Thursday, July 12, 2007

Saikologi

Semalam Ummi sampai rumah jam 6:35ptg. lepas mandi dan duduk sekejap Farisha dlm buaian dah terjaga. Ntah kenapa, Farisha masam aje bila Ummi agah dia. Makpun angatnya dan letakkan diatas sofa. Isha duduk dan renung Ummi dalam2 tapi tetap tak mahu senyum. Umur Isha dah 13bulan tapi takut nak berjalan. Tapak kakinya agak kecil tapi panjang. Kalau bab memanjat Isha memang no. 1. Bila di pimpin laju dia berjalan. Bila Isha rasa tangannya dilepaskan dia akan berdiri kat situ sambil merengek. Dia hanya berani melangkah bila berpaut pada dinding atau sofa.Tah apa Ummi buat semalam pas tu dia senyum sumbing. Oh berjaya juga Ummi buat kamu senyum ye. Sementara menunggu waktu berbuka Ummipun suap Isha sebab Mak kata dia macam tak selera nak makan nestum. Ummipun ambil nasi panas lecek-lecekan dan gaul dengan ayam, banyak juga dia makan.

Dalam waktu Maghrib tu jugaklah baru emaknya Cik Non balik. Ummi sedang berbuka. Dia masuk langsung tak menyapa anak-anaknya Haris dan Farisha. Isha tengok je mamanya jln ke dapur dari sofa tempat duduknya. Haris pulak konon nak manja minta mamanya dokong.tapi tak dipedulikan. sampai budak tu nangis2. Yg bapaknya yg lembab tu asyik cakap mama tak tidur tau mlm tadi mama penat, bukan nak di pujuk pun, pas tu Hariz makin galak menangis, Si lembab tu sibuk cakap hari ni balik, kemas barang.Di angkutnya torch light permainan anaknya dari tangan dimasuk dlm bakul, simpan dlm kereta. Budak tu nangis lagilah kuat. Si lembab ambil hanger dipukulnya pungung Hariz. Pada Ummilah sikap mak dan bapak tu yg patut disalahkan. Sudahlah tak menghormati Maghrib, anaknya pulak dibentak-bentak dan dipukul. Kau sebagai mak bapak yg ada 2 anak. Sorang satu tlglah pujuk anak2 kau. Sudahlah Ummi tlg jagakan anak2 kamu lepas balik kerja kadang samapi kul 10pm.percumo jo. Sebab Ummi sayangkan anak2 buah. Org gaji pun tak tahan tau kalau kena macam ni. Sib baik lah kak kau ni baik hati. Kau pulak nak lebih-lebih. Ummi setiap hari memang beri laluan utk Mak lepas balik keja mesti bagi Mak berehat dari mengasuh budak-budak biarlah Mak naik ke bilik atas dan bersolat dgn tenang.Ummi selalu kena solat kat rang tamu sambil menjaga Isha yg tidur dalam buaian dan Hariz main sendiri. Si tolol berdua tu (marah tahap cipan ni) tak reti-reti nak hormat Maghrib. Kalau ko tak solat tu ko punya pasal tapi hormatlah dan beri laluan kpd org lain yg nak bersolat.

Ummi marah betul tindakan si lembab tu memukul Hariz. Hariz budak baik,lembut, rendah hati kalau dia dipujuk baik2 dia takan bentak2. Puncanya satu dia minta dokong kalau kau tak larat terangkan padanya kenapa. Ni kau biarkan dia melolong-lolong. Ummipun cepat2 berbuka dan pujuk Hariz. Ummi ajak Hariz ke atas masuk dlm bilik dan tunjukkan barang-barang minature macam kasut, arnab batu, torch light, key chain yg pelbagai, kanta, jam tangan yg ada dlm peti simpanan. Tak sampai seminit Hariz dah diam dan ralit dgn benda2 tu. Pas tu Ummi dengar si lembab panggil2, Hariz diam tak mahu jawab, Ummi nasihat kat dia jawablah tak baik tau. Si lembab naik atas dan ajak balik, Haris dgn muka selamba jawab dia tak nak balik, padan muka kau anak sendiri pun tak nak balik dan tak layan kau. Tulah kau bodoh sgt tak tahu guna saikologi. Lepas tu Ummipun ajaklah Hariz solat, terlajak jugalah kat pukul 8.

Dalam pukul 9:15 baru Mak turun, Mak tanya apa bising-bising tadi, kenapa Hariz nangis. Ummipun ceritalah. Memang dia org tu tau beranak aje, jaga anak dan pujuk anakpun tak tahu. Tengoklah kalau anak2nya balik kerumah dia dan hari cuti bila balik sini mesti kurus, demamlah, selesemalah dan macam-macam. Dua org jaga anak pun sampai anak, masa tu Isha 7 bulan - boleh jatuh tangga, si emak membuta, si bapak sibok mengisi perut, adake patut. Tu yg Isha lambat berjalan tu, budak tu jadi penakut. Mak siap cakap kalau malas dan tak tau jaga anak jgn buat anak???#x#??

Hariz tertidur di sofa pukul 10 pm, mungkin keletihan sebab siangnya dia aktif sangat bermain.Malam tadi seperti malam-malam sebelumnya, Hariz tidur disebalahku dengan aman dan tenteram sekali. Sesekali Hariz batuk mungkin sebab dia minum Milo kotak. Nak diberi Scott Emulsion dan Ubat batuk Hariz tak mahu. Ummi cuma sapu Vicks pada hidung dan dadanya. Bangun sekali sahaja utk buang air dan minum susu dlm cawan nyonyotnya (cawan ada penyedut)

1 comment:

Unknown said...

A"kum saya ingin minta pendapat tentang m'slah anak sya yg no 2.Kakak dia ting.2 duduk asrama tinggal dia dgn adik lelakinya saja di rumah,sya dan isteri bekerja.Sya tengok dia seorg yang lemah dlm pelajaran,saya dah ikthiar supaya dia belajar menjadi org yg bijak pandai,dgn hantar ke tusion.Tapi sya kesian tgok dia tiada masa,pagi sek smpai jam 1.30tgh pas tu sek agama 2.30ptg smpai jam 5.00ptg balik gi mengaji.Mlm tusion jam 8.00mlm smpai 10.00mlm.Blik rumah jam 10.30 terus tidur.Satu sikap dia adalah mcm bos suka megarah adik dia buat dan ikut kehendak dia kalau tidak dia pukul,bla saya tanya dia suka buat2 cerita yg tak benar.Tlong sya.TQ