Semalam juga Ummi dan emak marathon nonton CD/DVD.
Mula-mula kita layan CD karaoke lama-lama. Pehtu nonton Niyang Rapik. Oklah juga ceritanya seramlah juga. berjayalah juga pengarahnya suruh kita berfikir siapa sebenarnya yg menghamilkan Liyana Jasmy (LJ-laila nama dia dlm cerita tu). Pehtu Ummi sambung tengok Pisau cukur tapi CD ke-2 tak habis tengok sebab dah masuk waktu maghrib. Harus tengok malam ni. Selain tu ada DVD yg menanti Evolusi KL Drift 2, Valentine Day dan 2 lagi yg Ummmi tak ingat judulnya.
Semalam Ummi hanya buat cucur pisang utk b/fast. Tengah hari tak masak, Makan lauk semalam sahaja. Ikan kelisi masak taucu, Tongkol masa asam dgn terung, telur mata kerbau, ikan bilis goreng dgn cili dan bawang serta sambal belacan. Malamnya pulak kami dua beranak makan Maggi kari dgn telur dan fish cake dan taruk cili api byk-byk. Sudahnya belum azan Subuh perut dah memulas.
Sekian, sampai bersiaran di lain kali.
Sunday, May 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment