Tuesday, December 26, 2006

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum wbkth....

Salam buat semua. Semoga Aidil Adha tahun ini membawa erti yang lebih bermakna buat empunya villaqaseh ini, juga buat kalian semua.Semoga ibadah yang kita lakukan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.

Tidak ketinggalan juga Selamat Menyambut Tahun Baru 2007. Semoga Azam tahun lepas tercapai olehmu. Bagaimana dengan Azam tahun 2007. Sudah ada dalam senaraikah? Walau apapun azam yang kita tekadkan semoga ianya dpt dipenuhi dan berlandaskan jalan yg diredhai Allah.

Empunya villa ini akan mula bercuti pada 28 Disember 2006 sehingga 3 January 2007 kerana menghabiskan cuti Tahun 2005 yg masih berbaki. Cuti 2006 not utilised yet.Ramai teman kata saya workerholic tapi nak buat macam mana sehari tak ada di kantor Pak Dato' sudah tercari-cari. Cuti kali nie pun siap tanya bila awak balik ke pejabat?

Pernah pada 31 August 2004, masa tengok PGL, 6 kali beliau telephone, tapi kita tak jawabpun. Esoknya bila kembali bertugas kita tunggu dia kalau-kalau ada perkara mustahak yg beliau nak tanya. Tak ada apapun? Saja nak check menda-menda yg tak penting. Adoko!! Sejak tu beliau tahu kalau time eden cuti, eden memang tak suka diganggu. Tahu takpe.



No comments: