Sunday, October 29, 2006

Diari Terakhir Ramadhan dan Syawal

Hari terakhir Ramadhan.
Bangun seawal jam 6:00 pagi. Lepas mandi dan solat Subuh, terus kemas bilik dan ruang tamu yg belum habis di touch up, pas tu mesin kain baju. Lebih kurang pukul 10:30 pagi bergegas ke dapur menyediakan bahan-bahan dan perencah memasak. Menu Lebaran dah disediakan sejak 2 minggu lalu, rendang ayam, daging masak kicap, serunding daging, sambal goreng, kuah kacang, nasi himpit (ini sajalah yg akak tahu, nak anyam ketupat jauhlah sekali, bebal tol, tak khatam-khatam).

Akakpun mulakan operasi dgn siang, basuh ayam, daging dsbnya, sangai kacang tanah, blender cili, rempah ratus dan lain-lain lagi. Potong itu ini mana yg patut, makan masa gak kerja-kerja nie. Gitu gini dekat jam 12:00 baru siap segala. Bonda akak tolong gak sikit-sikit.

Lepas Zohor barulah akak mula menumis bahan-bahan utk rendang dan serunding dan tanak nasi himpit. Lepas Asar masak kuah kacang dan daging kicap. 'Nap' sekejap sementara tunggu waktu berbuka.

Allhamdulillah dpt juga kita melalui dan mengecapi Ramadhan tahun ini dgn pelbagai dugaan dgn berlapang dada. Lepas Solat Maghrib barulah masak sambal goreng. Siap je lauk pauk dimasak akakpun mulakan tugas bertukar-tukar juadah dgn jiran kiri, kanan depan belakang. Lepas Solat Isya akak dan bonda dan kekanda Alang yg tak pulang ke kg suaminya pun mulalah pot-pet sambil menjamu selera dan menonton tv. Sedar-sedar dah pukul 11:00 malam. Kekanda akak minta diri balik ke rumahnya yg 2 minit berjalan kaki dari rumah akak. Baru teringat baju raya belum gosok lagi. At that time bonda akak dah ngantuk-ngantuk, akak pun suruh bonda masuk tidur sementara akak gosokkan tudung yg nak bonda pakai esok. Akak ralit gosok baju raya dan baju kerja utk seminggu malam tu jugak sambil tengok Sampaikan Aidilfitri, last-last pukul 4:00 pagi baru akak tidoq.

1 Syawal 1427 Hijrah (24 Oct, 2006)
Set jam pukul 5:30 last-last akan bangun pukul 6.10 pagi. Mandi sunat Hari Raya dan solat Subuh. Siapkan juadah atas meja. Santap sikit dan pukul 7:15 akak dan bonda akak dah tercatuk kat Masjid utk Solat Hari Raya. Pukul 8:15 pagi baru solat dimulakan. Dengar khutbah yg tamat pada pukul 9:15.

Ziarah pusara nenda dan adinda-adinda akak di 2 lokasi berasingan di Petaling Jaya bermula pukul 11:40 selesai jam 1:10 t/hari . Lepas ke pusara terus balik ke Puchong, jumpa ayahanda dan kekanda akak. Hajat nak ziarah pusara Allahyarham Hani Mohsin tidak kesampaian sebab kesuntukan masa dan mengantuk yg teramat sangat. Lepas bermaaf-maafan dan santap juadah yg disediakan akak golek-golek dan terus tertidur.

Tunggu kepulangan anak buah aka anak akak ( Muhamad Haris Ikhwan - 3 tahun) pulang dari rumah nendanya di Sekinchan. Ikhwan dijangka pulang raya kedua 25 Oct, tapi adinda akak dan suaminya tak betah tinggal disana dan jam 2:30 ptg anakanda ku telah memeluk erat bahuku melepaskan rindunya kerana telah 2 hari tidak bertemu uminya. Akak pun packing nak balik ke rumah dkt Bdr Sunway. Cuaca pula tak mengizinkan, hujan lebat juga, Last-last akak balik lepas Maghrib.

Apa lagi nak buat dah tinggal sorang-sorang akak bukak tv, tukar-tukar channel, pegi dapur, santap, keluar ke depan belakang, naik atas, turun bawah, santap lagi, lepas tu golek-golek. Pukul 3:00 pagi baru akak tertidoq.

2 Syawal 1427 Hijrah (25 Oct, 2006)
Bangun agak lewat 6:40 pagi. Cuci kain baju, kemas rumah. Buat sarapan nasi goreng pi hantaq rumah Kak Alang coz anak-anak buah bermalam kat rumah dia, cuti panjang depa nak main-main dan sembang-sembang dgn anak Kak Lang yg pinang nan sebatang itu (anak tunggal).

Boring betul, nak berziarah malas, ditambah dgn cuaca yg suam-suam kuku, akak bantai lepak rumah kak Alang 1-2 jam pas tu balik, tengok tv, santap-santap lagi. Belek-belek majalah baru dan lama. Tidoq lagi.

3 Syawal 1427 Hijrah (26 Oct, 2006)
Akak bangun jam 6:30 pagi. Buat rutin macam biasa. Hari ni akak breakfast dgn cucur ikan bilis. Akak hantaq pi rumah Kak Lang. Akak pun ajak depa pi rumah Cik Non (adik perempuan Bongsu akak - Mama Haris). Tiba-tiba terfikir nak ziarah pusara Allahyarham Hani Mohsin akak pun ajak sekali Pak Ucu (adik bongsu akak) yg sedikit sebanyak tahu jugalah selok belok Ampang/ Hulu Klang. Jadiknya pukul 12:20 kamipun bertolak, perjalanan kamipun bermula menuju ke destinasi - Kg Pasir. Lebih tepat lagi ke Tanah Perkuburan Hulu Klang, Pusara Hani Mohsin. Dah cantik.. dah kami melalui Kg Pasir dah lalu dah Masjid Al -Ridzuan tapi sebab tak berapa confident jadinya akakpun tanyalah dgn org seberang yg ada berniaga dibahu jln. Diapun bagi petunjuk akak jln terus, ada sign board Ampang masuk kiri, akak jumpa Asrama Anak Yatim Hulu Klang (dia kata sekolah budak2 - Kuburan tu kat situlah katanya..) Akak pun ikutlah petua tu ... adik nak tau satu kuburan pun enggak ada disitu. Dah pusing2 kat ceruk rantau tu yg ada cuma jln mati. Akak tanya lagi dekat cikgu asrama tu. Cikgu tu dah tunjuk betul, kamu kena buat U turn dekat bawah flyover, lepas tu jln terus, belok kiri, Lepas tu nampak Masjid Al-Ridzuan masuk dlm sikit nanti jumpalah tanah perkuburan. Kami punyalah pandai bukan pi Masjid Al-Ridzuan tapi pusing keliling Masjid Al-Khariah. Sebenarnya akak tak perasan Masjid Al-Ridzuan tu. Lepas tu pusing keliling lagi ke taman perumahan. Jumpa pulak seorg jaga sekolah pi tanya kat Pokcik tu dia bagi petunjuk yg akak rasa tak boleh pakai langsung siap bagi pelan lagi alih-alih bila akak tanya jln yg Pokcik tunjuk ni tuju ke mana. Dia kata Jln Jelatek. Ape ke mendenya???. Akak berhenti sebab nampak adik cuci motor jadi akak pun tanyalah kak adik tu, itupun dia tak berapa confident. Bila akak sebut Masjid Al-Ridzuan kat mana barulah di tunjuk kat luar ada simpang masuk kiri, tanah perkuburan dekat2 situlah. Kenapa dia org tak sebut Tanah perkuburan itu berada di dlm kawasan Masjid tu jugak. Ayoyo bikin gua manyak susah lo. At last lepas Zohor, sampai jugak hajat akak nak ziarah pusara Alllahyarham Hani Mohsin. Cantik pusaranya, marmar putih bertinta emas, bertulis nama, tarikh dan masa pemergiannya.Akak cuba cari pusara bondanya tapi tidak berjumpa.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Bin Mohd Hanafi dan juga Alllayarhamah Hasni Binti Bakar. Amin.



Thursday, October 19, 2006

Airmata Syawal

Sayu... hati ini makin sayu
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Buat insan yg masih memiliki ayah dan bonda sering-seringlah menziarahi dan limpahi kedua mereka dgn kasih sayang dan perhatian tanpa berbelah bagi. Selagi ada hayat mereka, ceriakanlah hari-hari yg dilalui mereka dgn perkara paling indah. Peristiwa indah ini sahaja yg akan menjadi memori terpahat dihati apabila ketiadaan mereka nanti. Sesungguhnya kasih ayah bonda tiada tolok bandingnya di dunia ini. Moga hambamu ini tergolong di dalam golongan org yang mengutamakan ayah bonda. InsyaAllah.

Tuesday, October 17, 2006

Luka dihati Alia

Alia nekad utk berhadapan dengan Abah apabila Abah pulang nanti. Abah telah berlaku tidak adil pada Alia dan Mama. Sejak dari saat Mama memberi izin kpd Abah utk berkahwin lagi, tumpuan Abah kepada keluarga sebelah sini amat kurang. Semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.Abah sentiasa beralasan bahawa Alia telah dewasa dan hampir mencecah usia 18 tahun. Sedangkan ketiga-tiga anak gadis Abah di keluarga sebelah sana masih kecil-kecil lagi maka mereka lebih memerlukan kehadiran dan perhatian Abah berbanding Alia.

Namun bagaimana dgn Mama. Mama juga isteri Abah. Mama isteri pertama Abah yg telah berkorban kasih dgn memberi izin Abah dan perempuan itu utk berkahwin.

Sebelum ini Mama masih sihat dan Alia sentiasa berada di rumah menemani Mama. Kini keadaan sudah berubah. Mama amat menderita dan sedang di dlm kesakitan yg amat sangat sedangkan Alia bakal meninggalkan Mama September nanti utk melanjutkan pelajaran di Canberra. Siapa akan menjenguk kesihatan Mama? Abah makin lepas tangan sementelah Mama bertahun-tahun mendiamkan diri dgn tindakan Abah. Perkara sebegini tidak boleh didiamkan lagi. Sikap melampau Abah yg semakin menjadi-jadi harus bernokhtah. Abah seharusnya akur dgn tanggungjawab Abah walaupun tidak kepada Alia tetapi sekurang-kurangnya kpd Mama yg semakin tenat.

Resah

Pada suatu hari selepas solat Asar, Alia cuba menduga Mama. “Bila Abah nak balik ?. Dah lebih dua bulan Alia langsung tak nampak Abah.”

“Entah Alia,” hanya itu dua patah jawapan Mama. Nada Mama mendatar dan bersahaja menjawab soalan anak gadisnya itu. Namun ada riak resah di wajah Mama. Mama kelihatan agak gelisah seolah-olah tidak mahu perkara itu dipanjangkan.

“Abah tak adil kan Ma…,” getus Alia tiba-tiba dgn suara yg agak meninggi. Wajah tua Mama yg berusia di pertengahan 40an itu direnungnya dalam-dalam. Mama kelihatan terkejut dgn kenyataan Alia yg secara tiba-tiba itu.

Getaran

“Biarlah Alia… sama ada Abah ada di sini atau tidak bukan isu penting dlm keluarga kita. Tanpa Abah pun Alia dah berjaya. Lia akan tetap meneruskan pelajaran hingga ke Australia tak lama lagi. Di sana nanti bukan saja tak ada Abah tapi Mama pun tak ada juga.”

Mama cuba memujuk Alia sambil mengubah pokok perbualan. Mama berpura-pura dgn sikap tidak apa dan tidak mengapa. Amat payah utk menyelami hati dan perasaan Mama. Namun getaran suara Mama bernada sedih. Amat pilu, Alia amat mengerti penderitaan Mama.

“Alia bercakap bukan utk diri sendiri Ma… tapi Mama tak sihat… Abah tak patut buat kita macam ni. Terlalu lebihkan anak dan keluarga sana.. sedangkan Mama,” Alia mengeluh. Dada Alia tiba-tiba merasa sebak. Alia terdiam secara tiba-tiba. Tak sanggup rasanya utk meneruskan kata-kata.

Suasana sepi seketika. Perlahan-lahan air mata Alia mengalir tanpa dpt ditahan lagi. Alia menangis. Alia menjadi semakin keliru. Air mata yg mengalir itu kerana Abah atau utk Mama.

Perlahan-lahan Mama dtg menghampiri Alia. Dipeluknya anak gadis kesayangannya itu kemas-kemas seolah-olah tidak akan dilepaskan lagi. “Anak Mama harus kuat…. Selama ini pun semua dugaan telah kita tempoh bersendirian tanpa Abah… buktikan diri Alia,” Mama berkata perlahan memujuk Alia. Mama mengulangi kata-kata semangat buat anak gadisnya.

Tanggungjawab

Suara Abah kedengaran marah-marah di hujung talian apabila Alia menghubungi Abah petang tadi. Alia benar-benar telah hilang sabar dengan seribu alasan Abah utk tidak pulang ke rumah.

“Dah lama sangat kami tak jumpa Abah. Dua minggu Mama di hospital tapi Abah langsung tak jenguk. Alia nak berbincang dgn Abah tentang tanggungjawab,” ujar Alia tiba-tiba dgn tegas dan nada yg sengaja dikeraskan.

Abah terkejut dgn serangan Alia secara tiba-tiba itu.

“Abah tak ada masa. Semua tanggungjawab dah Abah tunaikan. Alia pun dah pandai… nak ke luar negara pun.. apa lagi yg Alia nak persoalkan tentang tanggungjawab Abah?” potong Abah dgn nada marah setelah terdiam seketika. Ternyata Abah tersinggung dgn kata-kata Alia.

“Anak-anak Abah di sini masih kecil-kecil belaka. Alia mesti faham keadaan Abah,” rungut Abah lagi utk membela tindakannya.

“Mama sakit teruk.. Abah langsung tak ingatkan Mama…. Abah lepas tangan. Alia dpt rasakan yg hidup Mama juga dah tak lama… tolonglah… kasihan Mama.” Selesai perkataan yg terakhir itu dituturkan, Abah terus mematikan talian. Ternyata Abah amat tidak bertimbang rasa terhadap Mama. Abah langsung tidak memikirkan kesihatan Mama atau kebajikan Alia. Alia benar-benar hampa dgn sikap Abah.

Alia semakin nekad. Demi Mama, Abah pasti akan berhadapan dgnnya sebelum September ini. Azam Alia bersngguh-sungguh. Abah mesti dingatkan dgn tanggungjawabnya.

Merayu

Mama masuk hospital lagi. Kali ini lebih lama. Alia semakin risau. Abah entah ke mana. Tidak sekalipun Mama pernah menyebut atau meminta Alia memanggil Abah utk menjenguknya. Alia akur Mama terlalu menderita. Air mata Mama telah kering utk menangisi Abah ataupun penyakitnya yg semakin melarat.

Di hospital Mama hanya berbaring lesu. Sekali sekala Mama menasihati Alia utk terus, belajar walau apa pun yg bakal terjadi pada Mama. Berkali-kali Mama nasihatkan Alia utk terus pergi ke Canberra jika masanya telah tiba walaupun terpaksa tinggalkan Mama di katil hospital. Namun tangan Mama tidak lepas-lepas mengusap rambut Alia. Alia semakin sayu setiap kali menatap Mama.

Hari ini sahaja telah tiga kali Alia menyampaikan pesan kpd Abah memaklumkan kesihatan Mama.

“Datanglah Abah, Mama dah semakin tenat ni.. tolonglah,” rayu Alia berkali-kali. Namun sikap Abah tidak berubah. Abah seolah-olah sebutir batu keras yg amat kaku. Abah tetap tidak muncul-muncul.

“Kata doktor Mama dah tak lama lagi Abah. Mama dah tak mampu utk bercakap lagi. Tolonglah Abah…,” rayu Alia melalui pesanan telefon. Namun Abah tetap membisu, Alia menjadi pilu. Sungguh pilu.

Rindu jadi benci

Akhirnya Mama pergi setelah dua hari koma tanpa sebarang pesan kepad Abah.

Di hari pengkebumian jenazah Mama, Abah tiba-tiba muncul di rumah bersama-sama dgn isteri dan ketiga-tiga anak gadis kecilnya. Abah menangis hampir meraung-raung. Seolah-olah Abah sgt meratapi kematian Mama. Sungguh-sungguh Abah menangis. Sekali sekala Abah kelihatan tersedu-sedu. Ada ketikanya Abah seakan meratap. Sehinggaada di kalangan khalayak yg hadir turut menitiskan air mata melihat kepiluan Abah. Isteri Abah sekali-sekala kelihatan mengelap air mata. Ketiga-tiga anak gadis kecil Abah terpinga-pinga melihat Abah meratapi kematian seorg perempuan yg tidak pernah mereka kenali. Sejurus kemudian ketiga-tiga mereka bermain-main sesama sendiri.

Alia Cuma melihat lakonan Abah dgn perasaan yg kosong dan mual. Namun tiba-tiba timbul satu perasaaan benci terhadap Abah. Betul-betul benci dan dendam. Abah benar-benar tidak berhati perut. Abah tidak mempunyai perasaan.

Mulai saat itu Alia mengambil pendirian utk diam. Alia berazam tidak akan mengemis-ngemis mana-mana bahagian dari kasih saying Abah lagi. Alia mula membisu seperti tindakan Mama dulu. Mungkin diam lebih baik drp bersoal jawab menegakkan pendirian dan akhirnya saling menyakitkan hati. Setelah Mama tiada Alia mulai faham tindakan Mama. Segalanya telah jelas. Alia dan Mama tidak ada nilai di mata Abah. Abah Cuma berpura-pura.

September tiba. Kini Alia berseorangan di lapangan terbang. Alia tidak mahu mengharapkan kehadiran Abah utk mengucapkan selamat tinggal. Mengharapkan Abah cuma akan membuang masa dan mensia-siakan perasaan yg masih tersisa. Alia harus belajar utk tabah menjalani hidup bersendirian. Itu pesanan Mama. Mengingati Mama air mata Alia bergenang lagi.

Selamat tinggal

Alia tersentak apabila Abah secara tiba-tiba menyapa dari belakang. Abah dtg bersendirian tanpa ditemani isteri dan anak-anak gadis kecil abah seperti tempoh hari. Buat seketika Abah hanya memandang Alia tanpa meluahkan apa-apa. Alia kehilangan kata-kata. Lidah Alia kaku untuk menyebut atau memanggil Abah setelah sekian lama cuba melupakannya. Abah datang merapati Alia lalu menghulurkan tangan. Alia menyambut tangan Abah dgn teragak-agak. Lalu Abah memeluk Alia. Alia dpt merasakan panas air mata Abah menitis di hujung bahu baju. Abah menangis. Pilu hati Abah meresap jauh menusuk ke dalam dada Alia. Alia tiba-tiba diruntun rasa yg bercampur baur antara sedih, kecewa, marah, terkilan dan rindu terhadap Abah.

Perlahan-lahan Alia menolak utk melepaskan dirinya dari pelukan Abah. Alia terus berjalan meninggalkan Abah keseorangan lalu terus masuk ke ruang berlepas tanpa menoleh kearah Abah. Alia takut utk berhadapan dgn perasaan kehilangan Abah utk sekian kali lagi. Alia ingin pergi jauh. Alia benar-benar ingin pergi jauh dari Abah. Alia ingin melupakan segalanya.

Selamat tinggal Abah!

Sunday, October 15, 2006

Sifat Syukur Tanda Orang Beriman

ALLAH melimpahkan rahmat-Nya kepada manusia sepanjang masa, tanpa sedetik pun terlepas dinikmati manusia. Jika tanpa rahmat Allah sedetik, pasti musnah seluruh alam ini, termasuk manusia dan segala kemegahan yang dikagumi selama ini.

Justeru, hendaklah kita sentiasa sedar dan menyatakan rasa bersyukur kepada-Nya di atas segala nikmat hidup yang dianugerahkan. Sifat menunjukkan rasa bersyukur bukan saja satu amalan seperti mengucapkan rasa berterima kasih sesama manusia.

Sebaliknya, perbuatan yang berkaitan tanda bersyukur juga menjadi bukti tanda keimanan seseorang. Orang beriman sentiasa sedar siapakah dirinya dan tujuan asal diciptakan Allah. Apa yang dinikmati dan dimiliki di dunia ini adalah milik Allah yang dipinjamkan sementara sahaja.

Nikmat yang Allah sediakan untuk manusia amat besar. Manusia tidak mampu menggerakkan anggota badan sendiri tanpa izin Allah. Malah, tidak ada satu sel badan, daripada berbilion-bilion sel dalam badan, dapat berfungsi sendiri melainkan ia ketentuan Allah.

Maka, besarnya kekuasaan Allah dan nikmat diberikan kepada manusia. Sesungguhnya, kehidupan ini serba lengkap dan sempurna. Manusia tidak mampu menghitung apa yang dinikmati kerana tidak ada satu pun melainkan ia adalah ihsan kurniaan Allah.

Sedangkan Allah Maha Pengasih dan Maha Pemurah tidak meminta sebarang balasan terhadap apa dianugerahkan kepada manusia, melainkan beribadat dan bertakwa kepada-Nya.

Setiap yang dilakukan manusia untuk dirinya sendiri baik di dunia mahupun akhirat, Allah tidak mengharapkan pertolongan daripada manusia.

Memandangkan sifat manusia mudah lupa, maka Allah banyak kali memberi peringatan dalam al-Quran yang menyebut kalimah syukur digandingkan dengan kalimah zikr (ingat).

Kedua-dua kalimah itu memberi peringatan supaya manusia mengkaji setiap kejadian alam yang dijadikan Allah, tidak mudah lupa diri dan tidak bersikap angkuh.

Biasanya orang yang tidak bersyukur mudah lupa apabila mendapat kemewahan dan kejayaan hidup. Mereka menganggap itu adalah hasil daripada usahanya sendiri, serta menjadi kufur dan ingkar kepada Allah.

Sedangkan apabila dirinya ditimpa kecelakaan dan kesukaran hidup, maka mudah pula dia hilang pertimbangan dan keyakinan diri, lalu menyalahkan Allah atas nasib yang menimpanya.

Ironinya, mereka tidak pula menganggap kecelakaan dan kegagalan itu berpunca daripada sikapnya sendiri.

Thursday, October 12, 2006

Kebaikan Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Stres:

Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan Sakit Kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Oleh yang demikian, rajin-rajinlah mandi. Jangan biar bau badan dah terbit baru nak mandi. Nanti kambing yg lepas dari kandangpun tak mahu dekat.





Monday, October 09, 2006

Peluang Berbuat Kebaikan

Allah berfirman yang bermaksud :
"... Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (mencintai) orang yang berbuat baik." (al-Baqarah: 195)

Jelas bahawa Allah memang mengasihi orang yg melakukan kebaikan. Orang yg baik, bererti baik akhlak dan tingkah lakunya. Melakukan yg baik-baik sahaja. Ini keran dia sedar hidup ini adalah kesempatan utk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya Allah membenci orang yg berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud :
Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainya, iaitu :-

*Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang pemurah.
*Aku cintakan orang y ang rendah hati dan diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yg rendah hati.
*Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta orang muda yg bertaubat.

Peluang berbuat kebaikan memang banyak, tidak terhad kepada orang kaya sahaja. Malah orang miskin dan kurang berada juga berpeluang untuk melakukan kebaikan. Allah sememangnya tidak memandang pada darjat dan kedudukan.


Oleh itu renung-renungkanlah wahai umat manusia.

Friday, October 06, 2006

Biarlah Rahsia

The image “http://www.utusan.com.my/pix/2005/1018/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02_small.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika

Hani Kasry says....

Tak tahu kenapa saya suka sangat dengar lagu ini. Cam kena je lagu ni dengan pengalaman lalu Mungkin juga sebab saya juga seorang yang perahsia dan mahu org sekeliling memahami dan memberi sedikit ruang buat kita lebih-lebih lagi hal yang menyentuh peribadi.

Wednesday, October 04, 2006

Marhaban...Ya Ramadhan Al-Mubarak

MARHABAN berasal dari kata 'rahb' yang bererti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan dada yang lapang, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan dada yang lapang, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.

Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad).

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh untuk melanjutkan perjalanan menuju Allah s.w.t. Perjalanan menuju Allah s.w.t. itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Ada gunung yang harus didaki, itulah nafsu. Digunung itu ada lereng yang curam, belukar yang hebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan. Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya terang-benderang, dan saat itu akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya.

Untuk sampai pada tujuan, tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.


Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang masih meniti hari, Hamba Allah ini mohon kesihatan yang baik dari Yang Maha Esa agar dapat menjalani ibadah puasa dengan berlapang dada dan semoga ibadah ini serta ibadah lainya seperti berterawih, bersedekah, bertadarus dapat dilakukan dengan sempurna, InsyaAllah.

Semoga impian hambamu untuk menjadi Muslimah yang baik, lebih baik dari sebelumnya akan terlaksana di bulan yang mulia ini, InsyaAllah.

Cantik Di Mata Allah

Setiap kita terutamanya wanita mengimpikan wajah yg cantik, tubuh yg elok dipandang serta sempurna segala-galanya. Namun hakikatnya, sempurna pada mata kita manusia belum tentu sempurna pada mata Allah. Justeru segala-galanya memerlukan keseimbangan, termasuk dalam hal kecantikan. Bagaimana utk jadi cantik zahir dan batin? Disini diperturunkan tip mudah dan praktikal utk diamalkan. Barangkali hanya memerlukan sedikit perubahan sikap dan perbuatan.

(1) Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis atau dgn kata lain, menyakitkan hati org lain sama ada dgn bahasa keras atau sindiran.

(2) Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yg tidak selari dgn peribadi Muslimah.

(3) Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.

(4) Jgn meninggalkan solat lima waktu (sekiranya berada dlm keadaan suci).

(5) Memakai pakaian yg sopan, tidak menjolok mata dan bersih.

(6) Sentiasa berfikiran positif.

(7) Memperbanyakkan zikir, selawat dan membaca al-Quran.

(8) Berbaik sangka dgn org lain dan tekanan yg menghimpit.

(9) Berbaik sangka dgn Allah, termasuk dgn segala ujian yg Allah beri.


(10)Jgn abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan dan hindari keburukan.

Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam, saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Bait-bait lagu diatas sungguh puitis sekali. Walau lagu ini telah
melewati carta lagu popular era 90an/awal tahun 2000. Tapi saya tetap gemar
mendengarnya.

Tuesday, October 03, 2006

VillaQaseh

Assalamualaikum wbkth....


'VillaQaseh' tercetus apabila melihat sekian ramai kenalan memiliki blog sendiri. Rasa teruja melihat cetusan idea mereka. Untuk itu buat kesekian kalinya dan setelah berhempas pulas mencuba maka lahirlah ‘VillaQaseh’ yang asalnya bernama villakasih percubaan dalam bulan September, 2006 agak tidak berjaya. Tak tahu kenapa sebanyak 10 post dah dibuat tapi cuma 3 sahaja post yang dapat diview.

Blog yang tak sepertinya ini dicuba melalui kaedah 'trial and error'. Susunan agak kelam kabut. Isu yang dibangkitkan masih banyak yang perlu diperbaiki. Walau apapun credit patut diberi untuk diri sendiri atas usaha ini.

Disamping itu juga buat rakan taulan yang diingati, "Selamat melayari blog yang tidak sepertinya ini, moga-moga kita dapat berkongsi maklumat, artikel dan pandangan dalam apa jua isu.

Sekian.
Wassallam.