Pagi tadi Kak Teh sampai pejabat Jam 8:35 pagi dan bercadang ke Restoran di Block E untuk tapau Mee Goreng. Lepas pergi Post Office di Block yg sama Kak Teh terus beli juadah utk sarapan pagi.
Sampai di Lobby Block E, Kak Teh nampak 2 lelaki dan beberpa org wanita berada diluar pintu masuk lobby dan setelah diamat-amati Kak nampak seorg wanita terbaring pengsan. Mereka sedang mengerumuni wanita tersebut. Kak bukan kaki sibuk tapi cuba utk membantu, kerana tak sanggup lihat wanita itu ditarik dan dipaksa bangun. Akak merapatinya dan rasa pernafasan di bhg hidungnya, masih ada dan badan masih panas, rupanya wanita itu pengsan.
Wanita warga Indonesia itu adalah pekerja pembersihan yang mungkin tertekan atau menghadapi masalah dlm hidupnya cuba mengelar pergelangan tangannya dengan pisau cukur.
Memang tgnnya dikelar-kelar tapi mungkin lukanya tidak berapa dalam namun darah banyak juga keluar tapi under control. Memandangkan tak ada yg mahu memanggil ambulan atau membantu wanita itu ke klinik. Kak Teh dan beberapa org rakan wanita itu telah mengusungnya dari Lobby Block E, keluar masuk, dan turun naik lift ke Block A.Masa melalui car park Kak Teh dah tak larat dan diganti oleh seorg lagi rakan wanita itu Bayangkan berapa punya jauh, rasanya kami berempat memapahnya ke sana. Wanita itu pengsan utk tempoh 10 minit. Kami semua dah cemas dgn keadaan wanita itu yg tidak bergerak-gerak. Nasib baik lepas keluar dari lift pertama, wanita itu mula sedar dan mengerang. Kami sampai juga ke Klinik yg berada di Tingkat 8. Dan wanita itu dibaringkan di katil pesakit sementara menunggu pemeriksaan doktor. Akak siap pesan pada rakan2 wanita itu supaya jgn biarkan dia berseorangan takut nanti di cuba lagi utk kali kedua.
Rakan-rakan wanita itu tak henti-henti ucap terima kasih pada akak. Akak jumpa jururawat tu dan minta doktor lekas merawat wanita itu. Sambil memaklumkan tentang keadaan tgn wanita itu dan kondisi wanita itu sepuluh minit yg lalu. Jururawat tu tak perasan luka yg ada pada tgn wanita itu disangkakan wanita itu cuma pengsan sahaja, dan memaklumkan pada akak yg wanita itu memang tidak berapa sihat beberapa hari lalu.
Akak tidak tunggu sehingga wanita itu dirawat kerana rasa dah lewat sangat. Akak minta diri pada Nurse dan rakan2 wanita itu dan pesan lagi pada mereka.
Sampai dipejabat tengok2, bilik Dato' dah cerah, nasib baik dia tak tanya apa-apa. Lagipun akak bukan selalu lambat. Maaf ye Dato'. Eh sejak bila pulak akak suka sebut-sebut nama Dato' dlm blog ni ye.
***Walaupun akak pernah mengikuti kursus pertolongan cemas dan bantuan pernafasan tapi bila berhadapan dengan keadaan seperti tadi jadik kelam kabut juga.Akak mendoakan semoga wanita cantik dan kecil molek itu tabah menghadapi dugaan dan situasi hidupnya dan beristifar banyak-banyak.
Tuesday, June 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment