Syawal 15 hari tu ummi buat majlis rumah terbuka. Tak sangka majlis yg diideakan secara spontan dan bidan terjun tu dihadiri ramai jiran tetangga lelaki/perempuan dan adik beradik ummi.
Mana tidaknya hari Sabtu tu ummi cuma beli stok bahan basah utk seminggu lebih sedikit drp biasa sementelah aura Raya masih berbaki. Stok ayam dan daging masa raya tupun masih ada lagi. Ummi memang beli stok lebih untuk rumah bapak dan rumah sendiri. Bekalan bahan basah yg ummi bawa ke rumah ayah hari tupun andak tak habis masak. Asyik-asyik beli benda lain dan masak benda lain selain dari ayam dan daging. Raya ke-5 masa kat rumah bapakpun kita org siap sembelih ayam kampung 10 ekor. Tu yg bekalan tak dimasak lagi. Pastu pandai-pandai andaklah nak masak apa.
Sabtu lepas akak cuba masak Mee Kari versi Food Court Haji Don. Weh tak sangka menjadilah pulak. tapi akak tak buat banyaklahkan cuma 3 bungkus mee sahaja. Rasanya dah sama dah. Pastu alang pulak puashati juga dgn rasa mee tersebut.
Masa borak-borak dgn emak lepas mak buka puasa hari terakhir puasa enamnya. Ummi tanya mak rumah kita tak ada org dtgkah. Habis kuih yg banyak-banyak tu sapa nak makan.
Tak adalah kata emak, petang tadi budak-budak yg dtg tulah tamu sulung kita. Kuih yg banyak tu kamulah makan sapa suruh beli banyak-banyak.
Mak ei mau kembong perut makan kuih banyak-banyak.
Pastulah dtg idea nak buat makan-makan. Lepas maghrib terus pergi rumah kak lang sebab nak angkut periuk besar yg dia belum pulangkan masa buat doa selamat bulan ramadhan lepas. Sudahnya ummi bertungkus lumus masak sendirian dgn dibantu oleh emak yg potong-potong bawang dan sayur. Dlm pukul 12 mak masuk tidur. Tinggalah hambo hok sorang-sorang masak nasi impit. dan siapkan segala bahan. Ummi tidur pukul 2 dan pukul 5.30 bangun dan mula masak. Antara juadah hasil tangan ummi adalah nasi impit, rendang ayam, ayam masak kicap, dendeng daging, kuah kacang, sayur lodeh / kuah lontong, kuah kacang dan mee hoon goreng.
Alang adalah bantu sikit-sikit lepas balik dari pasar. Mee Hon 2 kali goreng yg versi alang adalah pedas sesangat. Versi ummi/ateh tak berapa pedas. Sila salahkan cili kering tersebut bukan salah hambo.
Yg seronoknya ada bacaan doa selamat dari Pakcik Nandong (jiran akak yang cacat kakinya) nak juga dia dtg umah akak. Ramai juga jiran lelaki dan isteri-isteri mereka serta anak-anak yang dtg. Sebabnya kita tak sangka org lelaki nak dtg kerana ayah kita tak tinggal dgn kita, kita cuma tinggal dgn mak kita dan anak kita Hariz. Bapak kita cuma wakilkan buah rambutannya sahaja untuk jadi santapan kami.
Kumpulan kedua sapa lagi adik beradik gualah dtg. Semuanya dgn baju warna hijau. Mulanya Ateh main-main aje sms dia org suruh pakai baju hijau. Tak sangka sumanya sporting pakai baju hijau. Malam tu Arisya siap tanya Mak Teh kalau tak pakai baju hijau boleh kah. Secara berseloroh ateh cakap kalau tak ada baju hijau tak boleh dtg. Gempaklah diaorg. Siap mamanya jahitkan baju hijau lagi. Pukul 1 baru anjang tidur siapakan baju hijau Arisya.
Lepas sessi makan-makan apa lagi ateh suruhlah dia org karaoke. Nak pecah rumah wei gamat.
Lagu raya lagi siap nyanyi berkumpulan lagi amek ko. Nanti kita letak gambar ye. Tapi gambar candid masa nyanyi tak de lah pulak.
Malangnya semua org tak boleh lepak lama-lama sebab esok semuanya ada tugasan masing-masing. Hari Isnin beb.
Lain kali Majlis Harijadi Ateh dan kuncu-kuncunya akan dibuat dlm bulan November pada hari Sabtu ye kawan-kawan supaya kalau yg malas balik dan masih lagi nak bertiduran di Sunway masih boleh lagi ye. Atau lokasi seterusnya di Puchong rumah anjang. Anjang boleh tak kita buat BBQ kat porch kamu. Pastu kamu yg kemas rumah. Boleh? Bolehlah anjang.
Tuesday, October 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment