Setelah berbulan-bulan lamanya barulah saya dpt memblog semula. Ini disebabkan kekangan masa. Ni nak mulapun cuma utk beberapa baris ayat sahaja. Komputer dan lap top sendiri dah rosak, tu yg tak ada masa nak mengupdate kat office. Harap maklum ye. Saya adalah seorg yg kedekut utk keluar wang nak beli komputer atau lap top baru ye.
Sabtu 9 May 2009 ini kami nak meraikan hari ibu. Untuk ibu/umi/emak/bonda/mama/mummy/mak dan apa sahaja panggilan yang sesuai untuk kalian saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU.
Kami adik beradik akan meraikannya di rumah Ayah di Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Biasalah majlis kecil-kecilan sahaja. Kami adik beradik masak sendiri. Menu kali ini adalah Nasi putih berlaukkan ayam masak merah, ayam kfc, pecal sayur-sayuran, sayur goreng, kerang rebus / bakar, rendang daging, koey teow goreng, mee rebus, bubur kacang, kuih apam, karipap dll.
Untuk EMAK, saya akan menghadiahkan sebentuk loket emas. Manakala kakak dan adik-adikku kuhadiahkan mug yg bertinta Selamat Hari Ibu. Itu ajelah yg termampu. Kang kot nak bagi loket emas seorg satu bisa bankrup saya.
Apa pulak nak bagi hadiah utk pemenang-pemenang karaoke. Sebenarnya pertandingan karaoke ini adalah sebagai acara selingan sahaja. Utk pengetahuan semua saya akan mendendangkan lagu sama ada lagu Biarlah Rahsia nyanyian Dato' Siti atau Lamunan Hati dendangan Wann. Kalau nak compare akak dgn Dato' Siti macam gunung dgn tanah rata, tapi kalau nak nilai akak dgn Wann rasanya dah sama level. Bab nyanyi meneran-neran tulah dah serupa (Hello Wann jgn mare ye) akak dah praktis lagu Siti sejak tiga minggu lalu tapi belum berapa ngam lagi tapi lagu Wann baru seminggu tapi lunak sih.
Wah terlebih sudah kata nak menulis bebrapa ayat sajo tapi lihatlah dunia, banyak baris juga dah saya tulis.
Untuk itu salam dari kejauhan. Sekian.
Monday, May 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment