Ummi demam sejak malam tadi. Tapi gigih juga pergi kerja. Seronok kerja kalau Dato' tak ada. Dpt buat kerja dgn tenang tanpa gangguan.
Hari ni masih demam dan seluruh badan rasa mencucuk-cucuk. Tengoklah kalau masih tak kebah juga jawabnya mc atau ambil cuti separuh hari sahaja.
Ummi demam mungkin sebab rindukan Hariz. Hanya gambar Hariz dlm bilik menjadi pengubat rindu. Masa bfast tadi teringatkan Hariz sampai tak sedar airmata ni menitik. Masa buat entry ni pun still sebak dan menangis. Apa Hariz sedang buat diwaktu-waktu begini.
Terngiang-ngiang suara dan tingkah laku Hariz bila sedang buat latihan maths. 8 in the head 5 in hand equal to 13. Pas tu dia akan renung mata Ummi minta signal betul atau salah. Dan sambung buat lagi begitulah sampai sudah.
Masa malam sabtu masa anniversary Angah tu dia dtg dan meleseh-leseh dekat Ummi. Baring atas pangku pas tu cium Ummi. Masa nak balik tu lepas dah sampai kat muka pintu dia masuk balik kata Ummi panggil Hariz ye. Ummi kata taklah dan pesan suruh Hariz jgn nakal, kena rajin belajar. Hariz lambai-lambai dan melangkah perlahan ke kereta. Rindu jugakah Hariz pada Ummi? Apapun Ummi harap Hariz tak demam macam Ummi.
Kalau tak silap hari ini adalah hari orentasi Hariz. Di sekolah cina gamaknya?
Tuesday, December 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment