Ahad lepas bertarikh 14 January 07, Sifat keibuanku dan kesabaranku teruji. Bukan kerana apa, bukan juga salah sesiapa mungkin kerana demam selesema yg masih berbaki walaupun telah dua minggu berlalu. Kesan dari peristiwa kekasaranku terhadap satu-satunya anakanda kesayanganku berbekas hingga hari ini dan perasaan bersalah menyelubungiku sampai saat ini .
Hari itu ummi agak sibuk. biasalah hujung minggu inilah waktunya utk ke market, mengemas rumah, mendobi dan sebagainya. Semalam kerja-kerja yg sepatutnya ummi habiskan seperti mengemop, mengemas dan membersihkan tandas tertangguh gara-gara badan kurang sihat. Siangnya pula terpaksa tolong adinda mengasuh bayinya yg berusia 7 bulan (adik Hariz). Launching apa ntah di Syarikat kewangan tempatnya bekerja. Lepas Maghrib baru adinda pulang. Dekat tengah malam baru mereka beransur pulang ke kediaman di Subang Bistari. Harizpun ikut pulang juga. Memang ummi tidur agak lewat, lebih kurang jam 3:00 pagi sebab menyusun atur kembali pakaian dan barang-barang dalam bilik tidur, dah bosan benar dengan susun atur yang lama.
Subuh ummi bangun dan berkemas bahagian bawah rumah. Dalam pukul 8.45 sibuk ke market. Masa ummi balik dari market Hariz dahpun sampai. Mamanya sambung tidur kat ruang tamu. Itulah senario yg ummi tak suka lihat- Belingkar macam ular sawa. Tahu sajalah lepas balik market kenalah pula jadi doktor haiwan. Inilah rutin ummi sejak dulu. Beli stok utk seminggu utk memudahkan tugas bonda.Ummi siap memasak jam 12:00 tgh. Hariz - 3 tahun ajak ummi main badminton, ummi minta tangguh sebab nak cuci bilik air. Ummi janji lepas cuci bilik air dan mandi ummi, akan main badminton dengannya. Ummi pun masuk tandas dan mulakan kerja-kerja mecuci. Hariz punyalah pandai ambil sabun dan berus kain diberusnya bilik air disebelah , ummi melarangnya buat begitu sebab anakanda ummi tu kurang sihat dan selesema. Tapi Hariz tetap berdegil. Gaya mencuci tu ada, bersungguh-sungguh Hariz membantu, ringan tulang pulak tu. Tapi ummi tak mahu Hariz buat semua kerja tu, tahulah bilik airkan basah dan licin takut Hariz tergelincir lagipun selesemanya belum baik lagi. Ummi pula cepat-cepat kesebelah dan cuci sambil marahkan Hariz dan suruh keluar dari situ tapi Hariz boleh buat tak tahu aje. Ummipun mulalah membebel dan curah air banyak-banyak sampai terkena bajunya. Harizpun membebel juga katanya "apa siram air, org dah mandilah", apalah" rungutnya lagi. Ummi pun membebel lagi dgn nada yg agak tinggi " cepatlah, ummi nak cepat ni, menyusahkan betullah budak ni". Lontaran kata-kata seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut ummi. Maafkan ummi anakku. Ummi menyesal. Mama Hariz tak pulak kecil hati sebab beliau lagi malas nak jaga anak. Kalau suruh dia stay back kat offis sampai larut malampun dia sanggup tapi part jaga anak memang malas..... Dah letih kerja baby Farisah jadi mangsa dibentak-bentak. Kesian anak-anak buahku.
Malam tu Hariz tidur rumah ummi, dengan ummi. Ummi kesal dgn apa yg berlaku siang tadi, ummi cium Hariz berkali-kali dan minta maaf atas kekasaran ummi siang tadi. Lepas tu ummi tanya Hariz, " sayang ummi tak"? Hariz angguk dan cium ummi banyak, banyak, banyak kali. Hariz selalu tidur dengan ummi, selalu dia tak nak balik kerumahnya. Dia kata Hariz nak tidur rumah ummi banyak-banyak hari. Itulah satu-satunya anakku.
Esoknya ummi belikan Hariz 'train' keretapi mainan , walaupun Hariz tidak memintanya. Tapi bila sudah dibeli Hariz kata" suka sangat, sayang ummi". Pemberian itu bukan sebagai menutup kesalahan dan menebus kesilapan tapi ummi memang pemurah bukan sahaja pada Hariz tetapi pada anak-anak buah yg lain juga.
Semoga ummi tidak melakukan kesilapan serupa pada satu-satunya Hariz -anak amanah tuhan juga kepada setiap makhluk lain di dunia ini. InsyaAllah.
Tuesday, January 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment