Thursday, October 27, 2011

Cuti

Anak akak sdg bercuti dari Sek Kebangsaan sejak hari Selasa hingga Jumaat. Tapi kenapa ek Sekolah Agama pulak mengadakan peperiksaan dalam Minggu ini. Tidak kah Guru Beso dan guru-guru kecik kat sekolah agama tu telek kalender. Bukankah minggu ini org hindu baru merayakan Depavali pada Rabu lepas. Tak peka langsung, kalau diberi cuti pjg tentu anak- anak kami akan dapat bercuti-cuti Malaysia saat ini.

Di Sekolah Agama ini juga banyak insiden-insiden berlaku kepada anak akak, anak saudara dan kawan-kawan anak akak.

Insiden 1

Anak akak jatuh longkang bila nak pergi makan dikantin Sekolah awal tahun ini. Masa kena cikgu langsung tak bawa ke klinik atau telephone memaklumkan perkara ini. Luluh hati akak dan sedih bila tengok anak balik dgn mata dan tulang pipi lebam dan terkoyak kulitnya. Lebam-lebam juga ditangan. Bertanda mukanya sehingga kini.

Insiden 11

Anak akak menceritakan budak sekolah agama itu dimarahi oleh seorang ibu kepada kawannya kerana telah dua kali pada hari yg berlainan menyepak kepala anaknya. Menyepak ye kawan-kawan, bukan sekeh atau tonjol. Ini berlaku di Sekolah Agama, mana kurangnya tunjuk ajar sehingga kaki sampai ke kepala. Sudah tentu ibu itu amat marah dan tidak mahu memaafkan perbuatan budak itu. Salah siapa Ibubapa kerana kurang mendidik, Guru gagal beri tunjuk ajar atau anak itu yang memang tak makan saman ?

Insiden 111

Sewaktu makan anak akak duduk di taman permainan dlm kawasan sekolah itu berhampiran dengan jongkang jongkit sebab katanya kantin tak cukup tempat duduk. Seorang kawan telah melepaskan dan menghentak jongkang jongkit tersebut dan mengenai peha anak saya. Bila balik pehanya biru lebam sebesar kelapa madu. bayangkan kesakitan yang dirasainya. Akak cuba juga cover dan merasakan ada kesalahan juga dipihak anak akak sebab tempat dia menjamu selera tu amat tidak sesuai dan bahaya.

Insiden 4

Anak buah perempuan ditolak oleh seorg kawanya ketika berjalan menuju ke kantin dengan kawanya, Ditolak dari belakang dengan kuat dan jatuh tersungkur hingga tapak tanganpun terkoyak.

Apalah nak jadi dgn budak-budak sekarang ni, kecik kecik lagi dah tunjuk samseng. Filemkah yg banyak beri cerminan buruk kepada anak-anak kita? Zaman-zaman kita dulu pernah tak perkara ini berlaku di Sekolah. Tentu tidak. Sebabnya kita dulu diajar tentang sivik / tata rakyat dsbnya. Sekarang adakah anak-anak kita diajar matapelajaran Sivik? Mungkin saya kurang peka kot. Tak tahulah di mana silapnya. Memang cabaran besar untuk mendidik anak-anak pada zaman milinieum ini kan.

No comments: