Thursday, May 31, 2007

Cerita Tentang Makcik & Pakcik-Part 2

Kali ini biarlah kak Teh sambung cerita mengenai org tua berdua tu.

Memang menjadi tradisi keluarga kami menziarahi pusara bukan sahaja di pagi raya tetapi sekiranya ada kelapangan atau cuti panjang. Tahlil arwah dan majlis kesyukuran setiap tahun dan sekiranya rezeki mengizinkan. Adakah ini menjadi kesalahan. Tolong perbetulkan kami sekeluarga sekiranya amalan ini salah untuk dipraktikan dan terpesong dari aqidah Islam.

Amalan ini seolah-olah menjadi kudis buat Pakcik dan Makcik durjana itu. Kata Si Jantan tua itu. Apalah kamu org nie. Apa nak jenguk-jenguk kubur, org yg dah mati sudahlah. Tengok macam aku, tanggungjawab aku dah aku lepaskan sebaik aku hantar org tua tu (arwah nenek) ke liang lahad, masa hari kematiannya. Amalan tengok kubur tu macam amalan org Keling.

Patut ke dia kata macam tu. Kalau dia cakap depan Kak Teh memang kenalah si tua tu, sib baik kau cakap pada Uda laki-bini yg blur tu. mereka tak cakap apa tapi saling berpandangan antara satu sama lain.

Kalau tak salah Kak Teh, mengingati dan memuliakan ibubapa adalah satu amalan yg baik bukan sahaja semasa hayat mereka tetapi setelah mereka kembali ke rahmatullah.Malah kita digalakkan mengingati mereka, walaupun mereka telah meninggal, bersedekah surah-surah yasin dan Al-Quran dan berdoa mohon keduanya mendpt petunjuk dan keampunan. Menziarahi pusara memang tidak dituntut tapi dibolehkan dlm Islam.

Jantan tua tu komen lagi pasal Mak pergi mengerjakan fardhu Haji seorang, bukan dengan suami tetapi dgn kawan-kawan perempuannya. Dia kata Mak berdosa buat begitu. Tapi sebelum pergi Mak dah minta izin dari ayah. Ayah dahpun izinkan. Mak tak puas hati dan tanya pula pada ustaz yg bagi ceramah dalam kursus haji. Ustaz kata boleh kalau dah minta izin dan dapat kebenaran. Tak apalah kalau suami,anak-anak atau muhrim tak dapat pergi tapi mesti berteman. Habis kawan mak yang lima org tu bukan teman, siapa mereka hantu ke? makhluk asing ke? Mak mengerjakan Haji Tahun 2000, tapi kenapa dia masih nak komen macam-macam.

Si Jantan tua tu pergi umrah awal tahun 2000 sebelum Mak buat Haji, tahu apa katanya aku pergi umrah tu bukan apa, cam jalan-jalan, makan hangin aje. Tak ada apalah yg seronok, jalan, makan, balik hotel tidur katanya.. Lepas tu kat sana cam nafsu dia pada makanan dicantas, dia tak boleh makan apa-apa kecuali mushroom soup sajo. Kat sana dia semedang tak sihat, sakit perut, sakit mulut, batuk, demam, muntah belilak dah macam setengah mampus. Tu ko masih tak ambil iktibar dan berisytifar banyak-banyak.

Lepas tu anak dia yg kawin dgn jantan tua (bomoh penipu)yg makpak dia bela dlm rumah dan merosakkan anak daranya dlm rumah sendiri. Siap cakap kita org satu keluarga nak buat umrah, tahun ni. Kita pegi dululah yeh, Bibik Endon (panggilan utk Bonda saya-keturunan Jawa,Moyang Mak dulu tinggal dlm Kraton/Istana keturunan Raja)bila pulak nak pegi? Mak cuma cakap InsyaAllah kalau sampai seru, ada rezeki dan sihat. Tapi hampeh, seorgpun tak pegi kecuali Jantan tua tu sajo.Kalau anak dia yg ketiga tu tidak dirosakkan tentu hidup si tua dan keluarganya tu bertambah angkuh. Anak pertamanya seorg guru, kawin dgn lelaki yg tak berkoje,lepas 18 bulan bercerai keturunan Syed (sebenarnya Mohd Sayid... kah.kah..kah). Anak ketiganya Andalusia, baru menjawat jawatan penyelia tadika kemas. Lepas tu ambil anak angkat lelaki (anak Mak Lang) yg kembar seiras, bila budak tu tanya siapa ibubapa sebenarnya, budak tu kena halau pada usia 18++ tahun. Ado ke patut. Kalu pompuan tua tu pulak dok mengata anak dara org itulah, inilah, macam-macam, anak saudara sendiripun dia kata macam-macam. Pas tu bila dpt tahu anak dia dah ter........dihalaunya anaknya. Pas tu siap cakap anaknya dgn bomoh tua tu telah dinikah batinkan. Lepas tu baru dia nikah betul2 kat pejabat kadi.Adoko nikah batin, gila betul nak tutup kemaluannyalah tu (opss, sorry bukan kemaluan, rasa malu yg tebal). Laki bini sama-sama gilo, tak ada pegangan agama. ada ke lelaki bukan muhrim dia bela dlm rumah siap, cuci sependa, siap potongkan kuku lagik. Ehhh.. geli geleman.Tak lama lepas peristiwa itu pompuan tua tu diserang stroke, mulut jadik senget. Dlm 2 tahun jugaklah dia suffer. Pas tu sekarang dah baik. Tapi tulah mulut dia yg tak terkawal dan tanpa sempadan tu sentiasa dilaser-laserkan lepas mulutnya yg seget tu kembali pulih.

Awal tahun 2006-Arwah Pak Long meninggal. Arwah dah berwasiat minta isteri dan anak-anaknya menghajikan arwah nenda dan saudara2nya yg telah meninggal dan beri sedikit wang pada adik beradik yg masih hidup apabila mendapat wang Jutawan Sendayan.
Seperti dijanjikan keluarga Pak Long datang menyempurnakan wasiat arwah dan Emak serta adik beradiknya mendapat habuan tersebut. Mak dgn rasa berat hati tetapi bersyukur dgn ingatan arwah dan keluarganya. Wang habuan diterima oleh Mak. Dan lagi Mak di beri wang utk menggantikan kebuk dan batu nisan arwah nenek yg kami adik beradik buat lama dulu.Mak telah melaksanakan wasiat dan amanah itu. Soal wang habuan tu juga jadi isu kpd jantan tua tu. Dia kata duit yang dia org bagi tu aku ambik tapi aku dah sedekahkan kat anak-anak yatim. Buat apa aku dgn duit tu. Sampai cam tu sekali dia cakap. Mak sakit hati dan cakap, duit yg dia org bagi tu aku ambik bagi anak2 aku rasa sorg sikit. Aku tak berduit aku buat beli barang dan gunakan duit tu.
Kalo ko nak bersedekah ke apa ke kau punya pasallah tapi jgnlah ko perkecil-kecilkan prinsip dan wibawa org lain. Org bagi derma sembunyi2 ko nak habaq seluruh dunia buat apa.

Sejak itu Kak Teh telah menghadkan kaki ini utk ke umah agam itu. Raya haji bapak pulak pegi sana. Sebab tak ada orh habaq kat bapak yg dia org dah kata kat dia macam-macam. Kak Teh siap cakap kat Mak,Angah dan Andak kalo kamu pegi lagi rumah dia Kak teh tak mau cakap dan kawan dgn kamu org lagi. Mak, Angah dan Andak takot tau. Tak adelah dia org ke sana. Kadang kak Teh jahat juga kak Teh tanya Mak, Mak nak ke rumah pengikut Ayah Pin ke? Tak mahulah kata mak. Bila Alang tanya ko memang tak nak lagi ke rumah dia org tu ke. Dia kata kalau org tua laki bini tu sakit ke mati ke dia akan pegi tengok juga. Bila Alang tanya Ateh, Ateh cakap tengoklah rasanya dia mati ke apeke lantak pi. Rasa2nya cam malas nak mengaku sedara. Dahsyat nya kan..kan...

April 2006 Andak dpt call dari dia org, si pompuan tua tu nangis2 dan tanya kenapa kamu semua dah lama tak datang rumah Wak. Wak bukan apa nak gi jln2 susah sikit, Along tak berapa cekap memandu, Angah lak sik sibuk lepas dpt jadi penyelia kemas. Andak cakap berlapik juga. Kita org sibuk sikitlah Wak. Kadang cutipun tak kemana-mana. Pompuan tua cakap, dtglah ajaklah Mak sekali lama betul tak jumpa. Kenapa ye kamu semua tak nak datang lagi.


14 May 2006, Mak jumpa jantan tua tu kat rumah anak arwah Mak Ngah, masa hari pengkebumian. Dia siap offer Mak lagi. Jom ikut abang pegi umah dia, nanti suruhlah bebudak amik Mak kat umah dia. Mak kata takpelah dah janji dgn bebudak surah dia org amik kat sini.Lain kali ajolah Mak poi sano yo.Padan muko kau. Mak, tima kacih, ingat lagi Mak kat Ateh punya warning. Kita kena bersatu ajar dia cukup-cukup.

*** Maaf yo eden terpaksa warning Mak dan kekanda-kekandaku, Jgn biar org mengata-ngata dan memandang rendah pada kita. Hanya Allah sahaja yg boleh menilai kita seadil-adilnya.

No comments: