Tip berusaha berhenti merokok secara sihat
Memang bukan mudah utk menghilangkan atau menghentikan tabiat merokok. Namun yg lebih susah adalah bagaimana utk tetap kekal sihat dlm keadaan terpaksa harus merokok.
1. Biasakan bersenam atau mulakan program/hobi dgn keluarga/teman-teman yg bukan perokok. Buatlah acara ini secara teratur. Senaman bukan hanya penting bagi yg ingin hidup sihat tetapi juga bagi perokok. Luangkan waktu kurang lebih 30 minit sehari utk memberikan tubuh mendpt oksigen secukupnya. Jgn merokok semasa bersenam kerana merokok boleh mengganggu proses ini.
2. Jgn merokok sambil minum kopi. Meskipun dipercayai ia dpt menambah kenikmatan, kandungan kafein dlm kopi boleh meningkatkan kadar C02 dlm paru-paru. Sebagai ganti, pilih minuman yg dpt menuteralkan racun yg terkandung di dlm rokok seperti jus buah-buahan segar atau susu.
3. Ganti rokok dengan makanan ringan seperti pencuci mulut.
4. Tukar tabiat anda yg gemar merokok ketika membuang air besar dgn membaca buku, komik, majalah dan surat khabar atau bahan yg jauh lebih bermanafaat utk menambah ilmu ataupun utk sekadar merehatkan diri.
5. Cuba berfikir sesaat sebelum menyalakan rokok, tentang bagaimana hidup ini terasa lebih indah tanpa rokok.
6. Kalau hingga kini anda terpaksa harus merokok, cubalah utk memikirkan kehidupan yg sebenarnya jauh lebih baik tanpa merokok. Alasan yg cukup popular ialah merokok boleh mengurangkan perasaan cemas, meningkatkan daya tumpuan, memberi rasa lebih tenang dan lebih relaks. hakikatnya merokok banyak meninggalkan kesan negatif. Cubalah mencari alternatif lain seperti mendengar muzik, memancing dan sebagainya asalakan tidak merokok.
Sekadar menguar-uarkan. Semoga ada insan yg sudi berhenti merokok selepas membacanya.
Thursday, December 21, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment