Asalamualaikum dan salam kepada semua.
Kalau tak silap Ummi hari ini akan ada gerhana matahari separa dalam pukul 3ptg gitukan. Terbaca dalam akhbar semalam. Betul ke?
Lepas Maghrib malam tadi sempat berbual-bual dengan Kak Lang kebetulan masa itu berita tv mengulas tentang bencana di Haiti. Perbualan itu turut di dengar oleh Zulaikha Az-Zahra (8 tahun).
Ummi tambah lagi mungkin ini tanda-tanda awal Kiamat. Masa tahun baru hari tu gerhana bulan, kali ini gerhana matahari pulak (ini Ummi tak ambil kira pasal Sains mengapa terjadi gerhana bulan/matahari). Nanti semua org kena timbang amal kebaikan dan kejahatannya.
Peh tu cakap lagi hah kamu Ika, kalau tak solat nanti kamu berat jahat kena masuk neraka. Eh memang confirmlahkan org tak solat kena masuk neraka. Kan solat tu tiang agama. Ika ketakutan dan cakap takut lalu peluk punggung Ibunya. Ah... takut, takutlah.
Ummi tambah lagi betulkan Mak Lang org tak solat gerenti masuk neraka. Kat sana api panassss... sangat. Kalau masuk je boleh lebur /cair.
Ibu.. takut kata Ika lagi.
Ha... tulah jangan ingat solat ye.
Ibu kita nak dgn Ibu. Ibunya pulak kata mana boleh dengan ibu dosa sendiri-sendirilah tanggung.
Eh ada akallah, lepas maghrib malam ni nak elaborate dan tarbiah anak-anak buah pasal solat, timbangan amal, dosa pahala, syurga neraka. Isu ini gerenti boleh buat dia orang tak akan tinggal sembahyang dan tak ngada-ngada lagi lepas ni. 4 orang kumpulan sasaran malam ini iaitu Ika, Hariz, Qis dan Isha.
Thursday, January 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment