Thursday, December 07, 2006

Feng Shui Warna

Setiap warna mempunyai makna dan kesan tersendiri terhadap orang yang berada disekitarnya. Oleh itu, setiap zon bangua dalam ilmu Feng Shui juga mempunyai warna tersendiri. badan dan minda seseorang memberikan reaksi dan perasaan berbeza untuk setiap warna.

MERAH
Membangkitkan semangat dan meningkatkan tenaga. Merah membawa kemasyhuran, kekuatan, semangat dan reputasi. Merah adalah warna keriangan dan cinta.

MERAH JAMBU
Melembutkan tenaga sesebuah bilik. Warna ini menaikkan keghairahan cinta.

UNGU
Menarik tenaga dan memperindah jiwa. Ini warna kemasyhuran dan kekayaan. Gunakan warna ungu sebagai warna fokus sebahagian bilik bukan keseluruhan bilik.

OREN
Membangkitkan kreativiti. Warna ini menghangatkan, romantis, sosial, gembira dan keyakinan. Warna oren sangat sesuai untuk ruang makan dan ruang bersantai bersama keluarga.

KUNING
Mencerahkan suasana serta menceriakan. Ia meningkatkan tenaga, kebijaksanaan dan kreativiti. Kuning memperbaiki tahap fokus dalam pelajaran. Kuning sangat sesuai untuk pejabat di rumah dan bilik kanak-kanak.

HIJAU
Melembutkan persekitaran. Ia membawa maksud harmoni dan seimbang. Hijau adalah warna yang menyembuhkan, kestabilan, alam semula jadi, keluarga dan kekayaan.

BIRU
Adalah simbol keamanan dan kedamaian. Biru adalah warna paling sesuai untuk bilik meditasi, bilik sembahyang dan bilik tidur kanak-kanak hiperaktif.

COKLAT
Merehatkan dan menurunkan kadar tenaga seseorang. Ia adalah warna tanah. Cuma kurangkan warna coklat kerana ia akan menyebabkan keadaan jadi suram dan membosankan.

HITAM
Melambangkan kuasa, kejayaan, kerjaya, pengetahuan dan misteri. Gunakan hitam sebagai warna fokus tetapi bukan keseluruhan bilik kerana ia akan menyebabkan keadaan sekeliling bertukar menjadi sedih dan kecewa.

PUTIH
Melambangkan kesucian, kebersihan dan kesempurnaan. Pastikan bilik anda tidak dicat putih keseluruhannya kerana bilik tidur putih memberikan rasa ketidakselesaan dan selalunya orang yang tidur dalam bilik sebegini akan selalu memberi tanpa memikirkan keutamaan diri.

Anda menggemari warna apa ? Tahukan saya pencinta warna apa.

No comments: