum terlewat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin" kepada semua. Agak sibuk dgn tugas pejabat sehinggakan tiada masa untuk mengupdate blog. Nasib baik masih ingat passwordnya kalau tidak hermmmm...
Aidil Fitri kali ini biasa biasa sahaja cuma bab rezeki dan bonus tu Alhamdulillah 5 bulan beb. Entah apa mimpi Dato' (DHA) agaknya. Sebelum sebelum ni 3 bulan bonus sahaja. Dengan rezeki yang bertambah ini dapatlah akak menabung sebahagian daripadanya. Dpt pulak bayar 2 Lawyer untuk rumah kedua yang hampir selesai bayaran dan dipindah milik. Syukur. Dan suku lagi dapatlah mewah sket raya kali ni. Tapi kan baju raya langsung tak beli. Mcm mana tu. Hari Rayapun cuma pakai baju baju yg dipakai masa kerja.
Adalah beli 3 pasang kain cotton utk di buat baju kurung tapi tak jadi tempah sebab kainnya belum dicuci lagi. Takut nak tempah sebelum basuh takut mengecut. Sudahnya adalah 1 baju yg Datin beli dah siap dari Vietnam ole-ole hari raya tapi belum di pakai lagi. Itulah kot baju rayanya.
Hariz dahpun masuk 9 tahun, Adiknya Farisha 6 tahun, Babby Muhammad Irfan Danial genap setahun 8 Sept ini. Dah semakin membesar budak-budak ni. Karenahnyapun macam-macam. Nanti akak blog berkaitan mereka.
Org lain bekerja juga, jaga anak juga, masak juga tapi ada masa memblog. Tapi akak memanjang blog bersawang, Pengurusan masa tak betul kot??? Mungkin benar.
Kena ubah dan plan strategi betul betul supaya masa yg ada dimanfaatkan dgn betul dan terisi dgn perkara-perkara yg bermanafaat. Tak gitu.
Wasalam..
Wednesday, August 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment