Wah nampak cam besar je keinginan tu.
Yelah Dang teringin sangat nak beli katil double decker utk Hariz dan perabut jati.
Tapi buat sementara waktu ni semua hajat utk menambah bilangan perabut terpaksa dipendam. Ini disebabkan fulus adalah ketat. Tengah mengumpul fulus untuk wat renovasi, puluhan ribu yg ada rasanya lum cukup lagi. Tu yg kena berdikit-dikit tu. Jadi kalau benda yg boleh tahan utk tidak di beli. tahankanlah dulu. Lagipun rumah sempit, itupun ada sofa lama nak kena transfer gi umah bapak.
Harap-harap impian wat renovasi akan terlaksana awal tahun depan. Insyallah.
Peh tu baru boleh fikir beli perabut yg cantik-cantik.
Tapikan org yg tumpang kat umah kita disiang hari dan kekadang malam hari tu semuanya pengotor, tak tahu jaga kebersihan langsung. Dengan makan dan minum sepah-sepah. Buang air kecil dah macam anjing, paip dia main hala aje mana suka. Peh tu ada spot-spot kuning atas mangkuk tandas tak disiram, merokok dlm tandas dan dlm rumah. tak hangin kau. Kita ni dahlah mengumpul tenaga hujung minggu dok jadi housekeeper sampai lupa sarapan pagi dan tengahari tapi depa dok menyepah-nyepahkan rumah tak hengat.
Lu kabar kat gua sape tak hangen.
Dang dah hint-hint kat omak Dang, kalau depa tak mau jaga kebersihan Dang akan sewakan rumah ni dan pindah dan buat rumah baru kat Puchong lantak pilah depa nak letak anak depa, dan depa nak lepak kat manapun. Selama ni pun bukan depa ada bantu. Dang seorg yg settlekan segala-galanya berkenaan rumah ni utk bapak Dang. Sayangkan deposit yg bapak Dang dah laburkan kat rumah ni. Sampai Dang terpaksa sewakan rumah Dang kat Kota Damansara. Elok-elok bil api dan air belasan ringgit dah capai ratus ringgit. Elok-elok boleh beli daging, ayam dan ikan empat ekor terpaksa pula beli berkilo-kilo. Beli beras dah macam nak meniaga. Ada depa hulur. Haram, mahu hujan seminggu kalau depa buat lagu tu.
Ini bukan bab mengato/ngumpat yo ini cuma curahan perasaan.
Boleh gitu. Lu pikirlah sendiri??**%***@
Tuesday, November 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment