Tuesday, December 29, 2009

Demam Rindu

Ummi demam sejak malam tadi. Tapi gigih juga pergi kerja. Seronok kerja kalau Dato' tak ada. Dpt buat kerja dgn tenang tanpa gangguan.

Hari ni masih demam dan seluruh badan rasa mencucuk-cucuk. Tengoklah kalau masih tak kebah juga jawabnya mc atau ambil cuti separuh hari sahaja.

Ummi demam mungkin sebab rindukan Hariz. Hanya gambar Hariz dlm bilik menjadi pengubat rindu. Masa bfast tadi teringatkan Hariz sampai tak sedar airmata ni menitik. Masa buat entry ni pun still sebak dan menangis. Apa Hariz sedang buat diwaktu-waktu begini.

Terngiang-ngiang suara dan tingkah laku Hariz bila sedang buat latihan maths. 8 in the head 5 in hand equal to 13. Pas tu dia akan renung mata Ummi minta signal betul atau salah. Dan sambung buat lagi begitulah sampai sudah.

Masa malam sabtu masa anniversary Angah tu dia dtg dan meleseh-leseh dekat Ummi. Baring atas pangku pas tu cium Ummi. Masa nak balik tu lepas dah sampai kat muka pintu dia masuk balik kata Ummi panggil Hariz ye. Ummi kata taklah dan pesan suruh Hariz jgn nakal, kena rajin belajar. Hariz lambai-lambai dan melangkah perlahan ke kereta. Rindu jugakah Hariz pada Ummi? Apapun Ummi harap Hariz tak demam macam Ummi.

Kalau tak silap hari ini adalah hari orentasi Hariz. Di sekolah cina gamaknya?

Monday, December 28, 2009

MAAF

Asalamualaikum semua,

Saya memohon kemaafan kepada semua pembaca kerana menggunakan bahasa kasar dalam entry-entry saya sebelum ini kerana pada ketika itu emosi saya terganggu. Dan saya juga tidak akan memadam entry-entry terdahulu dan mahu khalayak menilai sama ada saya telah berubah atau masih di takuk lama. Maafkanlah....

Selepas ini saya berjanji akan menulis dalam bahasa yg lebih bersopan demi menjaga hati semua pihak.

Semoga azam yg saya sematkan dlm sanubari (biarlah rahsia) disamping azam utk mengubah diri akan tercapai dan saya berjanji akan muhasabah diri dan membuang perilaku dan bahasa yg tidak baik.

Doakan penghijrahan saya ye....

Saya akan bersiaran di lain kali.

Wasalam.

Tuesday, December 22, 2009

Perihal Hariz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Sebenarnya Ummi tak tahu nak luahkan kepada siapa masalah ini. Semua ahli keluarga memang membangkang dan tak bersetuju sama sekali dengan keputusan Mak Andeh dan Pak Andeh.

Siapa itu Mak Andeh dan Pak Andeh ? Mereka itu adalah ibu bapa Hariz.

Mak Andeh dan Pak Andeh nekad mahu menyekolahkan Hariz di sekolah kebangsaan Cina. Itupun dia sorok-sorok dari pengetahuan kami semua tetapi Mak Lang telah memberitahu kepada Ummi dan Mak Ngah mengenainya lebih awal.

Nak tahu kenapa keputusan ini diambil ? Sebab Mak Andeh dan Pak Andeh telah mendapat sedikit pujian dari Cikgu Mandrin Hariz yang non berguno itu. Siap ko Valeri bodoh!!!. Katanya Hariz pandai, rugi kalau tak sambung belajar kat sekolah cina? Oleh kerana pujian yg sedikit itu Hariz kelak akan dijadikan bahan ujikaji di dera mental dan fizikal oleh Mak Andeh dan Pak Andeh yg non berguna itu.

Acapkali Hariz menangis bila buat stroke dan belajar tulisan cina dari umur 5 hingga 6 tahun. Nak cakap perkataan cina bagi pensil ke pembaris ke nasik pun tak reti, cikgu bodoh tu kata Hariz pandai. Ummilah yang selalu monitor kerja sekolah Hariz. Satu hari 4 - 5 mukasurat kena buat stroke. Memang Hariz tak pandai mandrin. pernah Ummi tulis nota utk cikgu bodoh itu bahawa " Hariz dont understand any single one of the words". Feel like to stop him from learning mandrin. Dia reply "I will guide him". Memang Hariz tak faham satupun. Bila tunjuk apa tulisan yg dia tulispun tak berbunyi langsung. Katanya Hariz pandai. Untuk BM, BI dan matematik Hariz boleh juga catch up tapi not MANDRIN, Cikgu bodoh. Lepas tu cikgu bodoh tu kata tak apa kalau dia tak pandai saya akan ajar dia, hantar dia rumah saya, saya boleh ajar dia. Kepala hotak kau tiap-tiap malam kena hantar dia ke rumah kau utk siapkan homework ke?. Bodoh. Dua-duapun bodoh Cikgunya bodoh, Mak Paknyapun bodoh. Dah namanya Mak Andeh dan Pak Andeh memang bodoh dan sengal.

Tahu kenapa kami semua memprotes :-

1) Sibodoh tu tak akan hantar Hariz ke sekolah agama. Sebab sekolah agama mula pukul 7.30 tamat jam 11pagi.
2) Sekolah cina mula pukul 10.30 balik kul 5.50ptg.
3) Dia kata akan monitor pelajaran Hariz. tapi Ummi rasa tak kemana kerana sekarang ini Ummi yang terpaksa hantar Hariz pergi mengaji lepas waktu Maghrib, beri Hariz makan dan pastu buat kerja sekolah atau ulangkaj pelajaran.
4) Kami semua beranggapan Si bodoh ni nak menolak agama dan menyogok anak dengan adat budaya cina.
5) Pada kami asas agama masih lagi kami anggap penting. Kerana ramai yg ada asas agama yg kukuh telah berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya.
5) Kalau kau pandai BI tak apa. Standard sekolah rendahpun kau tak lepas anak kau nak kau suruh belajar cina. Kalau kau sebut clown sebagai Klon dan maksudnya Pro..... lagi kau ingat ko terer.
6) Mak (Nenek Hariz) sampai demam mengenangkan nasib Hariz nanti.
7) Mak merajuk dan marah sebab selama hari ini Mak yang ajar Hariz mengaji, kalau harapkan mengaji ditempat mengaji saja tak cukup, Cik Besah ajar sekali lalu sahaja. Harizpun dah pandai mengeja maklum baru 10 bulan hariz mengaji. Mak terkilan dan susah hati.
8) Sekarang ni bila bercakappun Mak asyik sindir-sindir Mak andeh dan Pak Andeh. Tapi kesian tempiasnya kena pada Hariz. Hariz main-main tanya Pak Ngah, Pastu mak cakap Hariz mana tau budi bahasa dan lagi hariz berak lap pakai tisu je. Pastu bila Hariz cerita pasal Hang Tuah 5 bersahabat dia lupa nak sebut nama Hang Kasturi lalu Mak cakap, cina mana tahu pasal hang Tuah. Esok dia belajar sejarah cina bukan melayu.
9) Hariz asyik ulang-ulang cakap camana kalau Hariz tak tahu buat kerja sekolah. Sapa nak ajar? Kalau Hariz tak tahu nanti papa marah dan pukul Hariz, sakit tau Ummi. Sambil airmatanya bergenang. Kasihan Hariz, Ummi tak boleh buat apa-apa nak utk tindakan si bodoh itu.
10)Sekarang ini Mak memang tak bercakap dengan Andeh berdua tu sebab sakit hati sangat. Bila time balik dan ambil anaknya Mak tak akan turun , Mak duduk dalam bilik aje sebab benci dgn perangai Andeh.
11) Kita risaukan makanan Hariz nanti.
12)Mak siap cakap kat Hariz kalau kau sekolah cina nenek tak nak siapkan kau,pandai-pandailah kau siap sendiri. Tlg cakap dgn Mak kau. Bila Hariz cakap, Andeh kata tak apa dia akan siapkan.
13)Andeh tak pernah ajar anak solat, sebab Andehpun tak solat dan tak pernah nak hormat waktu solat. Time azan bunyi time tulah dia menyakat anak. Terkejut pada satu hari dirumahnya Hariz minta berhenti sekejap masa ulangkaji sebab Hariz nak solat. Lepas Hariz perform solat dia sambung belajar. Terperanjat bila Hariz baca doa tidur masa kat rumah. Semua itu asuhan siapa? Kakak kau yg tak laku nilah. Ko ada.
14) Andeh anggap dirinya hebat sebab menjawat jawatan bank officer. Kalau takat SPM, pronunciation BI pun tak betul apa lu ingat banyak bagus. Kalau hapak kau yg belajar takat S.. tak tahu pas ke tidak dan kerja cam tu kau angap bagus sangat, pegilahh..
15)Kau tak kasik anak kau sekolah kat mana ada anak saudara atau anak-anak jiran kau sekolah. Nak tunjuk kau banyak duit, standard. pegilah kalau kau banyak duit kenapa hutang peribadi kau ngan alang (Duit ASB) lagi kau tak bayar dah dekat 5 tahun dah. kalau kau tak ambik duit tu tentu simpanan ASB alang dah berkepuk. Ini tidak bila alang sebut aje nak pakai duit kau berdua siap gaduh laki bini depan alang. macam alang pulak yg pinjam duit kau. Duit kutu aqiqaqh ada kau simpan rekod bayarannya? Sudahlah kau memang tak boleh jadi pemimpin. Diri dan keluarga kaupun tak boleh nak manage ini kau nak manage duit dan org lain. Sedar,sedarlah diri tu sikit.

Kesian, kesian, kesian.... Hariz.

Monday, December 07, 2009

Sayang Hariz

Minggu lepas selepas AidilAdha Dang sambung cuti sehingga Isnin. Hari Selasa macam biasa masuk kerja. Tup tup malam tu lepas berbuka kepala rasa semacam pening tak tentu arah.



Esoknya bangun pagi nak solat Subuh, masa sujud tu kepala berpusing macam marry go round. Dang tertonggeng kat situ juga. Pastu rasa nak muntah dan berpeluh-peluh. Terus sms Dato' kata hari ni mc. Siap-siap mandi nak gi klinik, dlm bilik airpun rasa nak pengsan. Dang layan tidur dulu dan tiap kali bila cuba bangun pening cam nak pengsan. Dlm pukul 1.45 gagahkan diri

nak gi klinik tapi JK offerkan diri nak hantar Dang. Penuhlah satu kereta ngan anak-anak. Dan Dang pesan tak payahlah tunggu nanti Dang boleh balik dgn Adrianna (Erin). So dptlah mc dua hari.



Rupa-rupanya tekanan darah tinggi gamaknya. 90/140. Biasanya tekanan darah Dang rendah 60/120 gitu, bacaan masa bulan puasa lepas. Pelik pulak rasanya tetiba tekanan darah tinggilah pulak tulah sebabnya pening-pening nak pengsan. Tak pulak makan ayam dan daging byk-byk masa raya hari tu.



Bila Hariz asyik tengok Umminya asyik baring dan pening kepala dia pun kasihan agaknya. Naka tahu apa yg terluncur dari mulutnya.



Hariz : Ummi, Ummi sakit eh?

Ummi: Ya, Ummi sakit kepala lah syg.

Hariz : Hariz picit pala Ummi ye?

Ummi: Oklah tapi kalau Hariz penat berhentilah, Ummi dah lega sikit tadi kak Erin dah picit.

Hariz : Kalau Ummi bagi sakit Ummi kat Hariz boleh tak?

Ummi : Tak terkata menitis airmata Ummi, sayang sungguh Hariz pada Ummi sampai sanggup nak tanggung kesakitan Ummi.



Ummi apa lagi cium dan peluk hariz kuat-kuat, seraya berkata takapalah biar ummi yg tanggung hariz tak patut tanggung semua ni, Hariz masih kecil lagi. Terima kasih Hariz, Hariz sayang Ummi ye.



Hariz : Ummi, Ummi, Hariz sayang, sayang, sayang........... Ummi. sampai bila-bila sampai Hariz besar tau Ummi.



Terharu sungguh, sungguh......mendlm.