Jumaat lepas Hariz demam lepas di beri ubat dia semakin kebah, terpaksa balik kg papanya sebab sepupu nikah. Hariz enggan ikut tapi dipaksa oleh papanya yg nan berguno itu pada pagi hari sabtu dan pulang semula hari Ahad.
Akak apa lagi bersantailah hari Sabtu tu siap masak mee dan Mee Hoon Sup. Ayam seekor dgn hanya 2 org penghuni rumah iaitu Akak @ Mak Teh @ Ummi dan emak sajo. Tentulah membazirk bukan. Di tambah pulak Mak cik belakang rumah buat Tahlil Arawah lepas Zohar. Akak dan emak dijemput hadir. Nampaknya emak yg pergi seorg ditemani jiran sebab akak rasa cam nak pitam masa solat Zohor dan lepas tu Mak dan best friendsnya pergi rewang sebab tokei kedai nak buat kenduri doa selamat anaknya cemerlang SPM dan berjaya masuk U . Mas anak makcik belakang bungkuskan laut pauk utk akak antaranya sambal udang + potai, masak lemak nenas + ikan masin, Ikan Parang masak kicap, Kerabu taugeh tanpa pucuk paku (tak ada stok di pasar PJ) dan kemudiannya 2 potong Kek ice cream. Lepas Asar baru Mak balik. Mak pulak balik bawa kuih lapis. Semua makanan tu penyudahnya jadi penghuni peti sejuk. Akakpun berehatlah saja kat rumah. Dah dekat Jam 5 baru Ucu datang dan makan mee sup, katanya " wah boleh ganti mee sup Wak Soto" Sodap.
Lepas Maghrib terus ke rumah Kak Lang sebab nak tonton AF kalu tengok sorang mesti tak best, akak pun berdesup ke sana dan membawa juadah Mee Sup bersama-sama. Alahai Mak Teh ni rajin betullah. rezeki ni, Alang memang tak masak, panaskan lauk semalam saja. Shafiqa dan Kak Langpun apa lagi laju saja menyudu katanya sedap, kebetulan mereka belum makan lagi.
Akak sgt berpuas hati dengan keputusan Juara AF iaitu Hafiz. Tapi terkilan sebab Akim dpt No. 3, sepatutnya Akim berada di tempat Airel dan sebaliknya. Dan Isma sepatutnya berganti tempat dengan Yazid. Persembahan Hafiz dan Akim memang best yg lain-lain tu kureng sikit. Apapun pengundi telah menentukan kedudukan tersebut. Airel tu kelihatan spt kurang ajar sikit.
Semoga Hafiz dan Akim terus cemerlang dalam persembahan mereka dan mendapat tempat dipersada seni tanah air.
Sudahnya hari Ahad tu akak berkaraoke dari pukul 2 berhenti sekejap-kejap dan sambung semula sampai ke malam. Nak asah suara ma. Hari Bapa ni nak bertanding karaoke lagi.
Sunday, May 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment