Thursday, November 02, 2006

Pelihara Sel Otak Anda


Percaya atau tidak, semakin kita meningkat dewasa, jumlah sel otak semakin berkurang. Jika sejak lahir kita memiliki beberapa ribu sel otak, jumlahnya akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Pengurangan menjadi semakin cepat jika kita tidak menggunakan sel-sel otak yg ada ke tahap maksimum.

Dari hasil kajian, sel otak hanya akan berkembang pada bahagian yg paling sering digunakan sahaja. Jika anda tidak mahu berlakunya penurunan atau pengurangan sel otak anda, amalkan beberapa tip di bawah :

Aktiviti Fizikal
Lakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti larian marathon atau berjogging. Aktiviti ini akan meningkatkan jumlah sel otak pada hippocampus iaitu di bahagian otak yg mengatur memori dan proses belajar.

Aktiviti Baru dan Berbeza
Lakukan sesuatu aktiviti yg baru seperti mencuba menu makanan yg baru, wangian yg berbeza. Atau, jika anda sering menggunakan tangan kanan utk melakukan kerja, anda boleh cuba menggunakan tangan kiri pula.

Mungkin juga anda boleh cuba mengunjungi tempat-tempat baru, mencipta sesuatu yg baru seperti kraf tangan, seni, atau menulis puisi utk menggalakan proses berfikir, dan mengolah mental.

Makan Ikan
Pengambilan ikan dlm menu anda seminggu juga banyak membantu kerana ikan mengandungi Omega-3. Sekurang-kurangnya, ambil ikan dalam diet anda tiga kali seminggu. Jika bosan memakan ikan, cuba makan minyak ikan. Kebiasaan ini akan membantu peredaran oksigen ke otak dan memperbaiki membrane yg mengelilingi sel otak.

Elakkan dari memakan makanan ringan atau makanan yg mengandungi hydrogenated oils. Lemak mengurangi aliran darah yg kaya dgn oksigen ke otak dan menghambat metabolisme glukosa yg digunakan otak utk berfikir.

Anda boleh juga menggantikan daging atau gorengan dengan ikan atau kekacang.

Cubalah tips ini. Moga-moga sel otak kita akan bertambah bukan sebaliknya.

No comments: