Umi teringin nak pakai busana macam ni. Dah ada dlm simpanan. Agak-agaknya sesuaikah utk wanita bertudung ? Sudah tentu dipakai dgn tube dan tudung labuh. Sila beri pandangan.
Semalam Ummi minta Kak Lang tlg ambilkan baju kebaya yg ditempah 3 minggu lepas. Bila Ummi belek-belek rasa cam tak muat je. Pastu Ummi bawa balik dan trylah. Hampeh betullah ahso tu adakah dia buat fit-fit aje. Bila Mak tengok dia kata ok, potongan kemas. Tapi Ummi yg menyarungkan kebadan rasa macam sesak nafas. Kat bahagian dada langsung tak ada ruang. Basi baju tu pulak tak berapa besar. Ummi dah pesan masa ambil ukuran tu saya tak mahu fit sangat saya mahu longgar. Panjang baju habis ukuran kain. Tapi dah jadi kebaya pendeklah pulak dah tu bajunya dipotong menirus. Bukaan pada tangan bajupun kecil. Nak selak ambil wudukpun susah. Apa punya ahsolah. Itu yg Kak Lang kata dia buat baju sedap dipakai. Sudahlah upah jahit RM50. Mahal sepuluh ringgit dari Kakak sebelah rumah.
Tapi Kakak sebelah rumah tu buat lagi sedap. Besar dan berangin. Ini dah tentu kes mintak ahso tu alter balik. Bukak semula tepi jahitan dan jahit semula. Kalau tak pesan lain cerita ini dah pesan byk kali. Memang kamu tailor yg Ummi dah reject langsung. No more tempah baju dgn kamu ahso. Terbantut Ummi nak buat baju tuk raya. Kalau panjang umur. Insyallah.
No comments:
Post a Comment