Wednesday, May 13, 2009

Sambutan Hari Ibu Yang Menjadi

Allhamdulillah menjadi juga Sambutan Hari Ibu kali ini. Semua hadirin mendpt tanda mata.
Sib baik mak tak nangis terkonangkan Kak Ngahnya yg telah kembali ke rahmahtullah pada sambutan hari ibu tahun lalu. Apapun semua hadirin senak perut kerana juadah yang disediakan adalah terlalu banyak.

Adoila, tapi malangnya pertandingan karaoke tak berapa nak menjadi disebabkan contestent berasa malu kerana Kak Ngah telah menjemput tetamu yg tiada dalam senarai. Ini mengakibatkan bakal juara kita tidak dpt mengalunkan lagunya kerana malu menjadi bahan tontonan.

Walaubagaimanapun terdapat seorg contestent yg begitu menyerlah ketika mendendangkan lagu Cokman (Sudirman) dengan penuh penghayataan dan kawalan suara yg begitu baik sekali. Kita telah melihat potensi beliau pada malam itu dan beliau mungkin akan dinobatkan sebagai Juara bagi kategori wanita - peserta yg dimaksudkan ialah Puan Sarinah @Mak Anjang. Beliau seorg ibu beranak lima (Kalau dlm AF beliau ibarat Ismalah kan) Anak lima kau tapi badan maintain slim.

Keesokan harinya semua hadirin yg masih bersidaian di rumah ayah keletihan kerana aktiviti masak dan persiapan yang dilakukan sepanjang hari tersebut. Anak-anak juga keletihan apabila sukar dikejutkan dari tidur apabila memulakan sessi persekolahan pada hari Isnin berikutnya.

Yg paling mengumbirakan hatiku adalah Muhamad Hariz Ikhwan semakin rajin membaca, mengaji dan ada rasa terdorong dan berdisiplin buat homework walaupun tanpa disuruh. Syukur Alhamdulillah berkat makan kismis tok guru, berkat doa ummi dan dorongan yg kuat agar beliau berjaya, Insyallah.

Sambutan Hari Bapa kan diadakan pada awal Jun dan kami adik beradik perempuan sudah bersepakat mengadakan parti pot luck sahaja. Angah akan masak Tom Yam, sambal belacan (Umphh - sodap tiada tandingan), Alang dgn kuih kacangnya, Saya dengan Mee Kari dan mungkin roti jala, Andak belum confirm nak masak apa, Anjang dan Non belum dimaklumkan lagi. Apapun hadiah utk Bapa-bapa belum difikikan lagi, ada cadangan nak bagi apa sebagai hadiah???

No comments: