Sebenarnya Kak Teh malas nak tulis episod ini. Sebabnya macam membuka pekung di dada aje. Tapi nak tulis juga untuk dijadikan teladan.
Kak Teh ada seorg Pakcik (adakah aku mengakuinya... setelah dia memburuk-burukkan Ayahandaku.. entahlah!!!!)
Episod bermula pada Aidilfitri yang lalu. Dah jadi macam tradisi pulak bonda dan kami adik beradik pasti mengunjungi rumah Pakcik di Kg. L******, Daerah Langat.Ikut kata bonda sebagai mengeratkan silaturahim sementelah mereka hanya tinggal empat beradik aje lagi.Rombongan kami akan tiba selepas solat Asar setiap tahun. Dan di jamu dgn makanan yg dimasak semalaman. Kak Teh tak kisah sgt dgn jamuan makan tu kerana makanan kat rumah sendiripun berlambak-lambak dan lagi class, tapi demi menjaga hati bonda ku turutkan juga langkah kaki menuju rumah agam itu. Episod makan-makan dah selesai.Kamipun balik rumah selepas solat Maghrib, yg tuan rumahnya tak bersolat syhh.. diam...diam tau nanti org dengar).
Episod seterusnya Hari Raya Ke-Empat - Abang Uda ku serta familinya diangkut ke rumah agam itu. Selepas makan-makan, bermulalah episod, lelaki durjana itu memburuk-burukkan ayahandaku dan prinsip kami sekeluarga . Dia kata, macam-macam, kenapa ayah menjual hasil buah-buahan, kalau dia, bagi aje kat org-org dan biar gugur kat tanah. Tak sakit hati ko dia kata camtu. Ayah saya jual hasil buahpun lepas sedekahkan buah-buahan tu kat jiran dua kampung( dua kampung tau bukan sekeliling rumah je). Kenapa saya kata dua kampung sebab ayah ada dua rumah satu di Puchong, satu lagi di Sunway.Kalau si durjana tu buah rambutan dia pun kami tak pernah rasa.
Tunggu sambungan episod ini. Aku nak taruk si durjana tu habis-habisan.
Friday, May 04, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment