Petai atau stinky bean ternyata kaya dengan manfaat walaupun ramai yang tidak suka pada aromanya. petai adalah salah satu sumber tenaga bagi tubuh kerana ia mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa. Selain itu, petai juga mengandungi serat yg boleh membantu tubuh melancarkan proses membuang air besar.
Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yg diubah oleh tubuh menjadi serotonin. Zat ini membantu tubuh menjadi rileks dan memperbaiki mood. Petai juga sangat baik dimakan secara teratur oleh mereka yg menderita anemia, kerana kandungan zat besinya yg tinggi.
Menurut salah satu kajian yg diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine, petai adalah sebagai sebahagian drp makanan harian, yg boleh menurunkan risiko kematian kerana strok hingga 40 peratus. Ini kerana petai mempunyai kandungan kalium yg tinggi, yg mampu menurunkan risiko tekanan darah dan strok. Dibandingkan dengan epal, petai memiliki protein empat kali ganda, karbohidrat empat kali ganda, fostor tiga kali ganda, vitamin A dan zat besi, lima kali ganda jumlah vitamin dan mineral lain.
Jadi apabila dilihat dari segi kesihatan, anda tidak perlu takut utk sering makan petai, asalkan anda rajin memberus gigi atau mengunyah gula-gula getah untuk menghilangkan bau mulut.
Amboi... nanti kemana-mana majlis, hidangan pencuci mulut bukan lagi agar-agar manis, buah oren, epal atau pisang tapi petai.. bukan lagi sebagai ulam-ulaman...akan dtg petai dimakan seperti kuaci atau kacang. Kalau gitulah manafaatnya. Cayalah...
Thursday, December 21, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment