Minggu lepas selepas AidilAdha Dang sambung cuti sehingga Isnin. Hari Selasa macam biasa masuk kerja. Tup tup malam tu lepas berbuka kepala rasa semacam pening tak tentu arah.
Esoknya bangun pagi nak solat Subuh, masa sujud tu kepala berpusing macam marry go round. Dang tertonggeng kat situ juga. Pastu rasa nak muntah dan berpeluh-peluh. Terus sms Dato' kata hari ni mc. Siap-siap mandi nak gi klinik, dlm bilik airpun rasa nak pengsan. Dang layan tidur dulu dan tiap kali bila cuba bangun pening cam nak pengsan. Dlm pukul 1.45 gagahkan diri
nak gi klinik tapi JK offerkan diri nak hantar Dang. Penuhlah satu kereta ngan anak-anak. Dan Dang pesan tak payahlah tunggu nanti Dang boleh balik dgn Adrianna (Erin). So dptlah mc dua hari.
Rupa-rupanya tekanan darah tinggi gamaknya. 90/140. Biasanya tekanan darah Dang rendah 60/120 gitu, bacaan masa bulan puasa lepas. Pelik pulak rasanya tetiba tekanan darah tinggilah pulak tulah sebabnya pening-pening nak pengsan. Tak pulak makan ayam dan daging byk-byk masa raya hari tu.
Bila Hariz asyik tengok Umminya asyik baring dan pening kepala dia pun kasihan agaknya. Naka tahu apa yg terluncur dari mulutnya.
Hariz : Ummi, Ummi sakit eh?
Ummi: Ya, Ummi sakit kepala lah syg.
Hariz : Hariz picit pala Ummi ye?
Ummi: Oklah tapi kalau Hariz penat berhentilah, Ummi dah lega sikit tadi kak Erin dah picit.
Hariz : Kalau Ummi bagi sakit Ummi kat Hariz boleh tak?
Ummi : Tak terkata menitis airmata Ummi, sayang sungguh Hariz pada Ummi sampai sanggup nak tanggung kesakitan Ummi.
Ummi apa lagi cium dan peluk hariz kuat-kuat, seraya berkata takapalah biar ummi yg tanggung hariz tak patut tanggung semua ni, Hariz masih kecil lagi. Terima kasih Hariz, Hariz sayang Ummi ye.
Hariz : Ummi, Ummi, Hariz sayang, sayang, sayang........... Ummi. sampai bila-bila sampai Hariz besar tau Ummi.
Terharu sungguh, sungguh......mendlm.
Monday, December 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment