Tuesday, October 25, 2011

Ohhh Hoooo Hoiii

Dah ingat semula passwordnya horeyyyy. Itu tandanya kena berblog selalu. Kalau tidak tentu hilang ingatan balik.

Hari ni kena balik lambat. Sebabnya kena tunggu bebudak unifi nak install unifi kat office. Katanya 2 jam selesailah. Terpaksalah akak jadi mak guard menunggu mereka mereka menghabiskan pemasangan. Biar semuanya settle hari ni juga. Lambatpun lambatlah. Untuk itu akak ada waktu untuk berblog sekejap. Padahal ada banyak keje nak buat ni.

Sekarang jam menunjukkan pukul 5.32pm tapi akak masih belum solat asar lagi. kejap lagi akak solatlah pehtu boleh sambung buat keje. Nak mengemas cubical juga sebab akak dah pindah balik ke tempat mula mula akak bertugas. Banyak khazanah khazanah lama dah akak buangkan. nampak cubical akak sekarang ni lebih teratur berbanding dulu.

Tadi dpt call dari C#$i!&i katanya perabot akak akan sampai hari sabtu diantara jam 12 noon sehingga 2 pm. Tarikh tu akak yang pilih walaupun wangnya sudah 2 minggu dibayar. Kerana hanya sabtu minggu ini sahaja akak akan free dan selepas siap berkemas bilik dan sediakan ruang agar perabot ini dpt diletakkan di tempat yg sepatutnya. Oklah akak nak solat sekejap. Sampai jumpa lagi.

No comments: