Sunday, January 14, 2007

Nasha Aziz rancang kahwin 07.07.07?

Nasha Aziz rancang kahwin 07.07.07?


NASHA AZIZ.

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Aktres popular Nasha Aziz, 35, merancang menamatkan zaman bujangnya dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 28, pada Julai ini.

Kata Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, dia mungkin memilih 7 Julai ini sebagai tarikh perkahwinannya.

Menurutnya, dia memang menyimpan niat untuk berkahwin pada bulan berkenaan dalam satu majlis yang sederhana.

Ditanya kenapa bulan itu menjadi pilihannya, Nasha hanya terdiam sambil tersenyum.

Namun apabila diteka pada tarikh 07.07.07 oleh pihak wartawan, jawab Nasha ringkas: ‘‘Mungkin juga.’’

Menurut heroin filem Buli dan Buli Balik itu, dia berharap hari bersejarah itu berjalan lancar dan mengikut perancangannya.

‘‘Kami memang ingin melangsungkan perkahwinan secepat mungkin namun bukan mudah untuk mengadakan majlis tersebut.

‘‘Ia melibatkan ramai pihak dan saya perlu menjaga hati mereka,’’ kata Nasha yang kini sibuk di lokasi drama Diari Datin sebanyak 54 episod.

Nasha ditemui pada majlis pratonton filem Kuntilanak di sini malam kelmarin dengan ditemani tunangnya, Mohd. Helmi. Bagaimanapun pasangan tersebut enggan untuk bergambar bersama.

Apa yang penting, jelas Nasha, dia mengharapkan keikhlasan pada majlis perkahwinannya.

‘‘Kalau boleh saya nak buat majlis nikah sahaja,’’ ujarnya yang enggan bercerita panjang mengenai peribadinya.

Nasha mengikat tali pertunangan dengan Mohd. Helmi pada 4 Jun tahun lalu dan kedua-dua belah pihak bersetuju menetapkan tempoh ikatan pertunangan mereka selama setahun.

Nasha dan Mohd. Helmi saling mengenali antara satu sama lain kira-kira empat tahun lalu di lokasi penggambaran.

Alhamdulilah bertambahlah jumlah masjid di kalangan artis.

No comments: