Thursday, August 21, 2008

Rajuk Si Hariz

Ingat lagi tak cerita ummi nak kemaskan baju Hariz dan suruh dia balik rumah MaPanya. Betul-betul Hariz tangkap sentap. Sejak minggu tu dekat seminggu juga Hariz merajuk dengan ummi. Di cium dan ajak bercakappun Hariz tak mahu. Bila dengar bunyi gate dibuka dan namapak ummi terpacul depan pintu dia buat-buat tidor kat sofa. Bila ummi peluk dia tolak tgn ummi. Merajuklah sudah anakku, semuanya gara-gara Hariz malas buat kerja sekolah dan ummi surah dia berkemas kain baju balik ke rumah MaPanya.

Oleh kerana ummi cuti pada jumaat lepas ada hal di bank dan hal rumah, barulah dia nampak happy sikit dan mula berbaik-baik dgn ummi. Hari Jumaat 15/08/2008 tu pulak Hariz terpaksa berada di sekolah jam 3:00 petang, sebab malamnya ada Konsert di Dewan Sivik Jam 7:30 pm, Habis jam 10:00pm. Ummi dan Ci Non dan Isha ke Dewan sivik Jam 6:45pm. Ingatkan bawak air dan makanan sikit nak beri pada Hariz tapi parents tidak dibenarkan berjumpa anak-anak di belakang pentas. Kira macam di kuarantin. Ummi bukan apa bimbang Hariz lapar sebab masa sport day dulu budak-budak tu cuma diberi makan dua potong kecil kek pisang. Tak ada air. Cuba kalian bayangkan budak-budak tengah nak naik dan bersport pulak tu tentu dahagakan. Sebelum pergi uruskan hal rumah siang tadi Ummi siap pesan pada mak surah beri Hariz makan. Mak pun akur dan siap suap Hariz dan Isha dalam pukul 12:00 t/hari. Lepas makan dan tak lama lepas tu dapatlah Hariz tidur sekejap sampai pukul 2:15. ummi sampai rumah dlm pukul 1:30. Transportnya datang dlm pukul 2:30.

Ummi seronok sangat tengok persembahan kanak-kanak Q-d***. Cukup menghiburkan. Setelah dimake upkan Harizlah anak paling handsome dan comel(perasan anakku comel). Dia ambil bahagian dalam Indian Dance. Nanti ummi cuba pastekan gambarnya. Lepas habis acara graduation untuk kanak-kanak 6 tahun. Kami sama-sama nyanyikan lagu Negaraku dan anak-anak dgn lagu Q-d***, Fliptec@Q & En. Gedi with Love kamipun bersurai. Sempat bergambar dgn Hariz dan Ischa. Lepas tu hantar Hariz ke wash room paksa dia buang air.Mak datuk urine Hariz kuning. Ni tentu kurang minum air.Lepas tu bergerak ke Shah Alam untuk supper. Pukul 12:00 midnite baru sampai rumah. Hariz pulak nak tidur dgn Ummi, Jadi terpaksalah Ummi membatalkan hasrat utk ke kursus membuat kek di Selayang. Maaf yek Cik Fatim kerana tak dpt tunaikan janji. Apa-apapun anakku lebih utama. Next time I will join the Course.

bermula pada hari Jumaat itu Hariz tidak lagi merajuk dgn Ummi. Sampai diajak balik tidur dirumah kerana mereka akan bercuti di Gentingpun Hariz tak mahu. Katanya nak tidur dgn Ummi esok pagi ambil Hariz kat rumah Ummi. Balik dari genting Hariz nangis-nangis nak ke rumah mmi nak ceritakan pengalamannya di Genting.Tapi Hariz banyak terlepas permainan sebab lama sangat berendam dlm kolam.

30 Ogos,2008. Kami akan membuat majlis di Puchong pertamanya kerana menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Keduanya meraikan Ulangtahun kelahiran ke-13 Atirah pada 31 Ogos sebenarnya dan akhir sekali tentulah menyambut 51 tahun negaraku MERDEKA.

Menu untuk majlis tersebut adalah Nasi Himpit, Rendang Ayam Kampung, Ayam Goreng KFC, Kuah Lontong, Kuah Kacang beberapa jenis kuih. Ummi plan sama ada nak masak nasi lemak spesial dengan daging dendeng atau Mee Soto Berempah. Tengoklah mood Ummi nanti.

No comments: