Hari Sabtu lepas Ummi telah menunaikan hasrat anakanda Hariz. Ummi sudah membeli katil double decker yg berasaskan besi keseluruhannya. Dan sebuah tilam yg plg bagus utk posture tubuh dan sgt tebal dan sebuah single bed. Harganya mahal juga. Buat survey hampir 4 buah kedai. Last-last beli dari 2 buah kedai berlainan.
Ummi tukarkan katil dan tilam Ummi ke bilik Mak. dan katil Mak, Ummi simpan, tilam Mak (king size) Ummi buang. Ummi buat kerja buka dan pasang semula katil tu bersendirian. Dalam pukul 10.30pm barulah kerja pemasangan dan mengemas siap itupun dibantu oleh Hariz dan Ischa yg tiba pukul 9.40pm. Selesai mengemas bilik Ummi dan bilik Mak malam Jumaat tu mata Ummi tak boleh nak lelap. Ummi pun dok punggah susun almari baju, majalah dan lain-lain bil utk filing dan sempat menggosok 10 pasang baju.
Hariz dibenarkan bermalam di rumah Ummi selepas seminggu dipisahkan. Bukan main manja lagi Hariz nak berbaring dipangkuan Ummi. Sudahlah mlm tu Ummi pakai nighty pendek. Jadi bila rambutnya kena pada peha, Ummi gelak geli. Hariz tanya kenapa Ummi gelak. Ummi kata geli nanti Ummi letak bantal kat peha. Baringlah Hariz kat peha Ummi sambil tengok CD Ultraman Gaia yg dah lama disimpan. Hariz ajak Ummi temankannya menonton. Malam tu kami tidur beralaskan toto sahaja. Katil semua dah kena bongkar. Barulah nampak bilik kami semakin besar dan kemas.
Sabtu depan kena kemas pulak ruang santai dan dapur sebabnya ruangan itu akan dirobohkan utk proses renovasi pada awal Februari.
Malam tadi dah jumpa dan bincang dgn Pakcik Mat kontraktor binaan tu. Nampaknya harga yg ditawarkan adalah lebih rendah berbanding harga Mr. Wu. Kalau pilih Mr. Wu, budget agak lari sedikit tapi dia setuju beri bayaran ansuran selama enam bulan. Maknanya Ummi terpaksa berhutang dan allocate sejumlah wang setiap bulan utk ansuran tersebut. Which I dont like. Mr. Wu ni percaya sgt kat Ummi sampai nak beri skim bayaran ansuran. Tapi Ummi tak mahu commit. Mana boleh Ummi ketepikan pendirian bebas hutang. kecuali hutang 2 buah rumah yg belum selesai. Rumah di Sunway lagi 1 tahun setengah dan rumah di Kota Damansara lagi 4 tahun. Nasib baik kereta dah lama habis bayar kalau tak teruk juga. Ummipun sudah hampir 9 tahun tidak lagi menggunakan wang plastik (kad kredit). Semoga pendirian utk bebas hutang dan hutang sifar akan kekal sampai bila-bila.
Hariz kekal bersekolah di Sek . Keb (C). Tapi setelah Mak dan kami sekeluarga memboikot tindakan MaPanya barulah kedua mereka terbuka hati hendak mendaftarkan Hariz di Sekolah Agama. Itupun baju sekolah agama belum dibelinya. Maknanya mereka memang ada intention utk tidak menghantar Hariz belajar di sekolah agama. Tapi berkat pemboikotan memuncungkan mulut dan jeling menjeling MaPanya barulah Hariz didaftarkan di Sekolah Agama. Bila lihat semua murid mengenakan baju Sek. Agama dan Hariz hanya memakai jeans dan T-Shirt Hariz adalah refused utk masuk kelas semalam dan menangis. siaplah Hajah Endon berjumpa dgn Mawang adik beradik Pawang untuk minta air jampi utk kuat semangat katanya. Ischa yg baru 3 tahun 2 bulanpun dihantar ke Tadika. Ptg semlm bila Ummi balik muka Ischa sememeh semacam sebab keletihan. Pagi ni bukan main bersemangat lagi Ischa tunggu van sekolah dgn rambutnya diikat dua seperti tanduk Kambing Gurun.
Demikaianlah adanya. Wasalam.
Wednesday, January 06, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment