Malam Jumaat lepas hariz dibenarkan bermalam di rumah Ummi. Jam baru pukul 9.15 Hariz dah terbongkang atas katil double dekernya. Mula-mula Hariz berbual-bual dgn Ummi dan Ischa yg belum balik lagi sebab Mak dan Pak Andeh belum balik lagi. Lepas beberapa minit berbual tiba-tiba senyap aje. Ummi ingatkan Hariz nonton tv sekali tengok matanya dah rapat, dah khatam rupanya. Dengan tangan dan kaki sebelah-sebelah terjulur di birai katil.
Ischa balik pukul 10.30 malam. Dah dekat nak tidur baru Andeh berdua tu balik. Ischa tak mahu tinggal kononnya nak tidur dgn nenek pastu tak jadi.
Malam tu Ummi tak lena tidur sekejap-sekejap bangun sebab takut Hariz jatuh. Maklum ini kali pertama Hariz tidur di tingkat atas double dekernya. Ummi terpaksa tidur bawah dan kerap bangun tengok posisi tidur hariz. Bila Ummi bangun pukul 11.30 ambil whuduk, nak perform Isya' (tengoklah tu habit suka tangguh Isya' masih tebal dlm diri, bilalah nak insaf ni) tiba-tiba Hariz terjaga dan cari Ischa dan Ummi. Mungkin sebab mamai dan terperanjat Hariz menangis selepas dipujuk dan ditenangkan barulah tangisan Hariz reda. Ummi suruh Hariz jgn nangis sebab dah dekat nak pagi. Lepas tu Hariz asyik berbual-bual lagi dgn Ummi. Lepas tu dalam pukul 1.20 Hariz dah tertidur. Ummi yg tak boleh tidur terus bangun dan mengosok baju.
Esoknya Sabtu, Ummi sediakan b/fast nasi goreng, goreng sosej, baked bean dan roti. Lepas itu Ummi nak bawa Hariz cari baju sekolah agamanya. Tapi Ischa dan Andeh berdua datang dlm pukul 10.00 nak bawa Hariz balik. Sebenarnya Ummi dah ajak Ucu temankan kami pergi. Tapi disebabkan Andeh berdua tu nak ikut terpaksalah Ucu membatalkan hasrat menemani kami. Dan Ucu menyambung kerja baiki motor Si Lunchai (Slow dan baran). Kesian Ucu dek kerana kepakaran beliau membaiki kereta dan motor beliau selalu dijadikan sasaran buat kerja tak ada upah. Terkecuali kereta Ummi, tak de kerjapun Ummi beri upah. Kadang tulah Ucupun penat juga dah habis kerja kat office balik buat pulak kerja repair merepair pas tu tak pulak dibayar upah. Lol betullah dia org tu.
Dah 2 minggu Hariz ke sekolah agama tanpa pakai baju Sekolah Agama. Kata Andeh tak ada saiz. Tu yg Ummi nekad nak belikan Hariz baju. Katanya tak payah dah tempah dan siap 24hb. Mana boleh tahan Hariz asyik kena warning dgn ustaz. Alih-alih Ummi pergi kedai yg paling dekat dgn rumah. Tup..tup akak dpt beli kain sampin yg saiz Hariz kat kedai tu. Tak payah nak ke Selayang ke Shah Alam ke.
Malangnya disebabkan dah masuk minggu ke-3 sampin saiz Hariz cuma tinggal sehelai sahaja. Akak belikan saja. Kononnya Pak Andeh masuk kedai tengok-tengok dan tanya harga tapi tak bayarpun. Ummi nak belikan Hariz baju melayu juga tapi katanya Minggu depan baju yg ditempah tu siap. Tak payah belilah. Hello bukan nak suruh kau bayar aku yg nak bayarlah. Habis dah dia beria-ia kata tak payah Ummipun tak jadi beli baju melayu.
Sepanjang dua minggu tu dia asyik jaja cerita tak ada baju saiz Hariz. Pas tu Alang dok tempelak dia apa kau bodoh sangat memanglah saiz dia tak ada tapi bukankah kau boleh beli baju org dewasa tapi yg bersaiz S atau XS. Lepas tu potong ajelah tangannya dan jahit. Apa dah itupun kau tak boleh fikir. Padan muka Andeh berdua tu kena sembur dek Alang .
Selepas itu Ummi menghantar Hariz ke salun utk gunting rambutnya yg sedikit shj panjangnya. Dah sekolah cina rambut takleh lebih seinci. Lepas tu Ummi kata tak payah tunggu nanti kita balik sendiri. Rupa-rupanya Ischa dan Andeh pergi makan kat kedai. Si Hariz tak diajakpun. Dari sini dah nampak double standardnya mereka dgn anaknya. Mas tu dah pukul 12:15noon.
Apa maknanya tu. Ummi tak kisah kalau dia tak ajak Ummi tapi Hariz tukan masih anak dia.
Kalau tak ajakpun tanyalah samaada anak tu nak ikut ataupun tidak. Tak fahamlah.
Monday, January 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment