Alia nekad utk berhadapan dengan Abah apabila Abah pulang nanti. Abah telah berlaku tidak adil pada Alia dan Mama. Sejak dari saat Mama memberi izin kpd Abah utk berkahwin lagi, tumpuan Abah kepada keluarga sebelah sini amat kurang. Semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.Abah sentiasa beralasan bahawa Alia telah dewasa dan hampir mencecah usia 18 tahun. Sedangkan ketiga-tiga anak gadis Abah di keluarga sebelah sana masih kecil-kecil lagi maka mereka lebih memerlukan kehadiran dan perhatian Abah berbanding Alia.
Namun bagaimana dgn Mama. Mama juga isteri Abah. Mama isteri pertama Abah yg telah berkorban kasih dgn memberi izin Abah dan perempuan itu utk berkahwin.
Sebelum ini Mama masih sihat dan Alia sentiasa berada di rumah menemani Mama. Kini keadaan sudah berubah. Mama amat menderita dan sedang di dlm kesakitan yg amat sangat sedangkan Alia bakal meninggalkan Mama September nanti utk melanjutkan pelajaran di Canberra. Siapa akan menjenguk kesihatan Mama? Abah makin lepas tangan sementelah Mama bertahun-tahun mendiamkan diri dgn tindakan Abah. Perkara sebegini tidak boleh didiamkan lagi. Sikap melampau Abah yg semakin menjadi-jadi harus bernokhtah. Abah seharusnya akur dgn tanggungjawab Abah walaupun tidak kepada Alia tetapi sekurang-kurangnya kpd Mama yg semakin tenat.
Resah
Pada suatu hari selepas solat Asar, Alia cuba menduga Mama. “Bila Abah nak balik ?. Dah lebih dua bulan Alia langsung tak nampak Abah.”
“Entah Alia,” hanya itu dua patah jawapan Mama. Nada Mama mendatar dan bersahaja menjawab soalan anak gadisnya itu. Namun ada riak resah di wajah Mama. Mama kelihatan agak gelisah seolah-olah tidak mahu perkara itu dipanjangkan.
“Abah tak adil kan Ma…,” getus Alia tiba-tiba dgn suara yg agak meninggi. Wajah tua Mama yg berusia di pertengahan 40an itu direnungnya dalam-dalam. Mama kelihatan terkejut dgn kenyataan Alia yg secara tiba-tiba itu.
Getaran
“Biarlah Alia… sama ada Abah ada di sini atau tidak bukan isu penting dlm keluarga kita. Tanpa Abah pun Alia dah berjaya. Lia akan tetap meneruskan pelajaran hingga ke Australia tak lama lagi. Di sana nanti bukan saja tak ada Abah tapi Mama pun tak ada juga.”
Mama cuba memujuk Alia sambil mengubah pokok perbualan. Mama berpura-pura dgn sikap tidak apa dan tidak mengapa. Amat payah utk menyelami hati dan perasaan Mama. Namun getaran suara Mama bernada sedih. Amat pilu, Alia amat mengerti penderitaan Mama.
“Alia bercakap bukan utk diri sendiri Ma… tapi Mama tak sihat… Abah tak patut buat kita macam ni. Terlalu lebihkan anak dan keluarga sana.. sedangkan Mama,” Alia mengeluh. Dada Alia tiba-tiba merasa sebak. Alia terdiam secara tiba-tiba. Tak sanggup rasanya utk meneruskan kata-kata.
Suasana sepi seketika. Perlahan-lahan air mata Alia mengalir tanpa dpt ditahan lagi. Alia menangis. Alia menjadi semakin keliru. Air mata yg mengalir itu kerana Abah atau utk Mama.
Perlahan-lahan Mama dtg menghampiri Alia. Dipeluknya anak gadis kesayangannya itu kemas-kemas seolah-olah tidak akan dilepaskan lagi. “Anak Mama harus kuat…. Selama ini pun semua dugaan telah kita tempoh bersendirian tanpa Abah… buktikan diri Alia,” Mama berkata perlahan memujuk Alia. Mama mengulangi kata-kata semangat buat anak gadisnya.
Tanggungjawab
Suara Abah kedengaran marah-marah di hujung talian apabila Alia menghubungi Abah petang tadi. Alia benar-benar telah hilang sabar dengan seribu alasan Abah utk tidak pulang ke rumah.
“Dah lama sangat kami tak jumpa Abah. Dua minggu Mama di hospital tapi Abah langsung tak jenguk. Alia nak berbincang dgn Abah tentang tanggungjawab,” ujar Alia tiba-tiba dgn tegas dan nada yg sengaja dikeraskan.
Abah terkejut dgn serangan Alia secara tiba-tiba itu.
“Abah tak ada masa. Semua tanggungjawab dah Abah tunaikan. Alia pun dah pandai… nak ke luar negara pun.. apa lagi yg Alia nak persoalkan tentang tanggungjawab Abah?” potong Abah dgn nada marah setelah terdiam seketika. Ternyata Abah tersinggung dgn kata-kata Alia.
“Anak-anak Abah di sini masih kecil-kecil belaka. Alia mesti faham keadaan Abah,” rungut Abah lagi utk membela tindakannya.
“Mama sakit teruk.. Abah langsung tak ingatkan Mama…. Abah lepas tangan. Alia dpt rasakan yg hidup Mama juga dah tak lama… tolonglah… kasihan Mama.” Selesai perkataan yg terakhir itu dituturkan, Abah terus mematikan talian. Ternyata Abah amat tidak bertimbang rasa terhadap Mama. Abah langsung tidak memikirkan kesihatan Mama atau kebajikan Alia. Alia benar-benar hampa dgn sikap Abah.
Alia semakin nekad. Demi Mama, Abah pasti akan berhadapan dgnnya sebelum September ini. Azam Alia bersngguh-sungguh. Abah mesti dingatkan dgn tanggungjawabnya.
Merayu
Mama masuk hospital lagi. Kali ini lebih lama. Alia semakin risau. Abah entah ke mana. Tidak sekalipun Mama pernah menyebut atau meminta Alia memanggil Abah utk menjenguknya. Alia akur Mama terlalu menderita. Air mata Mama telah kering utk menangisi Abah ataupun penyakitnya yg semakin melarat.
Di hospital Mama hanya berbaring lesu. Sekali sekala Mama menasihati Alia utk terus, belajar walau apa pun yg bakal terjadi pada Mama. Berkali-kali Mama nasihatkan Alia utk terus pergi ke Canberra jika masanya telah tiba walaupun terpaksa tinggalkan Mama di katil hospital. Namun tangan Mama tidak lepas-lepas mengusap rambut Alia. Alia semakin sayu setiap kali menatap Mama.
Hari ini sahaja telah tiga kali Alia menyampaikan pesan kpd Abah memaklumkan kesihatan Mama.
“Datanglah Abah, Mama dah semakin tenat ni.. tolonglah,” rayu Alia berkali-kali. Namun sikap Abah tidak berubah. Abah seolah-olah sebutir batu keras yg amat kaku. Abah tetap tidak muncul-muncul.
“Kata doktor Mama dah tak lama lagi Abah. Mama dah tak mampu utk bercakap lagi. Tolonglah Abah…,” rayu Alia melalui pesanan telefon. Namun Abah tetap membisu, Alia menjadi pilu. Sungguh pilu.
Rindu jadi benci
Akhirnya Mama pergi setelah dua hari koma tanpa sebarang pesan kepad Abah.
Di hari pengkebumian jenazah Mama, Abah tiba-tiba muncul di rumah bersama-sama dgn isteri dan ketiga-tiga anak gadis kecilnya. Abah menangis hampir meraung-raung. Seolah-olah Abah sgt meratapi kematian Mama. Sungguh-sungguh Abah menangis. Sekali sekala Abah kelihatan tersedu-sedu. Ada ketikanya Abah seakan meratap. Sehinggaada di kalangan khalayak yg hadir turut menitiskan air mata melihat kepiluan Abah. Isteri Abah sekali-sekala kelihatan mengelap air mata. Ketiga-tiga anak gadis kecil Abah terpinga-pinga melihat Abah meratapi kematian seorg perempuan yg tidak pernah mereka kenali. Sejurus kemudian ketiga-tiga mereka bermain-main sesama sendiri.
Alia Cuma melihat lakonan Abah dgn perasaan yg kosong dan mual. Namun tiba-tiba timbul satu perasaaan benci terhadap Abah. Betul-betul benci dan dendam. Abah benar-benar tidak berhati perut. Abah tidak mempunyai perasaan.
Mulai saat itu Alia mengambil pendirian utk diam. Alia berazam tidak akan mengemis-ngemis mana-mana bahagian dari kasih saying Abah lagi. Alia mula membisu seperti tindakan Mama dulu. Mungkin diam lebih baik drp bersoal jawab menegakkan pendirian dan akhirnya saling menyakitkan hati. Setelah Mama tiada Alia mulai faham tindakan Mama. Segalanya telah jelas. Alia dan Mama tidak ada nilai di mata Abah. Abah Cuma berpura-pura.
September tiba. Kini Alia berseorangan di lapangan terbang. Alia tidak mahu mengharapkan kehadiran Abah utk mengucapkan selamat tinggal. Mengharapkan Abah cuma akan membuang masa dan mensia-siakan perasaan yg masih tersisa. Alia harus belajar utk tabah menjalani hidup bersendirian. Itu pesanan Mama. Mengingati Mama air mata Alia bergenang lagi.
Selamat tinggal
Alia tersentak apabila Abah secara tiba-tiba menyapa dari belakang. Abah dtg bersendirian tanpa ditemani isteri dan anak-anak gadis kecil abah seperti tempoh hari. Buat seketika Abah hanya memandang Alia tanpa meluahkan apa-apa. Alia kehilangan kata-kata. Lidah Alia kaku untuk menyebut atau memanggil Abah setelah sekian lama cuba melupakannya. Abah datang merapati Alia lalu menghulurkan tangan. Alia menyambut tangan Abah dgn teragak-agak. Lalu Abah memeluk Alia. Alia dpt merasakan panas air mata Abah menitis di hujung bahu baju. Abah menangis. Pilu hati Abah meresap jauh menusuk ke dalam dada Alia. Alia tiba-tiba diruntun rasa yg bercampur baur antara sedih, kecewa, marah, terkilan dan rindu terhadap Abah.
Perlahan-lahan Alia menolak utk melepaskan dirinya dari pelukan Abah. Alia terus berjalan meninggalkan Abah keseorangan lalu terus masuk ke ruang berlepas tanpa menoleh kearah Abah. Alia takut utk berhadapan dgn perasaan kehilangan Abah utk sekian kali lagi. Alia ingin pergi jauh. Alia benar-benar ingin pergi jauh dari Abah. Alia ingin melupakan segalanya.
Selamat tinggal Abah!
No comments:
Post a Comment