Sunday, October 29, 2006

Diari Terakhir Ramadhan dan Syawal

Hari terakhir Ramadhan.
Bangun seawal jam 6:00 pagi. Lepas mandi dan solat Subuh, terus kemas bilik dan ruang tamu yg belum habis di touch up, pas tu mesin kain baju. Lebih kurang pukul 10:30 pagi bergegas ke dapur menyediakan bahan-bahan dan perencah memasak. Menu Lebaran dah disediakan sejak 2 minggu lalu, rendang ayam, daging masak kicap, serunding daging, sambal goreng, kuah kacang, nasi himpit (ini sajalah yg akak tahu, nak anyam ketupat jauhlah sekali, bebal tol, tak khatam-khatam).

Akakpun mulakan operasi dgn siang, basuh ayam, daging dsbnya, sangai kacang tanah, blender cili, rempah ratus dan lain-lain lagi. Potong itu ini mana yg patut, makan masa gak kerja-kerja nie. Gitu gini dekat jam 12:00 baru siap segala. Bonda akak tolong gak sikit-sikit.

Lepas Zohor barulah akak mula menumis bahan-bahan utk rendang dan serunding dan tanak nasi himpit. Lepas Asar masak kuah kacang dan daging kicap. 'Nap' sekejap sementara tunggu waktu berbuka.

Allhamdulillah dpt juga kita melalui dan mengecapi Ramadhan tahun ini dgn pelbagai dugaan dgn berlapang dada. Lepas Solat Maghrib barulah masak sambal goreng. Siap je lauk pauk dimasak akakpun mulakan tugas bertukar-tukar juadah dgn jiran kiri, kanan depan belakang. Lepas Solat Isya akak dan bonda dan kekanda Alang yg tak pulang ke kg suaminya pun mulalah pot-pet sambil menjamu selera dan menonton tv. Sedar-sedar dah pukul 11:00 malam. Kekanda akak minta diri balik ke rumahnya yg 2 minit berjalan kaki dari rumah akak. Baru teringat baju raya belum gosok lagi. At that time bonda akak dah ngantuk-ngantuk, akak pun suruh bonda masuk tidur sementara akak gosokkan tudung yg nak bonda pakai esok. Akak ralit gosok baju raya dan baju kerja utk seminggu malam tu jugak sambil tengok Sampaikan Aidilfitri, last-last pukul 4:00 pagi baru akak tidoq.

1 Syawal 1427 Hijrah (24 Oct, 2006)
Set jam pukul 5:30 last-last akan bangun pukul 6.10 pagi. Mandi sunat Hari Raya dan solat Subuh. Siapkan juadah atas meja. Santap sikit dan pukul 7:15 akak dan bonda akak dah tercatuk kat Masjid utk Solat Hari Raya. Pukul 8:15 pagi baru solat dimulakan. Dengar khutbah yg tamat pada pukul 9:15.

Ziarah pusara nenda dan adinda-adinda akak di 2 lokasi berasingan di Petaling Jaya bermula pukul 11:40 selesai jam 1:10 t/hari . Lepas ke pusara terus balik ke Puchong, jumpa ayahanda dan kekanda akak. Hajat nak ziarah pusara Allahyarham Hani Mohsin tidak kesampaian sebab kesuntukan masa dan mengantuk yg teramat sangat. Lepas bermaaf-maafan dan santap juadah yg disediakan akak golek-golek dan terus tertidur.

Tunggu kepulangan anak buah aka anak akak ( Muhamad Haris Ikhwan - 3 tahun) pulang dari rumah nendanya di Sekinchan. Ikhwan dijangka pulang raya kedua 25 Oct, tapi adinda akak dan suaminya tak betah tinggal disana dan jam 2:30 ptg anakanda ku telah memeluk erat bahuku melepaskan rindunya kerana telah 2 hari tidak bertemu uminya. Akak pun packing nak balik ke rumah dkt Bdr Sunway. Cuaca pula tak mengizinkan, hujan lebat juga, Last-last akak balik lepas Maghrib.

Apa lagi nak buat dah tinggal sorang-sorang akak bukak tv, tukar-tukar channel, pegi dapur, santap, keluar ke depan belakang, naik atas, turun bawah, santap lagi, lepas tu golek-golek. Pukul 3:00 pagi baru akak tertidoq.

2 Syawal 1427 Hijrah (25 Oct, 2006)
Bangun agak lewat 6:40 pagi. Cuci kain baju, kemas rumah. Buat sarapan nasi goreng pi hantaq rumah Kak Alang coz anak-anak buah bermalam kat rumah dia, cuti panjang depa nak main-main dan sembang-sembang dgn anak Kak Lang yg pinang nan sebatang itu (anak tunggal).

Boring betul, nak berziarah malas, ditambah dgn cuaca yg suam-suam kuku, akak bantai lepak rumah kak Alang 1-2 jam pas tu balik, tengok tv, santap-santap lagi. Belek-belek majalah baru dan lama. Tidoq lagi.

3 Syawal 1427 Hijrah (26 Oct, 2006)
Akak bangun jam 6:30 pagi. Buat rutin macam biasa. Hari ni akak breakfast dgn cucur ikan bilis. Akak hantaq pi rumah Kak Lang. Akak pun ajak depa pi rumah Cik Non (adik perempuan Bongsu akak - Mama Haris). Tiba-tiba terfikir nak ziarah pusara Allahyarham Hani Mohsin akak pun ajak sekali Pak Ucu (adik bongsu akak) yg sedikit sebanyak tahu jugalah selok belok Ampang/ Hulu Klang. Jadiknya pukul 12:20 kamipun bertolak, perjalanan kamipun bermula menuju ke destinasi - Kg Pasir. Lebih tepat lagi ke Tanah Perkuburan Hulu Klang, Pusara Hani Mohsin. Dah cantik.. dah kami melalui Kg Pasir dah lalu dah Masjid Al -Ridzuan tapi sebab tak berapa confident jadinya akakpun tanyalah dgn org seberang yg ada berniaga dibahu jln. Diapun bagi petunjuk akak jln terus, ada sign board Ampang masuk kiri, akak jumpa Asrama Anak Yatim Hulu Klang (dia kata sekolah budak2 - Kuburan tu kat situlah katanya..) Akak pun ikutlah petua tu ... adik nak tau satu kuburan pun enggak ada disitu. Dah pusing2 kat ceruk rantau tu yg ada cuma jln mati. Akak tanya lagi dekat cikgu asrama tu. Cikgu tu dah tunjuk betul, kamu kena buat U turn dekat bawah flyover, lepas tu jln terus, belok kiri, Lepas tu nampak Masjid Al-Ridzuan masuk dlm sikit nanti jumpalah tanah perkuburan. Kami punyalah pandai bukan pi Masjid Al-Ridzuan tapi pusing keliling Masjid Al-Khariah. Sebenarnya akak tak perasan Masjid Al-Ridzuan tu. Lepas tu pusing keliling lagi ke taman perumahan. Jumpa pulak seorg jaga sekolah pi tanya kat Pokcik tu dia bagi petunjuk yg akak rasa tak boleh pakai langsung siap bagi pelan lagi alih-alih bila akak tanya jln yg Pokcik tunjuk ni tuju ke mana. Dia kata Jln Jelatek. Ape ke mendenya???. Akak berhenti sebab nampak adik cuci motor jadi akak pun tanyalah kak adik tu, itupun dia tak berapa confident. Bila akak sebut Masjid Al-Ridzuan kat mana barulah di tunjuk kat luar ada simpang masuk kiri, tanah perkuburan dekat2 situlah. Kenapa dia org tak sebut Tanah perkuburan itu berada di dlm kawasan Masjid tu jugak. Ayoyo bikin gua manyak susah lo. At last lepas Zohor, sampai jugak hajat akak nak ziarah pusara Alllahyarham Hani Mohsin. Cantik pusaranya, marmar putih bertinta emas, bertulis nama, tarikh dan masa pemergiannya.Akak cuba cari pusara bondanya tapi tidak berjumpa.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Bin Mohd Hanafi dan juga Alllayarhamah Hasni Binti Bakar. Amin.



No comments: