Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga berkumpul di Puchong sebab Kak Ngah adakan tahlil arwah dan Birthday Party Edrina juga sambutan Hari Bapa. Dah berapa kali kalau Angah buat kenduri mesti hari hujan. Kak Teh dan Kak Lang dok cakap Angah cepatlah tanggal baju campak atas bumbung. Moga-moga hujan cepat reda. Angah lak cakap Angah bukan nak nikah, petua tu sesuai masa kenduri kawinlah. Di sebabkan Angah tidak menanggalkan dan mencampakkan bajunya seperti nasihat Ateh dan Alang makanya majlis malam itu disimbahi dengan mutiara dari langit. Allhamdulillah. Angah cakap kalau masa bersanding hari hujan, murah rezeki, memang Ngah ko murah rezeki, kalau tak takan org tak kerja boleh beli baju berpasang-pasang sebulan. Tengoklah adinda-adinda kamu ni setahun 2, 3 kali je beli baju.
Majlis malam itu berlangsung secara sederhana sahaja. Rupanya Angah tak jemput ramai tetamu. Cuma Ahli-ahli Surau, jiran-jiran sebelah, kawan-kawan rapat Bang Ngah, Kak Ngah, kawan2 Edrina, Athirah dan Arisah dan keluarga kami serta sepupu-sepupu. Sepupu Cheras tak dtg sebab mennyediakan makanan utk dihantar ke Masjid sempena tahlil Arwah 7 hari utk arwah Pak Lang yg akak gelarkan agen cari jodoh. Allahyarham meninggal Sabtu lepas.
Tapikan Angah bukan nak cakap apalah kan, dalam bab-bab pegi-pegi pasar atau budget membajet ni ko serahlah pada Ateh dan Andak ajo, gerenti tak membazir. Kalau setakat jemputan 150 org Ngah tak payahlah ko berbelanja sakan. Ini idak ko beli ayam, daging cam 500 org punya makan Ngah. Sib baik dia org tapau bawak balik kalau tidak membazir Ngah.
Kak teh dan Alang bermalam rumah bapak malam tu, esoknya kami balik ke Sunway jam 4:30 petang. Sementara Angah, Andak dan emak serta anak2 saudara menziarahi Mak Lang(kakak emak yg no. 2) di Cheras yang baru kematian suaminya itu.
Balik rumah tengok kerja-kerja membaiki paip sedang giat dijalankan oleh Pak cik dan Ucu. Habis tonggang langgang umah dgn kena tebuk sana-sini,habuk seinci.Mana tidaknya bil air akak melambung dari RM16.85 jadi RM70.25 sebulan. Mana peginya air-air itew. Kecian pulak tengok Pak Cik (adik ke 7) dgn Ucu termengah2 dok buat kerja. Pak Cik, Ateh tengok tengah makan nasi goreng kicap, Ucu dok potong pipe PVC. Ampunnnn, Ateh janji nak buat Nasi Lomak lauk ayam utk korang tapi lambat balik pulak. Dah air tak de, Atehpun hanya sempat buat Air dan masak Nasi goreng kampung utk dia org berdua dan juga utk org yg balik ziarah Mak Lang dan berlaukan daging kicap dan ayam goreng rempah yg dibawa dari rumah Angah. Ateh janji hari Khamis nanti Ateh masak sodap-sodap utk kamu ye sebagai upah penat bikin pipe dan upah ongkosnya tunggu dulu yek, Ateh dah bankrapsi sebab awal bulan ini dah perbaiki bumbung yang bocor. Kopak dik akak bulan nie. Sebagai habuannya kamu terimalah dulu duit buat beli beberapa kotak rokok tu dulu ye. Sayang lak akak nak kuarkan duit simpanan Akak. Ko tunggu jelah ujung bulan ni ye.
Dato' (DHA) betul-betul potong stim kita apply cuti Isnin, Selasa dia suruh tunda pulak hari Khamis, Jumaat. Tak patut tau kamu Dato'kalau akak tak perform keja esok kau jgn nak mengamuk, Eden loteh tau Dato. Eden bersih-bersihkan rumah cuci kain, siang ikan bagai pukul 1:30 baru Eden dapat tidur. Itupun dgn kain tak berlipat dan tak berjemur dah tak larat bebenor akak tau.
Nasib baik Hariz, malam tadi tak meragam lepas akak gosok-gosok kaki dan badannya dgn minyak urat dia pun tidor dgn lena sekali. Sekalipun Hariz tak bangun buang air. Baik sungguh anakandaku. Sayang Hariz. Hariz kata pada Ummi, kenapa Ummi jaga Haris Ummi sayang Haris ye. Ya ALLAH tentulah Ummi sayang kat Hariz. Untuk itu Hariz kena janji dgn Ummi, jgn nakal, jgn degil dan Hariz mesti rajin belajar, rajin Solat dan dengar cakap org tua. Tahun depan Hariz dah nak gi School Smart Readers kan. Harizpun angguk. Tapi kenapa Hariz malas nak ngaji, kan Nenek Hajjah tu dtg tiap-tiap hari utk ajar nenek dan Hariz. Lepas nenek ngaji, Hariz ngaji lah pulak. OK nanti Hariz ngaji ye Ummi.
Bersambung.....
Sunday, June 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment