Alhamdulillah, kami adik beradik berjaya mengadakan majlis sambutan hari ibu seperti yang dijadualkan lebih awal iaitu pada 12 May, 2007 (Hari ibu sepatutnya 13 May). Ini kerana utk memberi laluan buat semua agar dpt berehat dan pulang ke rumah masing-masing keesokan harinya. Semua adik beradik berkumpul seperti dijadualkan. Kak Teh dah ambil cuti sejak Jumaat utk menyempurnakan tugas ke market. Membersihkan ayam, daging, sayur-sayuran utk dimasak keesokan harinya, dan menyediakan bahan-bahan membuat segala juadah utk esok.
Kak Teh pagi-pagi lagi dah masak makanan utk makan tengahari, simple aje. Sup ayam, ayam goreng, ikan goreng, ikan kembong masak lemak cili padi dan sayur taugeh dgn tauhu.
Mak tak tahu yg kami merancang surprise party utknya. Sejak Jumaat lagi Mak siap tanya kenapa beli barang dapur dan lauk banyak-banyak ni. Kak Teh hanya cakap nak buat makan-makan kita anak beranaklah mak, esok kan cuti.
Lepas tu Mak pun tolong siapkan bahan-bahan utk masak bersama Kak Teh dan Kak Cik Shafiqa anak buah Kak Teh. Sambil tu Mak berleter juga,
Mak : mana pegi dia org ni, tak dtg-dtg lagi takan nak biar akak masak seorg-seorg. banyak nie yg nak di masak. Jgn-jgn dia orang datang masa makan aje nanti tak?
Kak Teh : Dia org mesti datang tolong, Mak jgn takut.
Kak Ngah dan Kak Andak datang dalam pukul 11 pagi. Siap bawa 6 ekor ayam kampung siap sembelih tapi belum dibersihkan.
Kak Ngah : (Jengah ke dapur) Oii org nie dah siap masak makanan tengahari. Cepat betul Ateh.
Kak Teh : Tersengih.. ni hah asistant kan ramai.Apa dalam plastik tu Angah?
Kak Ngah : Ayam kampung.
Kak Teh : La, kan org dah cakap kat Andak & Anjang minggu lepas, tak jadi masak ayam kampung, Ateh akan beli ayam 7 ekor. Ni kan dah bazir masa nak siang ayam lagi. Ateh nak keluar kejap lagi dgn Ucu nak beli hadiah tambahan utk Mak.
Kak Andak : Yelah, kamu ada mentioned, tapi Andak lupalah, Sorry, sorry yeh..
Kak Ngah : Betuah punya budak, tak de pun Andak ke Anjang bagi tau.Tak pelah kamu pegilah, nanti Angah siang, dgn bebudak ke dgn bibik ke. Tak pelah pegilah.
Jadiknya lepas balik dari beli Cincin utk mak, akak pun tlglah Angah yg belum siap dgn tugas membersih ayam-ayamnya tu.
Lepas makan dan solat. Dan setelah kuih Seri Muka dan karipap siap digentel,kami pun sibuklah pula masak. Menu kali ini, Nasi tomato, ayam masak merah, ayam goreng Kentucky, daging dendeng, dalca sayur, tumisan sayur dan yg paling umphh.. sambal belacan Angahlah. Makan dgn nasi putih, bertambah-tambah beb.Kak Alang dah siapkan pudding jagung untuk kami. Dia dtg lepas pukul 2pm sebab baru habis keja.Anjang sampai dalam pukul 5pm, keja jugak. Ucu, Pak Chik dan Cik Zul & family dah sampai juga. Last sekali Uda dan 2 anak sampai lepas Maghrib. Isteri Ucu dan Uda-cam kera sumbang, jarang nak bersama kami dalam apa jua majlis yg kami adakan.Kadang malu juga kat jiran tetangga, walau duduk dekat tapi jarang nak datang.
Dalam pukul 6:35pm dpt telefon dari Abang Ngah,katanya Mak Ngah Rasiah meninggal dlm pukul 6pm.Innalillah hiwainna ilahiroji'un. Mak dah sedih, suruh Cik Non talipon sanak saudara yg lain, Cik Non (adik bongsu pompuan nie memang selfish sikit, benggong sikit, bergaya je pandai, saikologi dgn anak2, dgn org tua ke, kureng sikit-amik kau) agih-agihkan talipon kat Mak, Mak dah tak boleh cakap, menangis. Lepas tu Andak yg talipon semua saudara. Akak tak boleh buat apa masa tu akak tengah nak solat, terlajak you. Kelam kabut sikit tadi sebab ibu jari luka terkena tin susu, darah tak henti-henti, dah letak minyak gamatpun masih keluar, dah tekap kuat-kuat dgn tisu, masih juga berdarah. Tunggu lama sikit bila darah dah agak kurang baru tampal plaster. Itupun masih berdarah.
Makpun dah bagi tahu since jenazah akan dikebumikan esok. Kita bertolak lepas Isya. Lagipum bukan jauh sangat dekat Sg. Serdang, Kapar. Kesian Mak, bila tanya Kak Ngah, dia kata sapa nak hantar balik nanti, kalau Abang Ngah tak ada dia tak nak pergi.Ada pulak macam tu. Kak Teh bersiap lepas Solat Maghrib. Kak Teh jengah Mak kat bilik sebelah, lama Mak Solat, Wirid dan berdoa, Cian Mak. Pas tu Mak tanya, Ateh pergi ke. Tentulah, Ateh nga Ucu hantar Mak, Mak pun kata nak tidur sana semalam. esok kita amik Mak kat sana ye. Lega sikit hati Mak.
Lepas Maghrib, tepat Jam 8pm majlis dimulakan, kami nyanyikan lagu Ibu... Ibu engkaulah ratu hatiku.. Selamat hari Ibu... Mak terkezut... Oh kau org nak kenakan mak ye??. Kami pun minta Mak menghampiri kek dan meniup lilin. Ceria sikit muka Mak kami lihat tapi masih ada kesedihan di wajah Mak sebab hari ini Mak kehilangan seorg kakak. Lepas makan ala kadar dan Solat Isya, kami pun bertolak untuk ziarah jenazah Mak Ngah Rasiah (70 an).Akhirnya kami pergi 2 kereta. Angah, Bang Ngah, Alang, emak dan Erin sekereta. Kak Teh, Cik Zul, Azizah the Legends, Zulaikha dan Mohd Hariz satu kereta. Kami tiba ke sana jam 10:50pm dan sampai rumah jam 1.10am. Tak larat wei dgn rumah dan pinggan mangkuk bersepah-sepah. Kak Teh tinggalkan dan ajak Haris tidur dalam pukul 2:15am.
Pada majlis ni Bapak tak ada bersama kami, beliau bertolak ke Pahang menemankan kawannya ke sana. Sebenarnya sebelum ni Bapak dah pesan kat Alang tlg bagitau Ateh bapak minta maaf banyak-banyak kerana tak dapat dtg nanti sebab, Bapak kecil hati dgn Mak, berkrisis sikit pasal cemburukan bibik,pembantu rumah Anjang. Tapi bapak janji dgn Ateh dia nak datang. Bukan apa,cuma salah faham sikit, nanti Ateh akan ambil inisiatif betulkan keadaan.
***Mak Ngah, semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yg beriman. InsyaAllah.
Sebenarnya, pemergian Mak Ngah adalah lebih baik dan harus di redhai kerana Mak Ngah telah menderita sakit sepanjang lebih 5 tahun. Selepas kehilangan penglihatan, dan selepas sebelah mata Mak Ngah terpaksa dibuang, kesihatan Mak Nagh jadi semakin merosot. Arwah dijaga oleh anak perempuannya Kak Mis. Kak teh tak sampai hati nak menatap wajah arwah. Kak Teh hanya melihat jenazahnya yg diselimuti kain batik lepas.
Maafkan Ateh ye Mak Ngah, tak sampai hati dan bimbang teringat-ingat Mak Ngah. Raya 2 tahun lepas ketika menziarahi Mak Ngah, dalam keadaan beliau yg kurus dan nyanyuk
akak teringatkannya selama 2 minggu.Ketika itu akak menciumnya, bau rambut dan badannya begitu wangi dan bersih sekali. Ini membuktikan ia dijaga dengan baik oleh anaknya. Tapi kenapa di bilik itu Ibumu ditempatkan, tanpa sebuah tilam nipis pun. Sedih. Mungkin anaknya mempunyai rasionalnya yg tersendiri... akak tidak tahu?? Dlm perjalanan pulang ketika itu, sunyi sepi dlm kereta melihatkan penderitaan yg terpaksa ditanggung oleh Mak Ngah ketika itu.
Sunday, May 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment