Eh.eh.. kata nak jadi wanita baik-baik. Kalau baik bukan aje tang penampilan tapi juga tang bahasakan..kan..
Tak kisahlah. Ni Dang nak story mory kat u all. Dang kan sakit hati ngan ipar Dang. Dia nikan org jawa Sg. Hj. Derani tau. Ada anak dua org. yg pengotor tu suami dialah. Tapi kita tutup bab pengotor tu dulu, ni nak story tentang kelakuan Jawa Kedekut (JK) Maaf ye gelaran ini memang khas utk dia sorang bukan org-org jawa lain ye.
Insiden Pertama
Sebelum bulan puasa hari tu dia yg selalu balik dari rumah Dang selepas kul 8.00mlm selepas makan mlam telah menjual cerita dgn Kak Lang. Tak taulah apa biji butir yg dibualkan. Dah berbual sakan, anak dia dok sabung-sabung kaki kat ruang tamu, peh tu tendang-tendang almari kat umah Dang. JK ni boleh biarkan anak dia dan tak habis-habis borak. Peh tu anak dia sambil sabung-sabung kaki tu dah terajang pintu almari dan terkopak pintu tu. Peh tu dia sibuk nak betulkan pintu almari tu. Sambil mengomel kuat, "eh dah terkopak tak boleh pasang balik". Masa tu kita ada kat ruang tamu tengah makan tau. Peh tu kita cepat-cepat makan cuci tangan, dan terus naik atas tengok tv dlm bilik. Rupanya dia ke ATM dan peh tu mundar-mandir dan tunggu mak habis solat kat bawah dan nangis-nangis. Ntah apa dia cakap kat org tua tu. Dan dia tinggalkan sejumlah wang utk ganti balik almari tu. Kita langusng tak cakap apa, tak mintak ganti ke apa ke.
Pengajaran cerita itu adalah lain kali sesibuk manapun kita berborak, bertandang atau tolong wat kerja kat umah org jgn lupa perhatikan kelakuan anak-anak. Kalau benda berlaku kat rumah adik badik tak pe lah jugak, kalau kat umah org lain pecah pasu-pasu mahal ke barang-barang antik ke, tak di canangnya satu kg. Lu pikirlah sendiri.
Peh tu org tua tu boleh cakap alah almari tupun dah lama, reput...
Kalau tak disebabkan tendangan maut dia apasal sebelah lagi pintu tak kopak?
Insiden Kedua.
Pagi tu Fisha bawa bola dari rumah, peh tu mereka bermain beramai-ramai bola itu di dalam rumah, Peh tu dgn tendangan yg amat kuat oleh anaknya yg sama, bola itu telah mengenai hiasan dinding yang kita gantung kat ruang tamu. Masa kejadian tu JK ada sama. Kali ni kita tak boleh tahan kita ngomel-ngomel lagi dan mintak ganti walaupun harga hiasan itu tidak mahal tapi kita tetap mintak ganti jugak supaya org-org keliling tahu menghargai brg-brg kepunyaan org lain. Kita gantungkan sepanduk kat hiasan yg pecah tu dan kita gantung kat tempat asalnya. Dia ganti dgn RM20. Cam tulah tu sebabnya marahkan sikit anak-anak tu kalau di org liar/lasak.
Insiden Ketiga.
Kita seorg tumpang kereta dia dari Puchong ke Sunway sebab kereta kita buat angkut Emak dan Kak Lang sekeluarga. Dlm kereta yg luas tu anak pertamanya boleh jerit-jerit nak berbaring di tempat duduk belakang. Tulah sebabnya Kak Lang tak mau tumpang kereta dia lagi. Kalau Fisha dan Hariz, sapa tumpang keretapun dia tak kisah diajaknya berborak lagi ada.
Bila balik ucap terima kasih kat Mak saja sebab menjaga anaknya tanpa sebarang bayaran.
Tidak ada apa-apa ucapan utk kita yg biaya makan pakai cuci mandi anak dia. Adakah patut?
Kita pulak jadi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Belanja barang basah seminggu RM100, belanja bahan kering RM60 seminggu, belanja dapur lebih kurang RM200,sebulan, Ansuran rumah RM???, Utility RM??? sebulan. Tak bolehkah saya mengeluh sedikit dgn perbelanjaan isi rumah.
Kalau peti sejuk saya plan simpan stok utk 2 minggu, stok boleh dihabiskan dlm seminggu kerana nak jamu anak menantu dan cucu tiap-tiap hari. Selagi tak licin brg dlm peti sejuk selagi tu dia buat pesta masak-masak dan makan-makan. Sehari masak 12 ekor ikan tak habis makan buang 3 ekor. Ingat kita petik daun kat tepi jln tuk dijadikan duit?? Grrrr...
Wednesday, November 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
btul tu..bkn mrh smpai anak tu luka or lebam..tp bg pengjaran skit..
Post a Comment