Wednesday, January 06, 2010

HADIS & FALSAFAH

ERTI MARUAH
Jagalah maruah anda. Sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dlm hidup. Org yg menjaga maruahnya adalah org yg berada di landasan yg betul dan sering melakukan perkara yg betul dan baik.

M:Maruah letaknya dimuka. Kerana itu org akan menutup muka apabila malu.

A: Aura yg baik akan membuatkan maruah akan naik begitu juga sebaliknya.

R: Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jgn sampai dipijak org.

U: Ungkapan org terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yg keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yg mengotakan kata-kata. Mereka yg suka bermain dgn kata-kata dan tidak mengotakannya, tergolong dlm golongan org yg tidak bermaruah kerana tidak membuat org percaya kpd kata-katanya sendiri. Maka jgn sesekali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata tanpa usul periksa.

A: Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu amat penting menjaga maruah agar anggapan org terhadap kita tidak serong.

H: Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia juga adalah lambang nilai maruah individu. jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.

Nur Disember 2009 :Petikan:M.E.P.S Concept-Betulkan Yg Biasa Biasakan Yg Betul, Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina.

No comments: