Monday, March 12, 2007

Sejukkan Panas Badan Dengan Barli

Badan terasa panas seperti hendak demam? Apa kata anda cepat minum air bijirin barli. Tahukah anda bahawa air rebusan barli ini sangat baik dalam memulihkan tenaga seseorg? Ia bukan sahaja dapat menyejukkan badan, malah melegakan sakit kerongkong dan amat baik untuk melegekan perut meragam serta membantu penghadaman seseorang. Barli juga sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk melegakan penyakit bronchitis dan digunakan dalam ramuan asas penjagaan kulit wajah.

Pokok barli berasal dari Gramineae dan dikenali juga sebagai Hordeum Vulgare. Ia adalah sejenis pokok gandum yang mengeluarkan bijirin barli yang kaya dengan protein dan viamin E.

*** Saya diserang demam, sakit mata dan sakit kerongkong yang teruk dua minggu lepas. Tekak pun dah kemerahan dan luka. Setelah meminum barli barulah kerongkong terasa lega dan tekak berasa lebih selesa dan tidak merah lagi. Panas badan juga mulai surut. Berkesan sungguh.

No comments: