Sabtu lepas bawa Mak buat medical check up kat klinik berhampiran rumah. Resultnya keluar hari Rabu. Tapi disebabkan hari Rabu tu balik lewat terpaksalah tangguh ambil result tu malam
tadi.
Tak berapa yakin dgn keputusan itu. Sebab kencing manis mak tinggi juga, Peh tu bacaan cholestrolpun agak tinggi jugak. Mungkinkah bacaannya tak begitu tepat sebab masa buat check up tu dah Jam 11:55am. Sepatutnya waktu yg sesuai adalah berpuasa selepas 10:00pm dan buat pemeriksaan doktor pada pukul 9 - 10am.
Tak apalah utk kepastian Ummi akan bawa Mak buat pemeriksaan kali ke-2 di klinik lain. Nak ke Klinik Kerajaan memanglah bayarannya murah tapi lambat.
Sabtu ni juga lepas bawa Mak ke klinik kena bawa Hariz buat pemeriksaan mata. Sebab Ummi perasan dia cam rabun sikit. Cikgu Hariz pun perasan juga. Hariz tak mahu pergi dgn sapa-sapa melainkan dgn Ummi. Katanya pegi dgn mama dan papa lambatlah sampai mata ni pedih-pedih suruh Hariz baca. Tak mau pegilah nak pegi dgn Ummi je tau. So, makanya esok saya jln-jln & cari makan di Pyramidlah jawapnya.
TV dlm bilik Ummi pun dah mendtgkan masalah. Hari Ahad tu gambarnya semakin kecil peh tu tiba-tiba padam agaknya fusenya dah terbakar. Nanti-nantilah panggil technician Ah Meng tu service. Mak suruh pulak angkut tv dlm bilik mak. peh tu mlm-mlm kami bertiga nonton tv dlm bilik. Malas nak lepak kat ruang tamu. Dah lah berapa hari ini asyik hujan. Kat bawah memang rasa sejuk sgt walau kipas pada speed 1. Tapi hariz nampak sedikit bosan coz tak dpt nak tengok dvd wire/cable belum connect lagi. Berserabutlah bilik Ummi dgn tambahan satu unit tv lagi.
Hariz dah hafal skrip Geng Pengembaraan Upin & Ipin. Dia ingat semua dailog-dailog Tok Dalang, Upin & Ipin, Rajoo, Badrul, Lim, Sally, Opet, Mamak, Opah, Pak Mail, Singh. Kelakar tau sampai dailog Tamil bapak Rajoopun dia boleh ikut dgn gayanya sekali. Mana taknya siang lepas balik sekolah dia sanggup korbankan masa tidur semata-mata nak ulang tayang cerita tu. Pagi tadi masa bersiap pun dia dok ulang-ulang dialog tu sampai akak pecah perut ketawa. Hariz.., Hariz...
Thursday, November 05, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment