Wednesday, November 18, 2009

Dah Nak Raya Lagi

Cam tak percaya pulak bunyinya. rasanya baru dua minggu lepas kita sambut Aidilfitri ni dah nak AidilAdha pulak.

Tapi takpelah belanja AidilAdha tak banyak cam Aidilfitri, sebabnya bukan semua nak ditukar baru dan sambutannya cuma sehari sahaja.

Tapi Dang Hani akan bercuti mulai Khamis dan mula bekerja pada hari Selasa, 5 hari Dang nak bersantai cukup-cukup dirumah nak habiskan waktu dgn Hariz, mak, ayah dan adik badik lain.
Majlis Bacaan Yasin di rumah Anjang dan Majlis Harijadi tertangguh (kelahiran November/December) juga akan diadakan pada 28 November jam 3 ptg bertempat di tempat letak kereta rumah Anjang.

Ni majlis kecil-kecilan sahaja. Asalnya Mak Munah aka kak Ngah yg nak buat majlis besar-besaran telah rusak hatinya sebab insiden tak bertegur sapa ngan anak dan menantu tunggalnya. Ehh... Angah bukan kamu baru menantu tiga bulankah dah nak pung pang, pung pang. Sabo Ngah, sabo kalau bukan mrk tak cukup akai tentu kamu yg kurang sabar makanya sabar byk-byk ye. lariks....

Jadi Angah sapa nak banje kita org makan nasi beryani Gam. Tak yah lah Ngah nasi-nasi beryani gam, air tangan Alang, Ateh dan Andak lagi sodap dari air tangan mamak tu. Masak cara kg. lagi sodap dgn ulam-ulaman atau kita masak nasi ambeng lagi sodap bungkus dalam daun pisang yg macam kotak ke perahu tu. Dgn berlaukan ayam masak kicap palembang, sambal goreng yg ada tempe ngan suhun, mee goreng dgn lada hitam, pegedil, kerabu, serunding ehh ada senarai lauk yg tertinggal ke.

Tapikan Ateh suka sgt makan dlm dulang, syok sangat. Ko tak nak tak pelah ngah malam raya nanti Ateh wat serunding, ayam kicap dan lauk-lauk ambeng tu dan ajak Alang dan anak-anak buah kita makan satu dulang. Tapi Ateh nak satu dulang makan empat atau lima org saja. Ramai-ramai tak boleh nanti berebut tak kenyang tau. adakah??. Dulang Mak kan banyak. Kita sediakan berdulang-dulang makanan lah ye.

Eh malam mana yg sesuai nak masak cam tu bukan ke kita nak masak nasi himpit dan juadaha hari raya. Tlg Alang, Andak atau Anjang pilih hari mana yg sesuai tuk makan nasi ambeng??.

Makanlah sampai konyang, dah tu camana berat badan tak naik mencanak-canak. Rindu berat badan 45kg dulu.

No comments: