Harap maaf kebelakangan ini Ummi bz sesangat sampaikan tak ada masa nak mengupdate walau telah berjanji utk mengupdate mengenai proses renovasi.
Agak disapointted sebab duit dah habis RM15K tapi rumah tak tegak lagi. Mengalahkan nak bina bangunan 10 tingkat. Proses meroboh dan piling sahaja sudah makan masa sebulan. Pekerja 4 org. Cik Mat ni memang lembablah pehtu terasa mahallah pulak. Sepatutnya kalau ikut schedule Mr. Wuu RM15 ribu dah siap slab, roofing dan tangga. Kita pilih Melayu sbb nak tlg melayu tapi kerja sooooo slow. Mahal lagi ada. Apa ni Cik Mat nanti duit simpanan habis rumah tak siap lagi. Saya tak hendaklah nak buat pinjaman bank ke apa.
Hari ni pun perut tengah meragam. Agaknya tersalah makan. Makan nasi lemak mamak kat Mahkota. Biasalah sambal mamak kan sedikit masam dan penuh dgn bawang. Agaknya perut ni tak tahan. Dah mencirit 3 kali dah. Uhhh mau mencirit lagi ni. Semacam je perut ni memulas.
Apa yg dibuat serba tak kena. Kerja di pejabat ok taklah bz sgt berbanding masa nak siapkan benda-benda utk audit. Tunggulah pulak query pasal audit nanti tentu semakin bz.
Biar Ummi settlekan dulu kerja-kerja kat ofis. Nanti boleh sambung memblog lagi.
Tata, Titi, Tutu.....
Tuesday, March 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment